Sedikit perkongsian hobi masa lapang yang rasanya menyeronokan dan berbaloi. Tentu ramai yang belum mengetahui tentang teknik berkebun secara akuaponik. Akuponik merupakan gabungan antara perternakan (ikan atau ternakan air - akua) dan pertanian. Teknik ini memanafaatkan buangan (sisa - najis) ikan sebagai baja kepada tumbuhan manakala tumbuhan melalui akar bertindak sebagai penapis membersihkan air.Ianya menjimatkan kos penyelengaraan serta menjimatkan masa. Dengan teknik ini seseorang itu hanya perlu memberikan makan kepada ternakan ikan tanpa perlu menyiram tumbuhannya.
Apa yang menariknya................sudah pasti hasilnya juga berbaloi sekali. Aku telah menggunakan teknik ini hampir setahun dan hasilnya, ikan tilapia merah, keladi (batang untuk sayurnya0, daun pudina, daun selom dan daun kaduk hidup dengan sihatnya. Ahad (27/1/2013) lepas sempena kedatangan adik aku sekeluarga dari Ipoh, mereka telah dijamukan dengan Ikan Talipia dibakar dengan disalut dengan daun kaduk dan daun pisang, Asam Rebus Batang Keladi serta ulam Daun Selom dan Sambal Belacan. Pergh.....sungguh menyelerakan. Aroma Ikan Tilapia yang dibakar bercampur dengan daun kaduk dan pisang sungguh mencuit selera. Anda patut mencobanya. Apa yang pasti kesangsian adik aku mengenai rasa ikan tilapia ini meleset sekali. Tiada bau lumpur atau hanyir. Untuk makluman semasa proses menyiang aku tidak perlu menggunakan bahan lain seperti asam untuk menbuang bau hanyir ikan, cukup sekadar dengan air paip sahaja. Apa yang menyeronokkan sebagai seorang Chef adalah hasil masakan adalah daripada bahan-bahan yang ditanam dan diternak sendiri. Ini satu kepuasan..................Insyaallah jika berkesempatan aku akan membesarkan kolan sedia ada dan mempelbagaikan hasil tanamannya. Buat masa ini dalam kolam ini selain daripada Tilapia Merah terdapat jugak Patin, Kelah, Ketutu, Lampam Jawa tapi ikan-ikan jenis ini lambat proses pembesarannya. Manakala tumbuhan lain yang ditanam di kebun kecil aku ini secara konvensyional adalah Lada Hitam, Cili Padi Kampong, Pandan, Limau Purut, Kunyit dan terdapat jugak pokok Serai Kayu, Longan (PingPong), Manga Cukanan, dan Lychee. Kesemua tumbuhan ini telah dapat dirasai hasilnya kecuali Lychee.
Perlu juga dinyatakan kat sini ucapan terima kasih aku kepada sahabat aku Saudara Affnan yang juga pencipta "Affnan's Siphon" bagi digunakan dalam sistem akuaponik ini. Bantuan serta tunjuk ajar beliau amat berguna sekali. Bagi anda di luar sana yang ingin mencuba perternakan dan pertanian secara akuaponik bolehlah menjenguk ke blog saudara Affnan http://affnan-aquaponics.blogspot.com/................. dan selamat mencuba.