There was an error in this gadget

Thursday, January 31, 2013

Akuaponik satu percubaan - Hobi yang menyeronokan

Sedikit perkongsian hobi masa lapang yang rasanya menyeronokan dan berbaloi. Tentu ramai yang belum mengetahui tentang teknik berkebun secara akuaponik. Akuponik merupakan gabungan antara perternakan (ikan atau ternakan air - akua) dan pertanian. Teknik ini memanafaatkan buangan (sisa - najis) ikan sebagai baja kepada tumbuhan manakala tumbuhan melalui akar bertindak sebagai penapis membersihkan air.Ianya menjimatkan kos penyelengaraan serta menjimatkan masa.  Dengan teknik ini seseorang itu hanya perlu memberikan makan kepada ternakan ikan tanpa perlu menyiram tumbuhannya.
Apa yang menariknya................sudah pasti hasilnya juga berbaloi sekali. Aku telah menggunakan teknik ini hampir setahun dan hasilnya, ikan tilapia merah, keladi (batang untuk sayurnya0, daun pudina, daun selom dan daun kaduk hidup dengan sihatnya. Ahad (27/1/2013) lepas sempena kedatangan adik aku sekeluarga dari Ipoh, mereka telah dijamukan dengan Ikan Talipia dibakar dengan disalut dengan daun kaduk dan daun pisang, Asam Rebus Batang Keladi serta ulam Daun Selom dan Sambal Belacan. Pergh.....sungguh menyelerakan. Aroma Ikan Tilapia yang dibakar bercampur dengan daun kaduk dan pisang sungguh mencuit selera. Anda patut mencobanya. Apa yang pasti kesangsian adik aku mengenai rasa ikan tilapia ini meleset sekali. Tiada bau lumpur atau hanyir. Untuk makluman semasa proses menyiang aku tidak perlu menggunakan bahan lain seperti asam untuk menbuang bau hanyir ikan, cukup sekadar dengan air paip sahaja. Apa yang menyeronokkan sebagai seorang Chef adalah hasil masakan adalah daripada bahan-bahan yang ditanam dan diternak sendiri. Ini satu kepuasan..................Insyaallah jika berkesempatan aku akan membesarkan kolan sedia ada dan mempelbagaikan hasil tanamannya. Buat masa ini dalam kolam ini selain daripada Tilapia Merah terdapat jugak Patin, Kelah, Ketutu, Lampam Jawa tapi ikan-ikan jenis ini lambat proses pembesarannya. Manakala tumbuhan lain yang ditanam di kebun kecil aku ini secara konvensyional adalah Lada Hitam, Cili Padi Kampong, Pandan, Limau Purut, Kunyit dan terdapat jugak pokok Serai Kayu, Longan (PingPong), Manga Cukanan, dan Lychee. Kesemua tumbuhan ini telah dapat dirasai hasilnya kecuali Lychee.
Perlu juga dinyatakan kat sini ucapan terima kasih aku kepada sahabat aku Saudara Affnan yang juga pencipta "Affnan's Siphon" bagi digunakan dalam sistem akuaponik ini. Bantuan serta tunjuk ajar beliau amat berguna sekali. Bagi anda di luar sana yang ingin mencuba perternakan dan pertanian secara akuaponik bolehlah menjenguk ke blog saudara Affnan http://affnan-aquaponics.blogspot.com/................. dan selamat mencuba.

Picture courtesy from Affnan taken from http://affnan-aquaponics.blogspot.com/

Monday, January 14, 2013

Tukang Masak atau Chef

Bila sesekali mengenangkan mengenai kerjaya yang aku ceburi ni, rasanya telah terlalu banyak perkara yang berlaku sejak 10 tahun kebelakang ini, lebih-lebih lagi dalam masa dua tahun yang lepas. Dewasa ini semacam satu 'kegilaan' ramai benar yang ingin menjadi 'Chef Segera'. Akauntan, peguan, jurutera, arkitek dan ramai lagi yang ingin menjadi 'Chef Segera' ini. Apakah mereka semua telah bosan dengan kerjaya yang mereka ceburi? Entahlah mungkin mereka sendiri yang tahu jawapannya. Ataupun mungkin juga pengaruh media massa terutama sekali TV yang memainkan peranan dengan mempromosi banyak rancangan realiti mengenai chef ini. Tidak cukup dengan rangkaian TV tempatan kita juga dihidangkan dengan pelbagai rancangan masakan antarabangsa. Salah satu program bagi aku yang memberikan impak yang besar akhir-akhir ini adalah rancangan Master Chef. 
Mungkin ramai yang tidak tahu titik bengek dalam dunia sebenar seorang chef. Penat lelah, jerit perih seorang chef hanya kami sahaja yang tahu. Ini dunia 24/7 dan 365 hari setahun. Dulu masa mula-mula menceburi bidang ini akau mengambil sijil Assistant Cook yang ditawarkan oleh ITM (sekarang ini UiTM). Masa itu umur baru hendak menjangkau 18 tahun. Ramai yang agak memandang sinis tentang kerjaya yang aku hendak ceburi ini. Keluarga juga kurang memberikan sokongan. Masyarakat lagilah seolah memandang sepi tentang kerjaya ini. Mungkin waktu itu jika P. Ramlee buat skrip filem....mungkin begini bunyinya. "Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Doktor? Majistrate?...............Tukang Masak!!!!? Pantang keturunan aku berkahwin dengan Tukang Masak. Rasanya ini dapat membayangkan bagaimana sepi pandangan masyarakat tentang kerjaya ini. 
Namun semua itu menjadi kenangan yang menjadikan aku lebih dewasa. Walaupun masa itu inilah kenangan yang pernah aku tempoh, cumanya buat masa ini ianya bisa membuatkan aku tersenyum walaupun pada ketika itu pahit untuk menerima kenyataannya. Syukur Alhamdulillah kepada yang secara langsung dan tidak langsung memainkan peranan bagi mermartabatkan kerjaya ini di mata masyarakat. tetapi aku cuma terkilan apabila cuma dengan pekaian seragam Chef atau melalui program yang singkat sesorang itu terus mengunakan 'title' Chef di depannya. Apa kata korang adakah itu wajar?