There was an error in this gadget

Thursday, October 3, 2013

Nak duit carik sendiri..................

Aktiviti aku menjual kuih berlangsung hampir 6 tahun, keliling kampong bawak bakul. Dari umur 9 tahun hinggalah umur aku 15 tahun ianya jadi aktiviti mencari duit yang sedikit sebanyak dapat membantu keluarga. Dekat nak peperiksaan akhir 'LCE - Lower Certificate of Education' atau SRP - Sijil Rendah Pelajaran atau sekarang ni dipanggil PMR - Penilaian Menengah Rendah, barulah aku berhenti dari aktiviti menjual kuih setiap petang selepas habis bersekolah di sebelah paginya. Suara masa tu dah pecah, perasaan malu menjual kulih keliling kampong dengan berteriak 'kuih..........kuih' bukan satu perkara yang memalukan aku. Malah ianya sesuatu yang menyeronokkan pula. Mungkin juga disebabkan faktor aku lambat baligh agaknya, masa tu orang dok heboh dengan mak we aku apa satu benda pun tak kesah. Malahan aku banyak bercampur dengan rakan-rakan yang berumur rendah daripada aku, masih lagi main 'kombat-kombat, 'police and thief', 'rounders', kondang kondi, baling tin dan berbagai lagi. Ini semua aktiviti luar rumah yang dah pupus. kalau cerita kat anak-anak mungkin dia orang pun tak dapat nak bayang.
Musim haji merupakan musim yang ditunggu-tunggu kerana masa ini rezeki murah. Biasanya kuih yang dijual cepat habis. Waktu dulu orang pergi haji naik kapal di Pelabuhan Kelang atau dulunya dikenali sebagai Port Swettenham. meraka yang hendak ke Mekah dari negeri-negeri lain akan berkumpul disekitar Pelabuhan Kelang sebelum berangkat ke tanah suci. Biasanya rombongan haji ini menggunakan agen-agen haji yang dilantik disekitar kawasan ini. Agen Haji biasanya akan menyediakan kemudahan asas bagi rombongan haji ini yang terdiri dari bakal haji dan juga keluarga yang menghantar mereka. Kat kampung aku ni a dua orang Agen Haji seorang tu kami kenali dengan nama Pak Man Khalil @ Haji Khalil dan seorang lagi tu aku ingat-ingat lupa kalau tak silap Haji Yusof kot. Agen Haji akan memasang khemah jenis terbuka yang menempatkan rombongan haji ini. Kemudahan yang disediakan cukup asas. Kat sinilah biasanya aku akan menjalankan aktiviti berniaga kuih. 'Pesta' jualan ini berlangsung selama lebih kurang dalam seminggu hingga sepuluh hari, maka dalam masa ini kuih setiasa laku dan aku boleh pulang awal dari berniaga. Korang mungkin tak pernah merasa macamana perasaan apabila kuih dah habis dijual. Pheew seronok beb............rasa melambung-lambung siap junjung bakul atas kepala.
Bulan puasa juga satu waktu yang menarik. Dulu tak ada bazar Ramadhan jadi tak banyak saingan dalam menjual kuih ni. Cuma letih sikit dari bulan-bulan biasa tapi yang seronoknya kuih Alhamdulillah sentiasa habis dijual. Selain daripada menjual kuih masa bulan puasa ni aku juga mengambil kesempatan menjual bunga api. Jual bunga api ni aku ambik umpah menual aje pasal tak tahu kat mana nak dapat 'stok'. Aku dengar dia orang ambik stok kat Petaling Street. Kad raya juga aku buat jual, biasanya kat raya aku lukis sendiri. Seingat-ingat aku rasanya aku antara manusia terawal kat malaya ni yang buat kad rasa berunsur kartun. Aku ingat lagi lukisan kad raya pertama aku adalah sebuah paip besar dan dibawahnya seorang budak menadah tangan untuk minum.....dengan tulis Ssssssshhhhhhhhhhhhh tak puasa erk?
Bulan puasa lebih-lebih lagi bila nak dekat raya bermacam aktiviti mencari duit raya aku buat..................ambil upah bersihkan rumah orang juga pernah aku lakukan. Semua ni kerana rasa tanggungjawab tak nak menyusahkan emak bapak untuk cari duit raya. Bila aku kenangkan dan lihat keadaan kesenangan anak-anak sekarang kadang-kadang jauh disudut hati aku menangis keyukuran kerana mereka tak perlu mengalami kehidupan yang aku lalui...........................

Hangat...............dulu pun hangat jugak

Baru-baru ni terjumpa kawan-kawan lama yang masih berkecimpung dalam industri perhotelan. Biasalah bila lama tak berjumpa maka banyaklah cerita-cerita lama keluar. memang kalau dibolehkan mahu rasanya kita patah kebelakang betulkan apa yang silap. tapi tu semua perkara yang mustahil. Dalam banyak-banyak cerita maka timbullah semula cerita tentang cadangan untuk menubuhkan 'Kesatuan Jurumasak Melayu'. Ini memang cerita lama tapi bila diceritakan semula ditokok tambah dengan keadaan semasa industri ini maka ianya semacam sesuatu yang baru dan segar. Member-member aku ni betul-betul teruja bila bercerita tentang kesatuan ini. Rata-rata kelihatan menyambut baik tentang penubuhan kesatuan, ada yang memberikan pandangan begitu begini dan sebagainya. Aku sesekali menyampuk jugak apabila da pandangan yang terlalu redikal atau ekstrem (yang tu tak perlu aku cerita kat sini). Tapi apa yang pasti masing-masing bersetujua akan ada perlunya menubuhkan kesatuan dengan membawa satu agenda bagi memartabatkan profession chef terutama bagi chef-chef Melayu di Malaysia, terutama bagi menjaga kebajikan serta halatuju profession ini setara dengan chef-chef di peringkat global. nampak gayanya mereka bersetuju untuk mengadakan perjumpaan pertama bagi mengadakan perbincangan bagi membincangkan penubuhan kesatuan pada 06hb September ini. Malangnya aku tidak dapat menghadirkan diri kerana kekangan tugasan. Walau apapun aku tetap berdoa agar hasrat murni ini dapat dilahir dan diterjemahkan dengan langkah yang pertama melantik AJK penaja bagi menubuhkan Kesatuan Jurumasak Melayu. Tapi dari segi teknikal harus aku ingatkan bahawa nama kesatuan penting agar ianya tidak tertakluk di bawah naungan Chef Association of Malaysia yang menjadi badan induk kesatuan jurumasak di Malaysia. Mungkin nama yang lebih global atau sekurang-kurangnya di peringkat Nusantara.
Rasanya cukuplah sudah aku melihat perkembangan yang tidak berapa 'sihat' di mana siapa sahaja dengan berpakaian jaket Chef terus dengan sekelip mata dipanggil sebagai Chef ataucuma beraksi dalam rancangan TV untuk beberapa bulan sudah boleh digelar sebagai Master Chef sedangkan pada hakikatnya bukan begitu.. Harapan aku dengan tertubuhnya nanti kesatuan akan mengariskan panduan yang jelas serta dapat memartabatkan profession dengan sebaik mungkin.
Wallahuallam