Tuesday, April 11, 2017

Bersawang dan berhabuk

Assalamualaikum wbkt

Lama sangat dah tak menjenguk blog ni. Pagi ni rasa terpanggil untuk menjenguk,..............sebenarnya takder apa idea yang nak ditulis, Cuma nak kongsi sikit tentang perkembangan terbaru. Sekarang ini dalam proses nak menyiapkan buku mengenai Food Styling - Pengayaan Makanan - yang akan ditulis dalam bahasa Melayu. Doakan agak diberikan kekuatan masa dan ilmah agar buku ini dapat diterbitkan dan dimanafaatkan. Ialah orang kata harimau mati meninggalkan belang....manusia mati meninggal nama....jadi kalau mati esok adalah sikit peninggal yang mungkin dapat dimanafaatkan. Muga berterusan pahala nanti.
Ada yang tanya kenapa nak tulis buku ini dalam bahasa Melayu...jawapannya mudah aje. Di pasaran dah banyak buku tentang Food Styling ini dalam bahasa Inggeris - jadi bagi memberikan pilihan kepada pembaca ianya ditulis dalam bahasa Melayu. Sasaran nak menyiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Insyaallah akan diterbitkan oleh DBP. Sebelum ini dua buah buku (Pengurusan Pemasaran dan Operasi Restoran - 2006 dan Pengenalan Kepada Masakan Jepun - 2009) yang diterbitkan oleh UPENA - Unit Penerbitan Universiti (UITM). Kalau tengok tarikh penerbitan buku sebelum ini lama sungguh dah tak menulis................Harap-harap buku kali ini akan dapat diterbitkan secepat mungkin. Biasanya urusan penerbit ini akan mengambil sedikit masa, jadi dijangkakan  paling awal mungkin penghujung tahun 2018...doakan yer.
Wassallam