There was an error in this gadget

Thursday, October 3, 2013

Nak duit carik sendiri..................

Aktiviti aku menjual kuih berlangsung hampir 6 tahun, keliling kampong bawak bakul. Dari umur 9 tahun hinggalah umur aku 15 tahun ianya jadi aktiviti mencari duit yang sedikit sebanyak dapat membantu keluarga. Dekat nak peperiksaan akhir 'LCE - Lower Certificate of Education' atau SRP - Sijil Rendah Pelajaran atau sekarang ni dipanggil PMR - Penilaian Menengah Rendah, barulah aku berhenti dari aktiviti menjual kuih setiap petang selepas habis bersekolah di sebelah paginya. Suara masa tu dah pecah, perasaan malu menjual kulih keliling kampong dengan berteriak 'kuih..........kuih' bukan satu perkara yang memalukan aku. Malah ianya sesuatu yang menyeronokkan pula. Mungkin juga disebabkan faktor aku lambat baligh agaknya, masa tu orang dok heboh dengan mak we aku apa satu benda pun tak kesah. Malahan aku banyak bercampur dengan rakan-rakan yang berumur rendah daripada aku, masih lagi main 'kombat-kombat, 'police and thief', 'rounders', kondang kondi, baling tin dan berbagai lagi. Ini semua aktiviti luar rumah yang dah pupus. kalau cerita kat anak-anak mungkin dia orang pun tak dapat nak bayang.
Musim haji merupakan musim yang ditunggu-tunggu kerana masa ini rezeki murah. Biasanya kuih yang dijual cepat habis. Waktu dulu orang pergi haji naik kapal di Pelabuhan Kelang atau dulunya dikenali sebagai Port Swettenham. meraka yang hendak ke Mekah dari negeri-negeri lain akan berkumpul disekitar Pelabuhan Kelang sebelum berangkat ke tanah suci. Biasanya rombongan haji ini menggunakan agen-agen haji yang dilantik disekitar kawasan ini. Agen Haji biasanya akan menyediakan kemudahan asas bagi rombongan haji ini yang terdiri dari bakal haji dan juga keluarga yang menghantar mereka. Kat kampung aku ni a dua orang Agen Haji seorang tu kami kenali dengan nama Pak Man Khalil @ Haji Khalil dan seorang lagi tu aku ingat-ingat lupa kalau tak silap Haji Yusof kot. Agen Haji akan memasang khemah jenis terbuka yang menempatkan rombongan haji ini. Kemudahan yang disediakan cukup asas. Kat sinilah biasanya aku akan menjalankan aktiviti berniaga kuih. 'Pesta' jualan ini berlangsung selama lebih kurang dalam seminggu hingga sepuluh hari, maka dalam masa ini kuih setiasa laku dan aku boleh pulang awal dari berniaga. Korang mungkin tak pernah merasa macamana perasaan apabila kuih dah habis dijual. Pheew seronok beb............rasa melambung-lambung siap junjung bakul atas kepala.
Bulan puasa juga satu waktu yang menarik. Dulu tak ada bazar Ramadhan jadi tak banyak saingan dalam menjual kuih ni. Cuma letih sikit dari bulan-bulan biasa tapi yang seronoknya kuih Alhamdulillah sentiasa habis dijual. Selain daripada menjual kuih masa bulan puasa ni aku juga mengambil kesempatan menjual bunga api. Jual bunga api ni aku ambik umpah menual aje pasal tak tahu kat mana nak dapat 'stok'. Aku dengar dia orang ambik stok kat Petaling Street. Kad raya juga aku buat jual, biasanya kat raya aku lukis sendiri. Seingat-ingat aku rasanya aku antara manusia terawal kat malaya ni yang buat kad rasa berunsur kartun. Aku ingat lagi lukisan kad raya pertama aku adalah sebuah paip besar dan dibawahnya seorang budak menadah tangan untuk minum.....dengan tulis Ssssssshhhhhhhhhhhhh tak puasa erk?
Bulan puasa lebih-lebih lagi bila nak dekat raya bermacam aktiviti mencari duit raya aku buat..................ambil upah bersihkan rumah orang juga pernah aku lakukan. Semua ni kerana rasa tanggungjawab tak nak menyusahkan emak bapak untuk cari duit raya. Bila aku kenangkan dan lihat keadaan kesenangan anak-anak sekarang kadang-kadang jauh disudut hati aku menangis keyukuran kerana mereka tak perlu mengalami kehidupan yang aku lalui...........................

Hangat...............dulu pun hangat jugak

Baru-baru ni terjumpa kawan-kawan lama yang masih berkecimpung dalam industri perhotelan. Biasalah bila lama tak berjumpa maka banyaklah cerita-cerita lama keluar. memang kalau dibolehkan mahu rasanya kita patah kebelakang betulkan apa yang silap. tapi tu semua perkara yang mustahil. Dalam banyak-banyak cerita maka timbullah semula cerita tentang cadangan untuk menubuhkan 'Kesatuan Jurumasak Melayu'. Ini memang cerita lama tapi bila diceritakan semula ditokok tambah dengan keadaan semasa industri ini maka ianya semacam sesuatu yang baru dan segar. Member-member aku ni betul-betul teruja bila bercerita tentang kesatuan ini. Rata-rata kelihatan menyambut baik tentang penubuhan kesatuan, ada yang memberikan pandangan begitu begini dan sebagainya. Aku sesekali menyampuk jugak apabila da pandangan yang terlalu redikal atau ekstrem (yang tu tak perlu aku cerita kat sini). Tapi apa yang pasti masing-masing bersetujua akan ada perlunya menubuhkan kesatuan dengan membawa satu agenda bagi memartabatkan profession chef terutama bagi chef-chef Melayu di Malaysia, terutama bagi menjaga kebajikan serta halatuju profession ini setara dengan chef-chef di peringkat global. nampak gayanya mereka bersetuju untuk mengadakan perjumpaan pertama bagi mengadakan perbincangan bagi membincangkan penubuhan kesatuan pada 06hb September ini. Malangnya aku tidak dapat menghadirkan diri kerana kekangan tugasan. Walau apapun aku tetap berdoa agar hasrat murni ini dapat dilahir dan diterjemahkan dengan langkah yang pertama melantik AJK penaja bagi menubuhkan Kesatuan Jurumasak Melayu. Tapi dari segi teknikal harus aku ingatkan bahawa nama kesatuan penting agar ianya tidak tertakluk di bawah naungan Chef Association of Malaysia yang menjadi badan induk kesatuan jurumasak di Malaysia. Mungkin nama yang lebih global atau sekurang-kurangnya di peringkat Nusantara.
Rasanya cukuplah sudah aku melihat perkembangan yang tidak berapa 'sihat' di mana siapa sahaja dengan berpakaian jaket Chef terus dengan sekelip mata dipanggil sebagai Chef ataucuma beraksi dalam rancangan TV untuk beberapa bulan sudah boleh digelar sebagai Master Chef sedangkan pada hakikatnya bukan begitu.. Harapan aku dengan tertubuhnya nanti kesatuan akan mengariskan panduan yang jelas serta dapat memartabatkan profession dengan sebaik mungkin.
Wallahuallam

Tuesday, July 23, 2013

Wakame to Tofu no Miso Shiru - Sup Miso bersama Wakame dan Taufu




Sup Miso bersama Wakame dan Taufu
(Wakame to tofu no miso shiru)
Sup rugi bagi orang Jepun adalah sup miso – sejenis sup yang diperbuat dari pes kacang soya.  Terdapat dua jenis sup dalam masakan Jepun iaitu sup pekat dan jernih. Sup biasanya dihidangkan panas di dalam mangkok sup yang tersendiri yang bertutup. Hidangan sup Jepun dikatakan merupakan hidangan lengkap kerana mengandungi protin (miso dari kacang soya merupakan protin kelas kedua), vitamin, mineral dan sebagainya. Rasanya kalau untuk berbuka puasa ni sesuailah sangat makan Miso Sup dengan Nasik........................diet katanya.

Bahan (untuk 4 hidangan):

20        sm Rumpai laut wakame (sejenis rumpai laut yang boleh didapati  yang menjual barangan Jepun seperti JJ / Aeon - kebiasaannya dalam bentuk kering. Hendaklah direndam dahulu sebelum digunakan)

225      gm Taufu Jepun – putih dan lembut - pastikan ianya dari hasil soya bukan dari telur - bukan taufu telor - eggs tofu. 

850      ml dashi - Air rebusan / kaldu yang diperbuat daripada hasil ikan. Boleh air rebusan ikan bilis. Ambil segengam ikan bilis - sangai atau masukkan dalam ketuhar sehingga sedikit perang. Kemudian rebus bersama 1.5 liter air untuk lbih kurang 45 minit dgn api pelahan. Tos dan buangkan hampas bilis ambil airnya.

100      gm Pes miso – cerah (terdapat 3 jenis miso putih, merah dan hitam)

Cara penyediaan:
1.         Basuh dan bilas wakame dan rendamkan dalam air suam selama 10 hingga 15 minit. Toskan dan kemudian dipotong menjadi kepingan lebih kurang 2.5 sm. Taufu dipotong  dadu. Susun wakame dan taufu dalam mangkuk sup.
2.            Tuangkan dashi kedalam periuk dan biarkan mendidih. Di dalam mangkuk yang berbeza bancuh miso bersama dashi hingga larut.
3.                 Tuangkan bancuhan miso tadi ke dalam dashi dengan menggunakan penapis.
4.        Panaskan sehingga mendidih dan hidangkan sup di dalam mangkuk sup untuk empat hidangan. Hias dengan hirisan daun bawang jika ingin.
5.         Jika mahu boleh juga hiriskan daun bawang dan dihidang sekali dengan sup.

 
 Wakame yang telah direndam







 Miso Sup

KIMCHI - HALAL LAGI SUCI


Demam K-pop memang dah lama melanda Malaysia, begitu juga dengan fenomena Running Man kat kaca.TV. Lantaran itu tertiba orang Malaysia mula menyukai makanan Korea. Bulgogi, Pajeon, Kimbap, Bimbimbap dan banyak lagi masakan Korean semacam menjadi kegilaan terutama sekali di kalangan generasi muda. Ada juga mereka yang berhati-hati dengan makanan Korea ni kerana tahap ke 'halalan' yang tidak pasti. Mungkin ramai yang teringin untuk makan masakan Korea tetapi was-was serta ragu-ragu. Kalau nak masak sendiri mungkin tak pandai. Tengok resipi kat internet pun kadang-kadang tak berapa nak faham terutama sekali bila ada bahan-bahan yang pelik atau nama bahan yang asing dan sebagainya. 
Jangan risau kali ni biar aku kongsikan resipi mudah bagaimana nak buat Kimchi ekspress. Terus boleh makan selepas setengah jam dan ianya boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Dah pandai esok bolehlah buat Kimchi banyak-banyak, kalau ada lebih dan otak usahawan bolehlah botolkan dan jual dengan jiran-jiran terdekat.

Okay resipinya:

Nama Rsipi       : KIMCHI –Kobis Cina                                
Cara Masak      : Fermentasi / Penapaian                                               

Ingredients

Weight

Measure

Procedure
Kobis Cina
1
biji
 1. Bersih, buang empuluh dan potong
     menjadi kepingan kecil 3 -4 sm

Daun Bawang
50
gm
2. Bersihkan daun bawang dan lobak
    potong 3 sm panjang.
Lobak Merah

2
biji

3. Sementara itu taburkan garam ke atas
    kobis dan biakan selama 20-30 minit.
Garam
3
Sudu Mkn

4. Di dalam periuk bancuh tepug beras
   dan pulut dengan air dan masak.
Cuka (asli)
½
Cawan

5. Apabila bancuhan masak masukkan   
    gula.
Tepun Beras
½
Cawan
      6. Didalam pengisar masukkan bwg putih, 
          bwg besar dan halia.

Tepung Pulut
½
Cawan
      7. Campurkan bahan yg dikisar dgn 
          adunan tepung tadi apabila sejuk.

Gula
2
Tblspn
       8. Masukkan cuka n 'flake' chili kering 
           maukan pedas masukkan lebih banyak.

Air
4
Cawan
       9. Toskan kobis dan perah airnya.
           Lumur kobis rata-rata dgn perapan yg
           telah disiapkan.
Bawang Putih
7
Ulas
       Masukkan kobis yg diperap didalam
Bawang
1
Biji
       bekas bertutup. elak gunak bekas logam
Halia

100
Gm
       Simpan di dalam peti sejuk. Anda boleh
'Flake' Chili Merah Kering

3
Sudu Mkn
       memakannya selepas 30 minit. Sesekali



       balik-balikan sayur. Sekiranya kelihatan



       berbuih jangan risau, kerana menandakan



       proses fermentasi sedang berlaku.




















  


Wednesday, July 17, 2013

Seminggu di bulan Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kelapan Ramdhan. Insyaallah sehingga petang ini, maka telah masuk seminggu kami sekeluarga tidak menjenguk Bazar Ramadhan aka Baram (ada yang memberi nama Param tapi rasa macam nama orang lah pulak....sedangkan nama orang ini tak puasa pun. Jadi nama Baram lebih sesuai macam nama tempat kat Sarawak). Tahniah buat anak-anak kerana nampaknya tahun ini satu permulaan yang baik, tidak seorangpun lagi yang berbelanja di Baram.
Kenapa tak pergi Baram? Apa teruk sangat ke Baram tu? Sehingga boikot begitu rupa? mungkin ada yang akan tanya begitu. tetapi aku punya sebab musabab sendiri.

Pertama:
Nak mengajar diri sendiri dan keluarga untuk melawan nafsu makan. Iyalah kalau pergi Baram ini tentu rambang mata. Itu nak, ini nak, itu beli, ini beli tapi bila masa berbuka banyak yang membazirnya. Secara tak langsung hilang sudah 'roh' Ramadhan. Puasa ini bukan mengenai menjamu makan (walaupn salah satu kesoronokan orang berpuasa adalah berbuka) tapi banyak perkara lain yang perlu diingati. Lagipun iman lebih nipis dari kulit bawang macam aku ni nak buat perkara-perkara besar mungkin tak termampu. Jadi kalau sekadar dapat menahan diri dari berlebih-lebih berbelanja dan menjamu selera mata dan perut rasanya memadailah.

Kedua:
Kualiti baik dari segi kebersihan dan rasa menjadi persoalan utama. Ialah biasanya persediaan sesetengah masakan atau juadah yang dijual di Baram dibuat awal. kadang cara pengendalian dan penyimpanan serta penyajian yang tidak sempurna dan teratur akan memberi kesan kepada tahap kebersihan dan keselamatan makanan tersebut. Tapi bukan semualah. Jadi mengelakkan diri aku dan keluarga dari membeli juadah dari Baram satu langkah yang baik. Iyalah dalam bulan puasa ni perut sensitif.....................kalau tersalah makan, atau termakan makanan yang kurang bersih dan selamat alamat esoknya berebut 'toilet' lah. Atau lebih parah lagi kena keracunan makanan ...cirit birit. Naya esok sah dah tak boleh nak puasa..............habis nikmat puasa Ramadhan. Dan sudah tentu nak kena ganti.

Ketiga:
Aku memang tiap kali Ramadhan berazam untuk memasak / menyediakan sendiri hidangan berbuka. Ini kira macam amal dan khidmat aku pada keluarga. Iyalah kita manusia mana sempurnanya. Setahun lama berfungsi sebagai suami dan bapa memang banyak kekurangan. Jadi bila tiba Ramadhan ini aku anggap macam untuk meng'kadha'kan segala khidmat bakti yang kurang dalam bulan-bulan yang lepas untuk keluarga. Selain daripada itu aku bolehlah mempraktikkan ilmu masakan yang aku ada....barulah tak hilang skilnya. Dalam waktu yang sama aku ingin memastikan keluarga mendapat menikmati 'the real food'. Tu yang kadang kadang pening jugak nak merancang menu...........lepas menu Melayu, menu Cina, menu India...Korea, jepun Arab dan berbagai-bagai keluar.

Cukuplah tiga alasan ini menjadi sebab mengapa aku pastikan untuk tidak ke Baram....................
Selamat menjalani ibadah puasa muga diberikan keberkahan oleh Allah SWT.

Nah ambil gambar buat menjamu mata...............................