Tuesday, October 14, 2014

Apa ada pada sekampit beras...............

Mungkin pada sesetengah orang yang berkemampuan berapalah sangat harga bagi sekampit beras. Tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan harga sekampit beras bagaikan nyawa yang dapat menyambung kehidupan di dunia ini. Mungkin ada yang beranggapan bahwa 'statement' itu amat keterlaluan dan melampau.  Kita mungkin terlalu didedahkan siri-siri dikaca TV tentang kesusahan dan kepayahan hidup sesetengah rakyat marhaen di Malaysia sehinggakan kadang kala kita merasakan ianya bagaikan cerekarama atau sinetron seolah-olah drama-drama swasta di kaca TV. Percayalah, tiada yang melampau mengenainya apabila anda sendiri yang mengalaminya.
Januari tahun ini 2014 genap usaha aku 52 tahun, telah melangkaui usia lebih setengah abad. Tertiba terlintas difikiran aku sepanjang usia ini apakah agaknya manafaat yang telah aku berikan kepada orang lain. Bermacam-macam persoalan timbul umpamanya apa sumbangan aku? APa amalan yang aku tinggalkan yang boleh dimanafaatkan? Aku acapkali memberikan pandangan-pandangan yang pelbagai tapi hakikatnya tidak satupun yang mampu aku terjemahkan secara praktikalnya.
Lantaran daripada itu bermula Fabruari aku berencana untuk membuat sedikit amal yang termampu bagi membantu golongan yang kurang berkeupayaan dengan mencadangkan program mengumpul beras sekampit seorang setiap bulan bagi diinfaqkan kepada golongan ini. Orang pertama yangaku khabarkan mengenainya adalah isteri aku dan bergerak daripada situ aku menghubungi sahabat dan juga merupakan jiran lamer di taman perumahan aku tinggal dulu. Kerana aku pasti beliau tentu akan bersetuju dan akan bekerjasam bagi menjayakan program ini. Pengalaman yang lepas bersama beliau menubuhkan tadika Islam di taman perumahan tempat kami tinggal dulu menjadi kekuatan mempercayai beliau akan bersama dengan usaha ini. Betul sangkaan aku, beliau terus bersetuju dan bertitik todak daripada itu kami memulakan program bagi menjayakan usaha untuk menringankan beban golongan yang kurang berkemampuan ini. Alhamdulillah usaha kami ini di sambut baik dan rupanya ramai yang ingin menderma cuma sedang mencari saluran sahaja.....................

Tuesday, April 22, 2014

Wakil Sekolah ke MSSSK (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelang)

Bila teringat tentang temasya sukan atau hari sukan sekolah ini teringat aku tentang pengalaman menjadi wakil sekolah ke Pertandingan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelang pada tahun 1974. Kiranya dulu dulu ni aku masuk dalam kategori 'sportman' jugak cama bakat itu tidak dikembangkan keperingkat sekolah menengah dan seterusnya. Dalam bab sukan ni aku bukanlah ahli sukan serba boleh..............bola sepak, bola tampar dan seumpama dengannya bukan sukan yang aku masuk. Aku bergiat dalam sukan lumba lari. Dalam ketegori lumba lari pun bukan semua kategori. Kategori yang aku masuk adalah acara pecut 100 meter.
Masa kat sekolah rendah dulu aku yang berumah merah selalu mewakili kategori lari 100m pecut pada setiap tahun sehinggalah ke darjah enam. Kalau tak silap akulah, masa darjah 6 dulu catatan masa yang aku buat bagi kategori lari pecut 100m ini dalam kalau tak silap 13.15 saat. Rasanya masa itu, ada lagi rakan-rakan lain yang membuat catatan yang lebih pantas. Tetapi tidak tahu sebab apa aku telah dipilih untuk saringan latihan untuk mewakili sekolah ke MSSK ketika itu. Cikgu yang bertanggung jawab untuk sukan masa tu yang kami gelar sebagai 'Sport Master' adalah Cikgu Muniandy, secara kebetulan juga beliau merupakan Cikgu bagi Rumah Merah. Mungkin beliau melihat potensi aku ada dalam acara 100m ini, lalu beliau menyuruh aku datang setiap petang untuk membuat latihan bagi acara pecut sebagai salah satu syarat untuk pemilihan mewakili sekolah. Malangnya aku tidak pasti boleh datang untuk latihan. Tetapi hal ini tidak aku maklumkan kepada Cikgu Muniandy. Alasan untuk tidak dapat datang latihan petang adalah kerana setiap petang selepas mengaji quran aku akan menjual kuih keliling kampong untuk mencari duit bagi menolong keluarga menampung kehidupan. Tak tahu pasal apa aku tidak bagi tahu Cikgu Muniandy mengenai hal ini? Mungkin juga pada ketika itu menjadi budaya untuk tidak membantah atau menjawab suruhan cikgu, maka aku diamkan aje. Keesokan selepas sehari sepatutnya aku kena hadir untuk latihan petang, awal-awal pagi lagi Cikgu muniandy telah datang ke kelas untuk mencari aku.
"Mana Ali?" jerkah Cikgu Muniandy kepada kelas 6B. Aku bangun dan berjalan ke hadapan. Piiiiiang satu das penampar kena kemuka aku. "Pasal apa tidak hadir semalam petang untuk latihan larian, saya sudah tunggu takder datang?" Jerkah Cikgu Muniandy lagi. Keseluruhan kelas terdiam, aku cuma menundukkan muka, selain daripada menahan kesakitan, air mata telah bercucuran. Aku tidak menjawab cuma diam sahaja. Cikgu Muniandy mengulangi lagi soalan. Tertiba terdengar suara kawan aku, aku tidak pasti siapa samada Mohamad atau pun Zainal atau mungkin jugak Johan atau Aziz, memberitahu Cikgu Muniandy "Cikgu, Ali hari-hari petang dia jual kueh". Memang semua kawan-kawan aku tahu aku menjual kuih keliling kampong setiap petang. Bukan itu sahaja kadang-kadang kat sekolah juga aku ada buat jualan. emak aku rajin buat kacang kuda rebus disira dengan kari serta cili kering......memang sedap (tertiba terasa macam nak makan kacang kuda rebus pulak). Cikgu Muniandy terdiam sebentar agak lama juga, kemudian berkata, "Kenapa tidak bagi tahu saya kamu tidak boleh hadir, penat saya tunggu? Kalau macam itu esok kamu datang awal supaya kita boleh buat latihan larian sebelum masuk kelas" sambung Cikgu Muniandy. Aku cuma mampu mengangguk, terasa malu untuk mengangkatkan kepala takut kawan-kawan nampak air mata aku meleler di pipi. Sebelum beredar, Cikgu Muniandy sempat berkata dalam nada suara yang pelahan "Kalau sekarang kamu sudah boleh menjual kuih harap-harap masa akan datang kamu boleh buat perniagaan yang lagi besar". Tapi masa itu aku bukan tahu apa sangat, tidak langsung ambilkira atau terfikir dua kali tentang kenyataan Cikgu Muniandy itu.......................maka kenyataan itu cuma tinggal kenyataan.................

Wednesday, April 16, 2014

Temasya Sukan Sekolah..................

Mungkin anak-anak hari ini tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bagaimana meriahnya suasana hari sukan sekolah dulu-dulu? meriahnya tidak macam sekarang. Temasya Sukan Sekolah masa ini seolah dilihat hambar. Cuma warga sekolah dan yang berkait rapat dengannya seperti AJK PIBG sahaja yang mungkin terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Penyertaan atau penglibatan masyarakat setempat terutama dari kalangan ibubapa yang anak-anak mereka yang bersekolah pun belum tentu lagi melibatkan diri dengan Temasya Sukan Sekolah ini. Kadang-kadang ada sambutan Temasya Sukan Sekolah dilihat begitu hambar dan sepi.
(Gambar sebagai hiasan sahaja diambil dari sharinginfoz.blogspot.com)
Berbanding dengan waktu dulu-dulu................Temasya Sukan Sekolah bukan sahaja mendapat tempat di hati warga sekolah semata-mata. Ianya melangkaui sempadan padang sekolah hinga ke seluruhan kampung. Pengumuman bukan sekadar pada kain rentang yang di pasang berdekatan dengan sekolah malah terdengar di corong pembesar suara di Masjid. Sudah tentu tidak ketinggalan perkara mengenainya juga dibincang dalam Agenda Mesyuarat Jawatan Kuasa Kampung di balairaya-balairaya (mungkin ada di antara anak-anak generasi sekarang yang tidak pernah p-un mendengar istilah 'balairaya' ini). Penglibatan dalam menjayakan Temasya Sukan ini bukan terletak di atas bahu para guru sahaja, Jawatankuasa Kampung juga memainkan berperanan yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan kemeriahan Temasya Sukan Sekolah ini. Perancangan program melain daripada melibatkan murid secara langsung ianya juga merangkumi aturcara yang melibatkan orang-orang kampung dan guru-guru. Antara acara kemuncak yang masih aku ingat adalah acara pertandingan Tarik Tali antara - Pasukan Guru & AJK PIBG melawan Pasukan Orang-orang Kampung (yang ditubuhkan secara bidan terjun). Riuh rendah sorakan dengan gegak gempita padang sekolah dengan jeritan dan sokongan kedua-dua belah pihak.
Perkara-perkara yang paling tidak boleh aku lupakan adalah persiapan awal sekolah dengan menjalankan aktiviti mewarna ('dye' baju rumah sukan masing-masing. Masa tu jenama pewarna yang terkenal dalam bentuk serbuk adalah 'Dylon'). Sesi mewarnakan dijalankan bersama antara Guru dan murid. T-shirt sukan ini atau lebih tepat adalah Singlet tanpa lengan yang sering digunakan adalah dari jenis Pagoda atau kalau mereka yang berduit jenama yang digunakan seperti "Fruit of the Loom". Selain dari mewarna murid-murid juga diberikan tugasan untuk menjual tiket bagi membeli barangan jualan semasa Temasya Sukan berlangsung. Tiket-tiket ini biasanya dalam nilai 0.20sen, Sebulan sebelum temasya sibuklah murid-murid pergi rumah-ke-rumah menjual tiket sambil menjemput orang kampung untuk datang ke Temasya Sukan Sekolah itu nanti. Semakain dekat dengan tarikh temasya semakin sibuk dan kemeriahan yang dirasa. Sekolah dibersihkan dengan acara gotong royong serta diperhiaskan dengan pelbagai perhiasan dan poster.
Satu perkara yang mesti rakan-rakan seangkatan dengan aku mesti ingat adalah kehadiran Lori/Van bewarna hijau yang akan kerap kali datang pada setiap Temsya Sukan Sekolah. Kenderaan bewarna hijau inilah yang menjadi tumpuan ramai termasuk orang-orang kampung. Kerana masa inilah berpeluang untuk dapat minum minuman 'Coklat' paling sedap yang dapat dirasakan. Kenderaan ini tidak lain daripada Lori Milo. Aku antara orang yang memang sangat-sangat menunggu kehadiran Lori milo ini. Masa nilah nak dapat merasa minum Milo puas-puas tak kiralah berapa panjang barisannya kena beratur atau tak peduli berapa kali kena beratur .......asalkan dapat minum Milo percuma. Anak-anak sekarang mungkin tak dapat merasakan perasaan yang sama kerana kat rumah stok Milo sentiasa ada. Kami dulu yang ada cuma tin Milo kosong yang dibuat sebagai permainan. nak beli Milo bukan murah...................rata-rata masa itu kehidupan masyarakat melayu kampung agar daif. Milo pula diletak sebagai bahan makanan yang 'lumayan' yang jrang dimasukkan kedapam senarai barangan perlu beli bagi kebanyakan rumah orang melayu.

(Gambar sebagai hiasan sahaja diambil dari yuhaisya.blogspot.com)
Suasana kemeriahan dan keseronok menunggu dan menyambut Temasya Sukan Sekolah dulu-dulu jika dibandingkan dengan sekarang amat jauh sekali. Dulu mungkin aktiviti keramaian atau hiburan amat sedikit maka bila sesuatu program sebegini dijalankan maka ianya mendapat perhatian keseluruhan lapisan masyarakat. Tidak seperti sekarang terlalu banyak aktiviti keramaian, hiburan dan juga program dan majlis yang leka dan lalai maka program Temasya Sukan Sekolah ini dipandang sepi oleh masyarakat setempat..........cuma yang terlibat tidak lain cuma murid dan guru sahaja itu pun mungkin kerana ianya telah ditetapkan sebagai salah satu program tahunan sekolah..........Wallahu'alam

Wednesday, January 29, 2014

Barang naik lagi...........

Mungkin bagi sesetengah orang isu ini macam dah basi. Tetapi ketahuilah ianya terlalu hampir dengan kehidupan kita sehari-hari jika dibandingkan dengan isu lain-lain waima isu politik sekalipun. Setiap hari kita akan berurusan dengan aktiviti membeli belah. Sarapan pagi, makan tengahari minum petang, beli belanja dapur.................ini semua kita lakukan hampir setiap hari. Jadi tidak keterlaluan jika kita katakan isu barangan naik harga ini memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian kita.
Aku terpanggil untuk bercerita tentang isu ini apabila teringatkan tentang majlis pertunangan yang aku hadiri baru-baru ini. Melihat kepada persiapan seperti hantaran, hidangan, jemputan, khemah dan sebagainya senang-senang kosnya boleh mencecah RM5000. Itu cuma bagi sebuah majlis yang sederhana "katanya". Itupun tidak termasuk belanja lain seperti jurugambar, pakaian tuan punya badan dan segala mak nenek yang perlu dibeli yang bukan boleh dipetik kat pokok begitu sahaja. Terbayang jugak dikepala aku bagaimana pula nanti jika aku sendiri perlu mengadakan majlis seumpama itu? Bukan untuk akulah tapi untuk anak-anak aku nanti.
Nak dijadikan cerita kebetulan semasa menjamu selera aku duduk semeja dengan beberapa orang tetamu jemputan yang agar berumur (kategori Pak Cik, Pak Ciklah sebab rasanya mereka ini semuanya dah bersara). Mulanya aku mendengar sahaja segala yang dibual dan diborakkan. Terlalu melangit pujian mereka kepada kerajaan bagaikan tiada cacat cela. Memuji memanjang seolah-olah isu barang naik ini tidak menjadi persoalan langsung. Kenyataan yang membuatkan aku terdetik untuk turut serta apabila seorang dari mereka mengatakan: "Barang naik ini perkara biasalah. Dari dulu semua barang naik mana ada yang turun. Jadi tak boleh salahkan kerajaanlah. Tahun 1964 dulu gula sekati 0.25 sen dan sekarang ini RM2.20, jadi tak pernah ada turun pun. Lagi pun dulu nak kerja payah sekarang senang nak kerja, banyak kilang, kedai, syarikat dan sebagainya. Kalau tanya orang Indon yang kerja kat sini, dia orang pun kata Malaysia bagus, harga kelapa sawit terkawal tidak macam kat Indonesia." kata seorang daripada Pak Cik tersebut. Tertiba aje aku rasa macam nak sekolahkan Pak Cik ni. "Saya setuju memang barang daripada dulupun tak pernah ada yang turun semuanya naik "kecuali kangkung kot?". Kita bukannya nak salahkan kerajaan pasal barang naik ni. Tapi yang kita persoalkan bagaimana usaha kerajaan untuk mengimbangi kos hidup rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang ni? Memang dulu susah carik duit berbanding sekarang. Sekarang dengan mudah boleh dapat pekerjaan sebagainya kalau rajin usaha. Tapi kita kena ingat dulupun kita tak jumpa minyak ekonomi Malaysia banyak tertumpu kepada perladangan dan perlombongan bijih timah sahaja. Tetapi sekarang ni pendapatan negara meningkat dengan industri pengeluaran, perkhidmatan serta petroleum. Sepatutnya ianya menjadikan kehidupan kita lebih baik dari dulu baik dari segi kos serta taraf kehidupan. Kalau kita bercakap pasal Sawit bukan semua orang yang menikmati atau terkesan secara langsung dengan kenaikan dan penurunan harga sawit. Yang bercakappun belum tentu ada apa2 hubungan atau mempunyai ladang Sawit? Kitapun bukan makan dan beli atau berbelanja dengan Sawit? Tetapi jika kita lihat kepada petroleum ianya memberikan kesal langsung dan secara tidak langsung kepada semua orang dan barangan...............Tuan kena ingat dulu dan sekarang mestilah berbeza............ dan sepatutnyalah berbeza. Kalau dulu susah sekarang patutnya lebih senang. Sebagai contoh budak umur 7  tahun (Tahun 1964 Malaysia merdeka selama 7 tahun) dengan sekarang ni berumur 57 tahun (2014 Malaysia merdeka 57 kalau ikut umur orang ni dah masuk skim pencen) sepatutnya kehidupan rakyat Malaysia lebih senang dan selesa bukan bertambah teruk. Kenapa masih ada lagi isu Melayu yang masuk dalam ketegori miskin terutama mereka yang dikategorikan sebagai Miskin Bandar?"..........................phew panjang lebar aku bersyarah.
"Mungkin kita tengok diri kita senang tak susah nak beli barang...........barang naik pun tak memberi apa2 kesan kepada kehidupan kita......................tapi cuba fikir sejenak tentang kesusahan mereka yang berpendapatan rendah. Kerana realitinya ada disekililing kita. Baru-baru ini aku didatangi seorang kakitangan kerajaan berjawatan rendah dengan pendapatan isi rumah (suami isteri) RM5000.00. Bayaran ansuran rumah RM980, Upah jaga anak 3 orang x RM300 = RM900. Bayar ansuran kereta RM500.00. Tolak belanja RM10 seorang X 2 orang =RM600 sebulan (ni kira paling jimat). Duit minyak kereta R100 seminggu = RM400 sebulan.Bil letrik, air, telefon, astro, internet semua dalam RM400.00. TInggal RM1220 aje!!! Kat situlah belanja dapur, susu anak, sesekali makan kat luar gerai tomyam, KFC, McDonald dll. Tidak termasuk untuk perbelanjaan lain-lain atau simpanan atau tolak hutang koperasi pasal buat pinjaman untuk bayar muka rumah dan juga kos guaman tempoh hari. Tup..tup anak nak masuk sekolah.........baju, buku, tuisyen, belanja sekolah, lawatan, yuran itu, yuran ini...........phew..................mana nak cekau duit??????....................kalaulah boleh gadai bulu ketiak mungkin dah lama dia orang ni buat.
Jadi...............janganlah sebab kita senang kita terlupa tentang saudara kita yang selalu kesempitan untuk memenuhi tuntutan kehidupan sehari-hari.............Mungkin korang tak pernah bagaimana susah atau rasa makan nasi dengan air garam atau minyak bekas goring ikan kering? Sesekali kena menu macam mungkin sedap..............tapi kalau dah selalu?