There was an error in this gadget

Sunday, September 30, 2012

Bajet 2012 - Gula naik lagi....aku kena buat kueh


Phewww......lama betul tak menulis di blog ini. penuh sawang dah....
Tapi kali ini aku terpanggil untuk menulis bukan pasal apa. Tapi pasal bajet yang baru dibawa oleh Tok Jib pada Jumaat lepas 28hb September 2012. Aku ni bukanlah pakar ekonomi untuk membuat analisa tentang bajet yang dibentangkan. jauh sekali penganalisa politik atau nujum yang mampu untuk membuat telahan kesan daripada bajet yang dibentangkan ini. Cuma yang aku tahu apabila Tok Jib mengumumkan gula bakal naik harga apabila subsidinya dikurangkan sudah tentu maknanya barangan yang berkaitan dengan gula secara langsungnya akan naik. Waima barangan yang tidak kena mengena dengan gula pun bakal akan naik. Btul sungguh telahan aku sehari selepas itu, semalam Sabtu 29hb September 2012 pada 7.30 pagi harga minuman terus dinaikan, aku perasan semasa hendak membuat bayaran. Tapi yang mengherankan aku pesan Teh Si kosong tanpa gula....................yang ni pun naik sama.
Bagaimana agaknya nak cakap pada orang kampung, makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang kakak yang bukan faham pasal bab ekonomi mahupun bajet ni. Yang mereka tahu bila nak bayar atau beli barang semuanya naik.....................ni soal kehidupan harian, bukan pasal bajet 'one-off'. Dapat sekali aje tapi yang nak dihadapi hari-hari dengan keperitan hidup disebabkan dengan barang-barang keperluan dan harian yang naik. Macamana eekk orang ekonomi ni fikir? 
Susahlah macam ni............aku sebagai Chef ni pun pening macamana nak buat kek atau kuih kena pakai gula nak pakai 'penganti' gula atau alternatif lain pun masalah jugak pasal bahan-bahan ni pun naik sama............
Nampaknya kena naik benderalah PRU13 ni...................tapi bendera apa eekkkk?

Kuih ni pasti naik harga .... psal nak buat kena pakai gula.........

Thursday, March 29, 2012

Ayam Kuzi

Ayam Kuzi 
(Hidangan untuk 6 porsi)
1 ekor          Ayam (1.3 - 1.5 kg)- dipotong 12
600 gm        Bawang Besar - dihiris
6 ulas           Bawang putih
2 sudu mkn  Kismis Hitam
2 sudu mkn  Badam
3 sudu teh    Jintan Putih
3 sudu teh    Jintan Manis
4 sm            Kulit Kayu Manis
1/2 sudu teh Bunga Cengkeh
2 biji            Buah Pelaga
2 biji            Bunga Lawang
1 cawan       Susu Sejat
1 cawan       Sos Tomato
1 cawan       Air
Ghee / Minyak Masak secukupnya
Garam dan secukupnya

1. Bersihkan ayam, toskan dan rasakan dengan garam dan dogoreng tiga suku masak.
2. Goreng hirisan bawang besar sehingga garing kemudian campurkan bersama bawang putih, kismis hitam dan badam dan dikisar halus.
3. Sangai kesemua rempah ratus dan kemudiannya dikisar halus.
4. Campurkan kesemua bahan yang dikisar, panaskan ghee / minyak tumis bahan yang dikisar yang telah dibancuh dnegan sedikit air.
5. Masukkan ayam dan lain-lain bahannya renehlah sehingga ayam masak, perasakan secukupnya dengan garam dan gula.
6. Akhir sekali tabur dengan kismis dan badam / gajus yang telah digoreng.
Hidangan ini sesuai untuk dimakan bersama nasi minyak.

Wednesday, March 28, 2012

Lama tak menulis

Assalamualaikum, kepada semua yang mungkin mengikuti blog ini, maaf kerana terlalu lama tidak menulis apa-apa di blog ini. Hampir setahun rasanya selepas tulisan yang terakhir pada Mac tahun lepas. Kesuntukan masa bukanlah alasan tetapi ianya bergantung juga dengan faktor-faktor lain seperti dorongan untuk menulis itu sendiri. 
Tahun ini sebagai seorang tenaga pengajar saya diamanahkan untuk mengetuai kursus Masakan Asia - Asian Cuisine,oleh itu rasanya adalah sesuai bagi saya untuk berkongsi resepi-resepi terpilih masakan Asia yang halal untuk dinikmati. Masakan-masakan Asia terpilih ini adalah daripada 7 buah negara termasuk Malaysia sendiri, Indonesia, Thailand, Korea, China, Jepun dan India.
Bagi tulisan kali ini saya kepilkan sedikit gambar-gambar masakan Malaysia yang telah diajar semasa kelas permula kursus ini. Insyaallah resepinya kan menyusul kemudian.


 Sayur Meranti Tumis Kelapa dengan Udang
 Sambal Tempoyak Daun Kayu / Tempoyak Kacau
 Kari Udang dengan Kacang Kelo
 Masak Lemak Kuning Meranti
 Pucuk Labu Masak Lemak Putih
 Rendang Tok
 Ayam Kuzi
 Ayam Percik