There was an error in this gadget

Wednesday, October 13, 2010

Hospital Serdang............

Pada 22hb Septem lepas aku telah ke Hospital Serdang bagi temijanji bagi membuat angiogram berkenaan dengan sakit jantung yang aku alami. Ingatkan 'appointment' tersebut seadar mengambil masa 2 hingga 3 hari sahaja. Rupa-rupanya aku ditahan selama seminggu sebelum menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana saluran darah utama jantung aku tersumbat hampir 99% mengikut kata doktor setelah menjalani proses angiogram. Jadinya pada 30hb Sepetember 2010 aku pun dibedah yang mengambil masa hampir 7 jam..............satu pengalaman yang aku rasa tidak perlulah ditempuhi oleh sesiapa ....jika boleh. Apakah punca salur jantung tersumbat? Ianya berpunya dariada kandungan kalestrol dalam darah yang tinggi yang terkumpul dalam salur darah jantung yang boleh membawa kepada kematian atau strok. Fator-faktor yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat adalah lebih kurang 5:
1. Lelaki - kaum lelaki mempunyai peratus yg tiggi berbanding wanita.
2. Keturunan - bagi mereka yg mempunyai latarbelakang keturunan yg mengidapi penyakit jantung maka kebarangkalian peratusnya adalah lebih tinggi.
3. Merokok - mereka yg merokok mempunyai peratus yg lebih tinggi.
4. Gaya hidup - gaya hidup yg kurang sihat juga bakal menyumbang kepada sakit jantung.
5. Tabiat pemakanan yg tidak seimbang atau sihat juga menyumbang kepada sakit jantung.

Bukanlah tujuan aku kali ini untuk menulis tentang sakit jantung tetapi secara kebetulan apabila kita bercerita tentang sakit jantung ni........isu mengenai pemakanan tidak boleh lari. Kita dalah apa yang kita makan (anni...), maksudnya jika kita makan makanan yang tidak seimbang maka kita juga akan menerima kesannya. Kita juga perlu faham sebenarnya tiada istilah makanan yg tidak 'baik' tetapi pilihan kita yg silap menjadikan makanan tersebut tidak bersesuaian..........justeru kita katakan ianya tidak sihat.

Terlanjur bercerita tentang sakit ni, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf Hospital Serdang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa aku menjalani proses rawatan di sana. Tanggapan awal aku mengenai hospital serdang nampaknya meleset...........budaya kerja, komitmen staf, budi bahasa, sopan santun, suasana sungguh berbeza dari apa yng aku jangkakan. Syabas dan sekalung bunga untuk semua. Tiada bahasa yang lebih berharga yang dapat aku katakan selain dari ucapan TERIMA KASIH. Walaupun tiada siapa yang suka untuk dimasukkan ke Hospital tetapi pengalaman berada di Hospital Serdang merupakan terapi rawatan yang mustajab.

Cuma satu aje yang agak terkilan................sistem diet dan sajian di Hospital Serdang agak menghampakan. Aku dikabarkan bahawa operasi ini di 'outsource' dan dijalankan oleh Syarikat BESTA....................sungguh mendukacitakan. Baik dari segi menu, diet, rasa dan presentasi amat mendukacitkan. Sebenar banyak yang boleh diperbetulkan dan diperbaiki. Dari segi menu boleh dipelbagaikan...........mungkin Chef atau mereka yg bertanggungjawab dah ketandusan idea............atau tiada semangat. Mungkin mereka yang berada dibahagian dietatik dan sajian perlu memberikan perhatian sesungguh makanan juga boleh menjadi penawar dalam proses rawatan......fikir2kan jangan cuma sekadar melepas batuk di tangga buat kerja ala kadar sahaja.

Saturday, September 18, 2010

Kongsi Resepi

Asyik menulis tentang perkhidmatan pelanggan aje rasa bosan juga........kerana isu ini tak pernah akan habis. Ada sahaja yang ingin dibicarakan. Baiklah kali ini rasanya ingin untuk berkongsi resepi dengan semua yang membaca blog ini. Untuk pertama kalinya biarlah bermula dengan resepi yang mudah-mudah dan senang untuk pembaca membuatnya. Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal dan masih lagi dalam 'mood' raya apa kata kali ini saya hidangakan anda dengan resepi kek paling mudah dan rahsia memperlbagaikannya.

Kek Mentega atau Butter Cake
250gm Mentega / Butter / Marjerin (kalau guna marjerin namanya jadi Kek Marjerinlah)
250gm Gula Kastor atau gula halus
4 biji telor - sederhana
250gm Tepung Naik Sendiri

Caranya:
1. Pukul Mentega bersama Gula sehinggan kembang atau bancuhan menjadi cerah (kuning keputihan).
2. Selepas itu masukkan telor sebiji demi sebijik dan kacau adunan sehingga sebati.
3. Masukkan Tepung Naik Sendiri sedikit demi sedikit - gunakan tangan untuk membancuhnya agar bancuhan sebati. Elakkan memukul terlalu kuat bancuhan atau menggunakan Mesin Penbancuh Kek semasa memasukkan tepung. Ini bagi mengelakkan udara di dalam bancuhan 'keluar' dan akan mengakibatkan kek tidak naik dengan 'baik'.

Tips:
Bahan-bahan di atas ini merupakan bahan asas bagi membuat Kek Mentega. Jika hendak membuat Kek Vanilla masukkanlah Esen Vanilla, jika Kek Oren maka masukkanlah sahaja Esen Oren, begitu juga jika ingin membuat Kek Pandan maka masukkan sahaja Esen Pandan. Anggaran dalam lebih kurang 2 sudu teh sahaja mengikut keperluan dan citarasa anda. Anda boleh juga memasukkan pewarna jika ingin.

Cara memasak:
1. Alas bekas pembakar kek dengan kertas minyak dan tuangkan bancuhan ke dalamnya.
2. Hentakkan dengan pelahan bekas agar adunan rata (jangan hentak terlalu kuat)
3, Bakarlah kek di dalam ketuhar yang telah sedia panas pada suhu 180 darjah selsius atau pada tahap Sederhana Tinggi bagi ketuhar yang tidak menpunyai indikator suhu. Bakarlah kek untuk selama lebih kurang 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Tips:
Satu cara untuk memastikan kek masak - cucuk kek dengan menggunakan lidi - jika lidi itu masih basah semasa ditarik keluar bererti kek tersebut masih belum masak. Selamat mencuba - yang pastinya anda perlu berani dan kreatif dalam membuat kek.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi......................

Alhamdulillah, ALLAH SWT telah memanjangkan umur kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan dan menjadi tetamunya sekali lagi. Muga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik dalam sepanjang hidup kita. Bila bercerita pasal Ramadhan tentu kita tidak lepas untuk bercerita tentang Bazar Ramadhan yang akan beroperasi di merata tempat. Maka 'terbit'lah berbagai juadah dan hidangan yang mengiurkan dan mempersonakan mata dan nafsu yang memandang.


Melawat ke Bazar Ramadhan semasa bulan puasa ini bagaikan suatu kemestian bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk memasak juadah berbuka. Maka membeli belah untuk berbuka menjadi kemestian dan ada pula yang beranggapan bahawa ianya datang setahun sekali, jadi apa salahnya kita berbelanja. Apapun alasan yang diberikan biarlah ianya bertepatan dengan 'roh' Ramadhan itu sendiri, bersederhana, berhemah agar ibadah Ramadhan kita diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT.

Sudah menjadi kebiasaan kepada aku setiap Ramadhan, aku memastikan agar dapat memasak untuk keluarga. Kalau tidak sepanjang bulan tapi sekurang-kurangnya aku cuba menyediakan juadah berbuka sekerap dan semampu. Kunjungan ke Bazar Ramadhan merupakan pilihan terakhir. Aku sendiri tidak mengalakkan anak-anak untuk berkunjung ke sana. Itu semua mempunyai alasan yang tertentu. Kunjungan ke Bazar Ramadhan bagi aku banyak buruknya dari baik. Melihat juadah yang disediakan boleh meliurkan seseorang tentu itu sendiri tidak elok bagi 'roh' sebenar Ramadhan. Keduanya, dari pengalamanm didapati makanan yang disedia dan dijual di Bazar Ramadhan ini agak diragui dari segi kebersihan dan keselamatannya. Bayangkan mereka yang berniaga ini menyediakan makanan yang untuk dijual seawal pagi dan dihidang atau di tempatkan di tempat jualan seawal tengahari tentu sahaja 'kebersihan dan keselamatannya' dipersoalkan. Kejadian hidangan yang dibeli dari Bazar Ramadhan yang menjadi basi dan tidak dapat dimakan semasa berbuka sering kali kita dengar. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? Pelanggan mempunyai pilihan dan manakala perniaga pula mempunyai tanggungjawab. Menyempurnakan Ramadhan menjadi tanggungjawab kita semua. Ianya bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga, ianya lebih daripada itu. Ramadhan merupakan 'madrasah' yang akan menyekolahkan kita sepanjang sebulan penuh. Ramadhan kali ini mungkin akan jadi lebih baik sekiranya kita mampu berfikir seketika merenung kembali kesempurnaan ibadah kita. Bukan sahaja ibadah-ibadah khusus malah yang bersifat umum atau bukan sahaja yang bersifat fardu a'in tapi merangkumi fardu kifayah.

Di bulan yang mulia ini kita sememangnya disarankan untuk memberi makan sekadar kemampuan kita walaupun sebutir kurma. Bayangkan perkara yang dianggap sesetengah orang itu kecil tetapi di sisi Allah SWT ianya merupakan suatu ibadah. Jadi rasanya tidak keterlaluan jika dapat disarankan kepada setiap individu muslim yang mempunyai peranan masing-masing dalam penyediaan makanan dapat merenung dan berfikir sejenak bagi memperbaiki ibadah kita. Jika memberi makan kepada orang yang berpuasa satu ibadah sudah tentu pekerjaan menyediakan juadah bagi mereka yang berpuasa juga ibadah. Justeru alangkah baiknya jika kita dapat sulamkan pekerjaan kita dan digarapkan dengan ibadah supaya segala perbuatan kita mendapat keberkahan dari Allah. Bagi mereka yang berpuasa dan perlu membeli belah untuk berbuka haruslah mempunyai sifat bersederhana dan berhemah dalam berbelanja dan jangan terikat kepada nafsu. Sementara bagi mereka yang berniaga harus dan semestinya memberikan perhatian yang lebih dari segi kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan bukan sekadar untuk mencari untung semata-mata. Marilah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita di dalam bulan yang mulia ini, agar segala 'latihan' yang kita perolehi sepanjang berada di 'madrasah' Ramadhan ini dapat kita terjemahkan di bulan-bulan yang lain.

"Aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak - semuga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas -dan semuga dipanjangkan umur agar kita dapat bertemu di Ramadhan akan datang."

Saturday, August 7, 2010

Char Kuey Teow...............

"Bagi saya Char Kuey Teow tak nak basah bagi kering sikit", kata ku pada pelayan sebuah restoran. "Maaf bang Char Kuey Teow tak boleh nak buat kering, semua basah-basah" balas pelayan tersebut. "Aik takkan tak boleh buat kering sikit" kata ku lagi. "memang style Char Kuey Teow basah bang". balas semula pelayan tersebut sambil matanya seolah melirik keada aku seakan berkata........."eh, pakcik ni tak reti ke Char Kuey Teow mestilah basah."
Pernah mengalami situasi begini? Bagi aku perkara ini memang kerap berlaku kerana Char Kuey Teow merupakan salah satu makanan 'favourite' aku dan juga salah satu masakan yang paling aku mahir masak. Rasanya ramai perniaga Char Kuey Teow melayu agak terkeliru daripada istilah Char Kuey Teow itu. Sebenarnya perkataan Char Kuey Teow adalah daripada perkataan bahasa cina dailet kantonis, kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu membawa makna Kuey Teow Goreng. Jadi kenapa Kuey Teow Goreng tidak boleh digoreng kering? Inilah masalahnya, ramai perniaga di kalangan orang kita melayu beranggapan bahawa Char Kuey Teow adalah sejenis masakan Kuey Teow yang basah dengan berkuah seakan akan Kuey Teow Kung Fu (sebenar bukan Kung Fu tapi Kung Hu yang membawa maksud kantonis) yang berkuah cuma Char Kuey Teow yang dimaksudkan ini mempunyai kuah yang agak gelap. Rasanya bab makanan ini kita kenalah sedikit peka dari segi asal usulnya. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita makan, mana asal usulnya, kenapa makanan tersebut dicipta adakah ianya bersangkutan dengan budaya dan agama atau sebaliknya. janganlah kita hanya tahu masak dan makan sahaja. Kadang kala penghayatan sejarah penting dalam kehidupan kita supaya kita lebih kenal jatidiri kita.
Sebenarnya banyak perkara mengenai makanan yang amat sensitif selain daripada isu yang paling 'aula' iaitu isu halal itu sendiri. Umpamanya asal usul satu ciptaan makanan juga penting untuk kita ketahui agar tidak hanya jadi bangsa yang cuma mengikut sahaja, seolah-olah bagaikan satu 'budaya palsu atau tiruan semata-mata' tanpa ada keaslian. Tahukah, kita bahawa 'croisssant' yang kita makan dan kadang kala menjadi satu kebanggaan bagi sesetengah orang sebagai simbol 'moden dan maju', tercipta selepas kejatuhan empayar Islam Andalusia (Sepanyol)? "Croissant'" dalam bahasa Perancisnya atau "Crescent" dalam bahasa Inggerisnya yang bermakna Bulan Sabit dalam bahasa Melayu. Ianya dicipta oleh Chef-Chef Perancis bagi menandakan kejatuhan empayar Islam, simboliknya dengan memakan 'bulan sabit' tersebut yang merupakan lambang atau simbol Islam itu sendiri.
kata-kata orang tua dulu yang berbunyi 'makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap' perlu diperhatikan semula. Kerana sebenarnya makan pun bukan boleh sebarang makan, kerana 'kita adalah apa yang kita makan' dan Nabi SAW juga berkata penyakit itu berpunca daripada perut. Jadi kita perlu tahu apa yang kita sumbat ke dalam perut......wallahu'alam

Thursday, July 29, 2010

Menukar situasi negatif kepada positif

Agak lama tidak menulis di dalam blog ini, aku boleh beri berbagai alasan tapi alasan yang paling 'betul' kemalasan yang memanjang. Okay kali ini aku masih lagi ingin bercerita mengenai perkhidmatan makanan di restoran. Mungkin kita sering menghadapi situasi yang negatif semasa menerima layanan di restoran. Tetapi kerana kecekapan dan kemesraan kakitangan restoran tersebut situasi yang negatif tadi menjadi positif. Di sini aku ingin menceritakan mengenai 2 pengalaman yang berbeza.
Pertama mengenai bagaimana situasi yang negatif ditangani secara tidak professional dan menjadikannya bertambah negatif.
Pernah seketika dahulu aku dan isteri makan di sebuah restoran makanan segera yang terkenal dengan minuman rot birnya. Pelayan masa itu mengesyorkan aku untuk mencuba menu promosinya iaitu Curry Rice. Aku terus bersetuju manakala isteri aku memesan Burger seperti kebiasaannya. Betullah kata Zubir Ali dalam lagunya Pernantian "Pernantian satu seksa yang tidak tertanggung"........................isteri aku telah habis menjamu hidangannya namun hidangan yang aku pesan masih lagi tidak sampai. Setelah hampir lebih 30 minit barulah hidangan yang dipesan sampai. Tetapi yang menghampakan hidangan tersebut betul-betul sejuk................nasi yang dihidangkan bersuhu sejuk seolah-olah baru dikeluarkan daripada peti sejuk (lebih sejuk daripada nasi sejuk semalam). Aku memanggil pelayan itu kembali dan menyatakan tentang suhu nasi tersebut dan meminta dia memanggilkan penyelianya. Agak lama selepas itu pelayan berkenaan masuk ke dalam, dia kemudiannya keluar dan menyatakan penyelia tidak ada. Yang sedihnya tidak sepatah perkataan untuk meminta maaf atau cuba membaiki keadaan. Disebabkan perut yang lapar dan berkeroncongan aku terus membaham hidangan tersebut walaupun terasa seperti memakan nasi semalam yang sejuk dan kesat. Sejak itu aku langsung tidak berkunjung ke restoran tersebut.

Situasi kedua pula mengenai bagaimana situasi negatif ditangani dengan cara professional dan servis yang mesra telah bertukar menjadi positif. Ceritanya begini, baru-baru ini aku dan isteri keluar untuk membeli belah disebuah pasaraya besar di Kota Kemuning yang baru dibuka. Kemudian kami singgah disebuah restoran di pasaraya tersebut untuk makan malam. Aku memesan Roti Bakar dengan Telor Setengah Masak, manakala isteri pula memedan Lamb Chop with Black Pepper Sauce. Syabas dan tahniah hidangan yang aku pesan bagaikan datang sekelip mata. Setelah habis aku menjamu selera hidangan yang dipesan oleh isteri masih lagi tidak sampai. 20 minit berlalu tidak nampak apa-apa tanda hidangan untuk sampai sedangkan masa itu di dalam restoran tidak ramai tetamu. Aku lalu memanggil seorang pelanggan bertanyakan tentang pesanan hidangan tersebut. Malangnya pelayan yang mengambil pesanan tadi telah terlupa untuk memasukkan pesanan isteri aku. Kemudian aku melihat penyelia restoran tersebut memanggil pelayan yang mengambil pesanan dan berkata sesuatu, nampak sungguh serius. Selepas daripada itu pelayan terbabit terus berjalan menuju ke meja kami, dengan penuh rendah diri dan bersopan beliau memohon maaf di atas kecuaian beliau. Terasa sejuk hati yang tadi panas menunggu hidangan yang tidak kunjung tiba. Kemesraan dan kesopanan yang ditunjukkan dapat mengubat hati lalu menukar situasi yang negatif kepada positif. Aku pasti akan berkunjung kembali ke restoran ini bukan kerana hidangannya yang lazat dan enak tetapi kerana kemesraan perkhidmatan pelanggannya.

Formula bagi perkhidmatan pelanggan yang baik adalah mudah tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi, cuma perlu ada kesopanan dan kemesraan yang kadang kalanya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit tapi cukup menyejukkan hati.

Friday, January 15, 2010

Lagi cerita pasal perkhidmatan makanan

Semasa kelas "food retailing management & technology" yang aku kendalikan, selalu jugak aku bertanyakan kepada pelajar tentang tahap perkhidmatan pelanggan di restoran-restoran Melayu yang mereka langgani. Apa pendapat mereka tentang tahap perkhidmatan makanan di restoranrestoran milik orang melayu? Rata-rata jawapan yang didapati mengatakan ianya berada pada tahap yang agak menyedihkan terutama jika dibandingkan dengan restoran mamak. KENAPA!!! agaknya ianya terjadi? Sedangkan semua orang tahu faktor perkhidmatan pelanggan amat penting dalam sektor perkhidmatan umumnya dan sektor perkhidmatan makanan khususnya. Kebanyakan daripada kita tidak akan datang lagi ke restoran yang buruk perkhidmatan pelanggannya walaupun menyediakan menu yang menarik lagi baik. Sementara itu kita tidak akan keberatan untuk berkunjung kembali ke restoran yang walaupun menunya "biasa-biasa aje" tetapi perkhidmatannya boleh dipuji. Agak sedih orang Melayu yang terkenal dengan sikap sopan santun dan menghormati tetamu tetapi bila dalam berniaga, nilai-nilai positif ni seolah-olah hilang.
Mungkin ada orang kata aku keterlaluan membuat komen tentang tahap perkhidmatan pelanggan di restoran milik orang Melayu. Tapi kalau tiada angin masa kan pohon boleh bergoyang. Korang rasanya mungkin pernah mengalami pengalaman yang sama tentang tahap perkhidmatan pelanggan di restoran milik orang Melayu. Aku berani kata ni dari 10 orang yang aku buat kajian secara rambang 9 memberikan komen yang negatif terhadap tahap perkhidmatan pelanggan........entahlah........bukan sekadar sedap di mata, mesti perlu ada rasa sedap di hati, tambah baik kalau terasa sedap di lidah.