Mungkin pada sesetengah orang yang berkemampuan berapalah sangat harga bagi sekampit beras. Tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan harga sekampit beras bagaikan nyawa yang dapat menyambung kehidupan di dunia ini. Mungkin ada yang beranggapan bahwa 'statement' itu amat keterlaluan dan melampau. Kita mungkin terlalu didedahkan siri-siri dikaca TV tentang kesusahan dan kepayahan hidup sesetengah rakyat marhaen di Malaysia sehinggakan kadang kala kita merasakan ianya bagaikan cerekarama atau sinetron seolah-olah drama-drama swasta di kaca TV. Percayalah, tiada yang melampau mengenainya apabila anda sendiri yang mengalaminya.
Januari tahun ini 2014 genap usaha aku 52 tahun, telah melangkaui usia lebih setengah abad. Tertiba terlintas difikiran aku sepanjang usia ini apakah agaknya manafaat yang telah aku berikan kepada orang lain. Bermacam-macam persoalan timbul umpamanya apa sumbangan aku? APa amalan yang aku tinggalkan yang boleh dimanafaatkan? Aku acapkali memberikan pandangan-pandangan yang pelbagai tapi hakikatnya tidak satupun yang mampu aku terjemahkan secara praktikalnya.
Lantaran daripada itu bermula Fabruari aku berencana untuk membuat sedikit amal yang termampu bagi membantu golongan yang kurang berkeupayaan dengan mencadangkan program mengumpul beras sekampit seorang setiap bulan bagi diinfaqkan kepada golongan ini. Orang pertama yangaku khabarkan mengenainya adalah isteri aku dan bergerak daripada situ aku menghubungi sahabat dan juga merupakan jiran lamer di taman perumahan aku tinggal dulu. Kerana aku pasti beliau tentu akan bersetuju dan akan bekerjasam bagi menjayakan program ini. Pengalaman yang lepas bersama beliau menubuhkan tadika Islam di taman perumahan tempat kami tinggal dulu menjadi kekuatan mempercayai beliau akan bersama dengan usaha ini. Betul sangkaan aku, beliau terus bersetuju dan bertitik todak daripada itu kami memulakan program bagi menjayakan usaha untuk menringankan beban golongan yang kurang berkemampuan ini. Alhamdulillah usaha kami ini di sambut baik dan rupanya ramai yang ingin menderma cuma sedang mencari saluran sahaja.....................