There was an error in this gadget

Friday, January 15, 2010

Lagi cerita pasal perkhidmatan makanan

Semasa kelas "food retailing management & technology" yang aku kendalikan, selalu jugak aku bertanyakan kepada pelajar tentang tahap perkhidmatan pelanggan di restoran-restoran Melayu yang mereka langgani. Apa pendapat mereka tentang tahap perkhidmatan makanan di restoranrestoran milik orang melayu? Rata-rata jawapan yang didapati mengatakan ianya berada pada tahap yang agak menyedihkan terutama jika dibandingkan dengan restoran mamak. KENAPA!!! agaknya ianya terjadi? Sedangkan semua orang tahu faktor perkhidmatan pelanggan amat penting dalam sektor perkhidmatan umumnya dan sektor perkhidmatan makanan khususnya. Kebanyakan daripada kita tidak akan datang lagi ke restoran yang buruk perkhidmatan pelanggannya walaupun menyediakan menu yang menarik lagi baik. Sementara itu kita tidak akan keberatan untuk berkunjung kembali ke restoran yang walaupun menunya "biasa-biasa aje" tetapi perkhidmatannya boleh dipuji. Agak sedih orang Melayu yang terkenal dengan sikap sopan santun dan menghormati tetamu tetapi bila dalam berniaga, nilai-nilai positif ni seolah-olah hilang.
Mungkin ada orang kata aku keterlaluan membuat komen tentang tahap perkhidmatan pelanggan di restoran milik orang Melayu. Tapi kalau tiada angin masa kan pohon boleh bergoyang. Korang rasanya mungkin pernah mengalami pengalaman yang sama tentang tahap perkhidmatan pelanggan di restoran milik orang Melayu. Aku berani kata ni dari 10 orang yang aku buat kajian secara rambang 9 memberikan komen yang negatif terhadap tahap perkhidmatan pelanggan........entahlah........bukan sekadar sedap di mata, mesti perlu ada rasa sedap di hati, tambah baik kalau terasa sedap di lidah.


2 comments:

nadia said...

sy pnh mengalami situasi sperti diatas.mmg myakitkan ati..tp kan chef...pnh la my friend n i kerap kali mkn kat dat restaurant (thai food).mmg pack ngn customer.also bad service..(waiter yg perasan cantik n belagak) n food coming sgt lmbt..but we all still mau mkn sane...bcox d dishes sgt sedap dr tmpt lain.dun wan go to other stall r restaurant.wondering why its happen?
its dat blackmagic r masyrkat mlaysia sabar org nya?
tq..

SueHa said...

well, dari pandangan sy.. masyarakat melayu yg menjalankan perkhidmatan makanan ni kebanyakan nyer lbih mementingkan keuntungan dari mementing kan kesetiaan pelanggan nye.. sy kdg2 merasa hairan, kebanyakan kedai mamak tidaklah mengamalkan kebersihan 100% malah lebih kotor dari kedai org melayu.. tapi pelanggan nya tetap ramai...stiap jam dan setiap hari..tidak pernah putus..
tp sy sdar yg servis yg mereka tawarkan sgt memuaskan kalau nk di bandingkan dgn org melayu.. mereka kdg kala lebih bertimbang rasa dan hormati pelanggan nye.. sy bukan mahu membelakangkan dan memberi pandangan negatif kpd org2 melayu..tetapi ini yg kita lalui..yg kita alami...