There was an error in this gadget

Saturday, August 7, 2010

Char Kuey Teow...............

"Bagi saya Char Kuey Teow tak nak basah bagi kering sikit", kata ku pada pelayan sebuah restoran. "Maaf bang Char Kuey Teow tak boleh nak buat kering, semua basah-basah" balas pelayan tersebut. "Aik takkan tak boleh buat kering sikit" kata ku lagi. "memang style Char Kuey Teow basah bang". balas semula pelayan tersebut sambil matanya seolah melirik keada aku seakan berkata........."eh, pakcik ni tak reti ke Char Kuey Teow mestilah basah."
Pernah mengalami situasi begini? Bagi aku perkara ini memang kerap berlaku kerana Char Kuey Teow merupakan salah satu makanan 'favourite' aku dan juga salah satu masakan yang paling aku mahir masak. Rasanya ramai perniaga Char Kuey Teow melayu agak terkeliru daripada istilah Char Kuey Teow itu. Sebenarnya perkataan Char Kuey Teow adalah daripada perkataan bahasa cina dailet kantonis, kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu membawa makna Kuey Teow Goreng. Jadi kenapa Kuey Teow Goreng tidak boleh digoreng kering? Inilah masalahnya, ramai perniaga di kalangan orang kita melayu beranggapan bahawa Char Kuey Teow adalah sejenis masakan Kuey Teow yang basah dengan berkuah seakan akan Kuey Teow Kung Fu (sebenar bukan Kung Fu tapi Kung Hu yang membawa maksud kantonis) yang berkuah cuma Char Kuey Teow yang dimaksudkan ini mempunyai kuah yang agak gelap. Rasanya bab makanan ini kita kenalah sedikit peka dari segi asal usulnya. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita makan, mana asal usulnya, kenapa makanan tersebut dicipta adakah ianya bersangkutan dengan budaya dan agama atau sebaliknya. janganlah kita hanya tahu masak dan makan sahaja. Kadang kala penghayatan sejarah penting dalam kehidupan kita supaya kita lebih kenal jatidiri kita.
Sebenarnya banyak perkara mengenai makanan yang amat sensitif selain daripada isu yang paling 'aula' iaitu isu halal itu sendiri. Umpamanya asal usul satu ciptaan makanan juga penting untuk kita ketahui agar tidak hanya jadi bangsa yang cuma mengikut sahaja, seolah-olah bagaikan satu 'budaya palsu atau tiruan semata-mata' tanpa ada keaslian. Tahukah, kita bahawa 'croisssant' yang kita makan dan kadang kala menjadi satu kebanggaan bagi sesetengah orang sebagai simbol 'moden dan maju', tercipta selepas kejatuhan empayar Islam Andalusia (Sepanyol)? "Croissant'" dalam bahasa Perancisnya atau "Crescent" dalam bahasa Inggerisnya yang bermakna Bulan Sabit dalam bahasa Melayu. Ianya dicipta oleh Chef-Chef Perancis bagi menandakan kejatuhan empayar Islam, simboliknya dengan memakan 'bulan sabit' tersebut yang merupakan lambang atau simbol Islam itu sendiri.
kata-kata orang tua dulu yang berbunyi 'makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap' perlu diperhatikan semula. Kerana sebenarnya makan pun bukan boleh sebarang makan, kerana 'kita adalah apa yang kita makan' dan Nabi SAW juga berkata penyakit itu berpunca daripada perut. Jadi kita perlu tahu apa yang kita sumbat ke dalam perut......wallahu'alam

3 comments:

isz said...

betul la chef, susah nak cari char kuey teow yang kering, rata-rata semua yang berkuah,baik masak sendiri.pernah makan sekali char kuey teow yang original sedap, cina mualaf buat.tak mcm orang kita buat.

Nohtakh ujan said...

semalam kami makan kt putra height...restoran geng upin ipin.Oderlah char kuew tiaw.siap pas tu semua tertanya2 kenapa tak berkuah.Salah buat ke?Tapi si tukang masak pun datang memberi sedikit penjelasan apa sebenarnya maksud char kuew tiaw yang org melayu tak tahu..wakaka.sebenarnya char kuew tiaw itu digoreng kering.betul x chef..Silalah ke restoran geng upin ipin di putra height shah alam.

lyza.jalil said...

Assalam, seronok baca blog chef. Saya pun ada masalah yg sama bila pelanggan dtg ke restoran order char kway teow. Bila pesanan sampai macam tak puas hati sebab tak berkuah/banjir. Selalu juga kena bagi penjelasan tapi susah nak terima. Pada mereka char kway teow tu berkuah/banjir, kway teow goreng itu goreng kering. Saya dan suami hanya senyum.
Jemputlah menjamu selera di Restoran En. Tan Kopitiam, Rampai Business Park, Setapak KL...