Asyik menulis tentang perkhidmatan pelanggan aje rasa bosan juga........kerana isu ini tak pernah akan habis. Ada sahaja yang ingin dibicarakan. Baiklah kali ini rasanya ingin untuk berkongsi resepi dengan semua yang membaca blog ini. Untuk pertama kalinya biarlah bermula dengan resepi yang mudah-mudah dan senang untuk pembaca membuatnya. Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal dan masih lagi dalam 'mood' raya apa kata kali ini saya hidangakan anda dengan resepi kek paling mudah dan rahsia memperlbagaikannya.
Kek Mentega atau Butter Cake
250gm Mentega / Butter / Marjerin (kalau guna marjerin namanya jadi Kek Marjerinlah)
250gm Gula Kastor atau gula halus
4 biji telor - sederhana
250gm Tepung Naik Sendiri
Caranya:
1. Pukul Mentega bersama Gula sehinggan kembang atau bancuhan menjadi cerah (kuning keputihan).
2. Selepas itu masukkan telor sebiji demi sebijik dan kacau adunan sehingga sebati.
3. Masukkan Tepung Naik Sendiri sedikit demi sedikit - gunakan tangan untuk membancuhnya agar bancuhan sebati. Elakkan memukul terlalu kuat bancuhan atau menggunakan Mesin Penbancuh Kek semasa memasukkan tepung. Ini bagi mengelakkan udara di dalam bancuhan 'keluar' dan akan mengakibatkan kek tidak naik dengan 'baik'.
Tips:
Bahan-bahan di atas ini merupakan bahan asas bagi membuat Kek Mentega. Jika hendak membuat Kek Vanilla masukkanlah Esen Vanilla, jika Kek Oren maka masukkanlah sahaja Esen Oren, begitu juga jika ingin membuat Kek Pandan maka masukkan sahaja Esen Pandan. Anggaran dalam lebih kurang 2 sudu teh sahaja mengikut keperluan dan citarasa anda. Anda boleh juga memasukkan pewarna jika ingin.
Cara memasak:
1. Alas bekas pembakar kek dengan kertas minyak dan tuangkan bancuhan ke dalamnya.
2. Hentakkan dengan pelahan bekas agar adunan rata (jangan hentak terlalu kuat)
3, Bakarlah kek di dalam ketuhar yang telah sedia panas pada suhu 180 darjah selsius atau pada tahap Sederhana Tinggi bagi ketuhar yang tidak menpunyai indikator suhu. Bakarlah kek untuk selama lebih kurang 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Tips:
Satu cara untuk memastikan kek masak - cucuk kek dengan menggunakan lidi - jika lidi itu masih basah semasa ditarik keluar bererti kek tersebut masih belum masak. Selamat mencuba - yang pastinya anda perlu berani dan kreatif dalam membuat kek.