Baru-baru ni terjumpa kawan-kawan lama yang masih berkecimpung dalam industri perhotelan. Biasalah bila lama tak berjumpa maka banyaklah cerita-cerita lama keluar. memang kalau dibolehkan mahu rasanya kita patah kebelakang betulkan apa yang silap. tapi tu semua perkara yang mustahil. Dalam banyak-banyak cerita maka timbullah semula cerita tentang cadangan untuk menubuhkan 'Kesatuan Jurumasak Melayu'. Ini memang cerita lama tapi bila diceritakan semula ditokok tambah dengan keadaan semasa industri ini maka ianya semacam sesuatu yang baru dan segar. Member-member aku ni betul-betul teruja bila bercerita tentang kesatuan ini. Rata-rata kelihatan menyambut baik tentang penubuhan kesatuan, ada yang memberikan pandangan begitu begini dan sebagainya. Aku sesekali menyampuk jugak apabila da pandangan yang terlalu redikal atau ekstrem (yang tu tak perlu aku cerita kat sini). Tapi apa yang pasti masing-masing bersetujua akan ada perlunya menubuhkan kesatuan dengan membawa satu agenda bagi memartabatkan profession chef terutama bagi chef-chef Melayu di Malaysia, terutama bagi menjaga kebajikan serta halatuju profession ini setara dengan chef-chef di peringkat global. nampak gayanya mereka bersetuju untuk mengadakan perjumpaan pertama bagi mengadakan perbincangan bagi membincangkan penubuhan kesatuan pada 06hb September ini. Malangnya aku tidak dapat menghadirkan diri kerana kekangan tugasan. Walau apapun aku tetap berdoa agar hasrat murni ini dapat dilahir dan diterjemahkan dengan langkah yang pertama melantik AJK penaja bagi menubuhkan Kesatuan Jurumasak Melayu. Tapi dari segi teknikal harus aku ingatkan bahawa nama kesatuan penting agar ianya tidak tertakluk di bawah naungan Chef Association of Malaysia yang menjadi badan induk kesatuan jurumasak di Malaysia. Mungkin nama yang lebih global atau sekurang-kurangnya di peringkat Nusantara.
Rasanya cukuplah sudah aku melihat perkembangan yang tidak berapa 'sihat' di mana siapa sahaja dengan berpakaian jaket Chef terus dengan sekelip mata dipanggil sebagai Chef ataucuma beraksi dalam rancangan TV untuk beberapa bulan sudah boleh digelar sebagai Master Chef sedangkan pada hakikatnya bukan begitu.. Harapan aku dengan tertubuhnya nanti kesatuan akan mengariskan panduan yang jelas serta dapat memartabatkan profession dengan sebaik mungkin.
Wallahuallam
No comments:
Post a Comment