Mungkin bagi sesetengah orang isu ini macam dah basi. Tetapi ketahuilah ianya terlalu hampir dengan kehidupan kita sehari-hari jika dibandingkan dengan isu lain-lain waima isu politik sekalipun. Setiap hari kita akan berurusan dengan aktiviti membeli belah. Sarapan pagi, makan tengahari minum petang, beli belanja dapur.................ini semua kita lakukan hampir setiap hari. Jadi tidak keterlaluan jika kita katakan isu barangan naik harga ini memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian kita.
Aku terpanggil untuk bercerita tentang isu ini apabila teringatkan tentang majlis pertunangan yang aku hadiri baru-baru ini. Melihat kepada persiapan seperti hantaran, hidangan, jemputan, khemah dan sebagainya senang-senang kosnya boleh mencecah RM5000. Itu cuma bagi sebuah majlis yang sederhana "katanya". Itupun tidak termasuk belanja lain seperti jurugambar, pakaian tuan punya badan dan segala mak nenek yang perlu dibeli yang bukan boleh dipetik kat pokok begitu sahaja. Terbayang jugak dikepala aku bagaimana pula nanti jika aku sendiri perlu mengadakan majlis seumpama itu? Bukan untuk akulah tapi untuk anak-anak aku nanti.
Nak dijadikan cerita kebetulan semasa menjamu selera aku duduk semeja dengan beberapa orang tetamu jemputan yang agar berumur (kategori Pak Cik, Pak Ciklah sebab rasanya mereka ini semuanya dah bersara). Mulanya aku mendengar sahaja segala yang dibual dan diborakkan. Terlalu melangit pujian mereka kepada kerajaan bagaikan tiada cacat cela. Memuji memanjang seolah-olah isu barang naik ini tidak menjadi persoalan langsung. Kenyataan yang membuatkan aku terdetik untuk turut serta apabila seorang dari mereka mengatakan: "Barang naik ini perkara biasalah. Dari dulu semua barang naik mana ada yang turun. Jadi tak boleh salahkan kerajaanlah. Tahun 1964 dulu gula sekati 0.25 sen dan sekarang ini RM2.20, jadi tak pernah ada turun pun. Lagi pun dulu nak kerja payah sekarang senang nak kerja, banyak kilang, kedai, syarikat dan sebagainya. Kalau tanya orang Indon yang kerja kat sini, dia orang pun kata Malaysia bagus, harga kelapa sawit terkawal tidak macam kat Indonesia." kata seorang daripada Pak Cik tersebut. Tertiba aje aku rasa macam nak sekolahkan Pak Cik ni. "Saya setuju memang barang daripada dulupun tak pernah ada yang turun semuanya naik "kecuali kangkung kot?". Kita bukannya nak salahkan kerajaan pasal barang naik ni. Tapi yang kita persoalkan bagaimana usaha kerajaan untuk mengimbangi kos hidup rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang ni? Memang dulu susah carik duit berbanding sekarang. Sekarang dengan mudah boleh dapat pekerjaan sebagainya kalau rajin usaha. Tapi kita kena ingat dulupun kita tak jumpa minyak ekonomi Malaysia banyak tertumpu kepada perladangan dan perlombongan bijih timah sahaja. Tetapi sekarang ni pendapatan negara meningkat dengan industri pengeluaran, perkhidmatan serta petroleum. Sepatutnya ianya menjadikan kehidupan kita lebih baik dari dulu baik dari segi kos serta taraf kehidupan. Kalau kita bercakap pasal Sawit bukan semua orang yang menikmati atau terkesan secara langsung dengan kenaikan dan penurunan harga sawit. Yang bercakappun belum tentu ada apa2 hubungan atau mempunyai ladang Sawit? Kitapun bukan makan dan beli atau berbelanja dengan Sawit? Tetapi jika kita lihat kepada petroleum ianya memberikan kesal langsung dan secara tidak langsung kepada semua orang dan barangan...............Tuan kena ingat dulu dan sekarang mestilah berbeza............ dan sepatutnyalah berbeza. Kalau dulu susah sekarang patutnya lebih senang. Sebagai contoh budak umur 7 tahun (Tahun 1964 Malaysia merdeka selama 7 tahun) dengan sekarang ni berumur 57 tahun (2014 Malaysia merdeka 57 kalau ikut umur orang ni dah masuk skim pencen) sepatutnya kehidupan rakyat Malaysia lebih senang dan selesa bukan bertambah teruk. Kenapa masih ada lagi isu Melayu yang masuk dalam ketegori miskin terutama mereka yang dikategorikan sebagai Miskin Bandar?"..........................phew panjang lebar aku bersyarah.
"Mungkin kita tengok diri kita senang tak susah nak beli barang...........barang naik pun tak memberi apa2 kesan kepada kehidupan kita......................tapi cuba fikir sejenak tentang kesusahan mereka yang berpendapatan rendah. Kerana realitinya ada disekililing kita. Baru-baru ini aku didatangi seorang kakitangan kerajaan berjawatan rendah dengan pendapatan isi rumah (suami isteri) RM5000.00. Bayaran ansuran rumah RM980, Upah jaga anak 3 orang x RM300 = RM900. Bayar ansuran kereta RM500.00. Tolak belanja RM10 seorang X 2 orang =RM600 sebulan (ni kira paling jimat). Duit minyak kereta R100 seminggu = RM400 sebulan.Bil letrik, air, telefon, astro, internet semua dalam RM400.00. TInggal RM1220 aje!!! Kat situlah belanja dapur, susu anak, sesekali makan kat luar gerai tomyam, KFC, McDonald dll. Tidak termasuk untuk perbelanjaan lain-lain atau simpanan atau tolak hutang koperasi pasal buat pinjaman untuk bayar muka rumah dan juga kos guaman tempoh hari. Tup..tup anak nak masuk sekolah.........baju, buku, tuisyen, belanja sekolah, lawatan, yuran itu, yuran ini...........phew..................mana nak cekau duit??????....................kalaulah boleh gadai bulu ketiak mungkin dah lama dia orang ni buat.
Jadi...............janganlah sebab kita senang kita terlupa tentang saudara kita yang selalu kesempitan untuk memenuhi tuntutan kehidupan sehari-hari.............Mungkin korang tak pernah bagaimana susah atau rasa makan nasi dengan air garam atau minyak bekas goring ikan kering? Sesekali kena menu macam mungkin sedap..............tapi kalau dah selalu?
No comments:
Post a Comment