Bila teringat tentang temasya sukan atau hari sukan sekolah ini teringat aku tentang pengalaman menjadi wakil sekolah ke Pertandingan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelang pada tahun 1974. Kiranya dulu dulu ni aku masuk dalam kategori 'sportman' jugak cama bakat itu tidak dikembangkan keperingkat sekolah menengah dan seterusnya. Dalam bab sukan ni aku bukanlah ahli sukan serba boleh..............bola sepak, bola tampar dan seumpama dengannya bukan sukan yang aku masuk. Aku bergiat dalam sukan lumba lari. Dalam ketegori lumba lari pun bukan semua kategori. Kategori yang aku masuk adalah acara pecut 100 meter.
Masa kat sekolah rendah dulu aku yang berumah merah selalu mewakili kategori lari 100m pecut pada setiap tahun sehinggalah ke darjah enam. Kalau tak silap akulah, masa darjah 6 dulu catatan masa yang aku buat bagi kategori lari pecut 100m ini dalam kalau tak silap 13.15 saat. Rasanya masa itu, ada lagi rakan-rakan lain yang membuat catatan yang lebih pantas. Tetapi tidak tahu sebab apa aku telah dipilih untuk saringan latihan untuk mewakili sekolah ke MSSK ketika itu. Cikgu yang bertanggung jawab untuk sukan masa tu yang kami gelar sebagai 'Sport Master' adalah Cikgu Muniandy, secara kebetulan juga beliau merupakan Cikgu bagi Rumah Merah. Mungkin beliau melihat potensi aku ada dalam acara 100m ini, lalu beliau menyuruh aku datang setiap petang untuk membuat latihan bagi acara pecut sebagai salah satu syarat untuk pemilihan mewakili sekolah. Malangnya aku tidak pasti boleh datang untuk latihan. Tetapi hal ini tidak aku maklumkan kepada Cikgu Muniandy. Alasan untuk tidak dapat datang latihan petang adalah kerana setiap petang selepas mengaji quran aku akan menjual kuih keliling kampong untuk mencari duit bagi menolong keluarga menampung kehidupan. Tak tahu pasal apa aku tidak bagi tahu Cikgu Muniandy mengenai hal ini? Mungkin juga pada ketika itu menjadi budaya untuk tidak membantah atau menjawab suruhan cikgu, maka aku diamkan aje. Keesokan selepas sehari sepatutnya aku kena hadir untuk latihan petang, awal-awal pagi lagi Cikgu muniandy telah datang ke kelas untuk mencari aku.
"Mana Ali?" jerkah Cikgu Muniandy kepada kelas 6B. Aku bangun dan berjalan ke hadapan. Piiiiiang satu das penampar kena kemuka aku. "Pasal apa tidak hadir semalam petang untuk latihan larian, saya sudah tunggu takder datang?" Jerkah Cikgu Muniandy lagi. Keseluruhan kelas terdiam, aku cuma menundukkan muka, selain daripada menahan kesakitan, air mata telah bercucuran. Aku tidak menjawab cuma diam sahaja. Cikgu Muniandy mengulangi lagi soalan. Tertiba terdengar suara kawan aku, aku tidak pasti siapa samada Mohamad atau pun Zainal atau mungkin jugak Johan atau Aziz, memberitahu Cikgu Muniandy "Cikgu, Ali hari-hari petang dia jual kueh". Memang semua kawan-kawan aku tahu aku menjual kuih keliling kampong setiap petang. Bukan itu sahaja kadang-kadang kat sekolah juga aku ada buat jualan. emak aku rajin buat kacang kuda rebus disira dengan kari serta cili kering......memang sedap (tertiba terasa macam nak makan kacang kuda rebus pulak). Cikgu Muniandy terdiam sebentar agak lama juga, kemudian berkata, "Kenapa tidak bagi tahu saya kamu tidak boleh hadir, penat saya tunggu? Kalau macam itu esok kamu datang awal supaya kita boleh buat latihan larian sebelum masuk kelas" sambung Cikgu Muniandy. Aku cuma mampu mengangguk, terasa malu untuk mengangkatkan kepala takut kawan-kawan nampak air mata aku meleler di pipi. Sebelum beredar, Cikgu Muniandy sempat berkata dalam nada suara yang pelahan "Kalau sekarang kamu sudah boleh menjual kuih harap-harap masa akan datang kamu boleh buat perniagaan yang lagi besar". Tapi masa itu aku bukan tahu apa sangat, tidak langsung ambilkira atau terfikir dua kali tentang kenyataan Cikgu Muniandy itu.......................maka kenyataan itu cuma tinggal kenyataan.................
Tuesday, April 22, 2014
Wednesday, April 16, 2014
Temasya Sukan Sekolah..................
Mungkin anak-anak hari ini tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bagaimana meriahnya suasana hari sukan sekolah dulu-dulu? meriahnya tidak macam sekarang. Temasya Sukan Sekolah masa ini seolah dilihat hambar. Cuma warga sekolah dan yang berkait rapat dengannya seperti AJK PIBG sahaja yang mungkin terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Penyertaan atau penglibatan masyarakat setempat terutama dari kalangan ibubapa yang anak-anak mereka yang bersekolah pun belum tentu lagi melibatkan diri dengan Temasya Sukan Sekolah ini. Kadang-kadang ada sambutan Temasya Sukan Sekolah dilihat begitu hambar dan sepi.
Perkara-perkara yang paling tidak boleh aku lupakan adalah persiapan awal sekolah dengan menjalankan aktiviti mewarna ('dye' baju rumah sukan masing-masing. Masa tu jenama pewarna yang terkenal dalam bentuk serbuk adalah 'Dylon'). Sesi mewarnakan dijalankan bersama antara Guru dan murid. T-shirt sukan ini atau lebih tepat adalah Singlet tanpa lengan yang sering digunakan adalah dari jenis Pagoda atau kalau mereka yang berduit jenama yang digunakan seperti "Fruit of the Loom". Selain dari mewarna murid-murid juga diberikan tugasan untuk menjual tiket bagi membeli barangan jualan semasa Temasya Sukan berlangsung. Tiket-tiket ini biasanya dalam nilai 0.20sen, Sebulan sebelum temasya sibuklah murid-murid pergi rumah-ke-rumah menjual tiket sambil menjemput orang kampung untuk datang ke Temasya Sukan Sekolah itu nanti. Semakain dekat dengan tarikh temasya semakin sibuk dan kemeriahan yang dirasa. Sekolah dibersihkan dengan acara gotong royong serta diperhiaskan dengan pelbagai perhiasan dan poster.
Satu perkara yang mesti rakan-rakan seangkatan dengan aku mesti ingat adalah kehadiran Lori/Van bewarna hijau yang akan kerap kali datang pada setiap Temsya Sukan Sekolah. Kenderaan bewarna hijau inilah yang menjadi tumpuan ramai termasuk orang-orang kampung. Kerana masa inilah berpeluang untuk dapat minum minuman 'Coklat' paling sedap yang dapat dirasakan. Kenderaan ini tidak lain daripada Lori Milo. Aku antara orang yang memang sangat-sangat menunggu kehadiran Lori milo ini. Masa nilah nak dapat merasa minum Milo puas-puas tak kiralah berapa panjang barisannya kena beratur atau tak peduli berapa kali kena beratur .......asalkan dapat minum Milo percuma. Anak-anak sekarang mungkin tak dapat merasakan perasaan yang sama kerana kat rumah stok Milo sentiasa ada. Kami dulu yang ada cuma tin Milo kosong yang dibuat sebagai permainan. nak beli Milo bukan murah...................rata-rata masa itu kehidupan masyarakat melayu kampung agar daif. Milo pula diletak sebagai bahan makanan yang 'lumayan' yang jrang dimasukkan kedapam senarai barangan perlu beli bagi kebanyakan rumah orang melayu.
(Gambar sebagai hiasan sahaja diambil dari sharinginfoz.blogspot.com)
Berbanding dengan waktu dulu-dulu................Temasya Sukan Sekolah bukan sahaja mendapat tempat di hati warga sekolah semata-mata. Ianya melangkaui sempadan padang sekolah hinga ke seluruhan kampung. Pengumuman bukan sekadar pada kain rentang yang di pasang berdekatan dengan sekolah malah terdengar di corong pembesar suara di Masjid. Sudah tentu tidak ketinggalan perkara mengenainya juga dibincang dalam Agenda Mesyuarat Jawatan Kuasa Kampung di balairaya-balairaya (mungkin ada di antara anak-anak generasi sekarang yang tidak pernah p-un mendengar istilah 'balairaya' ini). Penglibatan dalam menjayakan Temasya Sukan ini bukan terletak di atas bahu para guru sahaja, Jawatankuasa Kampung juga memainkan berperanan yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan kemeriahan Temasya Sukan Sekolah ini. Perancangan program melain daripada melibatkan murid secara langsung ianya juga merangkumi aturcara yang melibatkan orang-orang kampung dan guru-guru. Antara acara kemuncak yang masih aku ingat adalah acara pertandingan Tarik Tali antara - Pasukan Guru & AJK PIBG melawan Pasukan Orang-orang Kampung (yang ditubuhkan secara bidan terjun). Riuh rendah sorakan dengan gegak gempita padang sekolah dengan jeritan dan sokongan kedua-dua belah pihak.Perkara-perkara yang paling tidak boleh aku lupakan adalah persiapan awal sekolah dengan menjalankan aktiviti mewarna ('dye' baju rumah sukan masing-masing. Masa tu jenama pewarna yang terkenal dalam bentuk serbuk adalah 'Dylon'). Sesi mewarnakan dijalankan bersama antara Guru dan murid. T-shirt sukan ini atau lebih tepat adalah Singlet tanpa lengan yang sering digunakan adalah dari jenis Pagoda atau kalau mereka yang berduit jenama yang digunakan seperti "Fruit of the Loom". Selain dari mewarna murid-murid juga diberikan tugasan untuk menjual tiket bagi membeli barangan jualan semasa Temasya Sukan berlangsung. Tiket-tiket ini biasanya dalam nilai 0.20sen, Sebulan sebelum temasya sibuklah murid-murid pergi rumah-ke-rumah menjual tiket sambil menjemput orang kampung untuk datang ke Temasya Sukan Sekolah itu nanti. Semakain dekat dengan tarikh temasya semakin sibuk dan kemeriahan yang dirasa. Sekolah dibersihkan dengan acara gotong royong serta diperhiaskan dengan pelbagai perhiasan dan poster.
Satu perkara yang mesti rakan-rakan seangkatan dengan aku mesti ingat adalah kehadiran Lori/Van bewarna hijau yang akan kerap kali datang pada setiap Temsya Sukan Sekolah. Kenderaan bewarna hijau inilah yang menjadi tumpuan ramai termasuk orang-orang kampung. Kerana masa inilah berpeluang untuk dapat minum minuman 'Coklat' paling sedap yang dapat dirasakan. Kenderaan ini tidak lain daripada Lori Milo. Aku antara orang yang memang sangat-sangat menunggu kehadiran Lori milo ini. Masa nilah nak dapat merasa minum Milo puas-puas tak kiralah berapa panjang barisannya kena beratur atau tak peduli berapa kali kena beratur .......asalkan dapat minum Milo percuma. Anak-anak sekarang mungkin tak dapat merasakan perasaan yang sama kerana kat rumah stok Milo sentiasa ada. Kami dulu yang ada cuma tin Milo kosong yang dibuat sebagai permainan. nak beli Milo bukan murah...................rata-rata masa itu kehidupan masyarakat melayu kampung agar daif. Milo pula diletak sebagai bahan makanan yang 'lumayan' yang jrang dimasukkan kedapam senarai barangan perlu beli bagi kebanyakan rumah orang melayu.
(Gambar sebagai hiasan sahaja diambil dari yuhaisya.blogspot.com)
Suasana kemeriahan dan keseronok menunggu dan menyambut Temasya Sukan Sekolah dulu-dulu jika dibandingkan dengan sekarang amat jauh sekali. Dulu mungkin aktiviti keramaian atau hiburan amat sedikit maka bila sesuatu program sebegini dijalankan maka ianya mendapat perhatian keseluruhan lapisan masyarakat. Tidak seperti sekarang terlalu banyak aktiviti keramaian, hiburan dan juga program dan majlis yang leka dan lalai maka program Temasya Sukan Sekolah ini dipandang sepi oleh masyarakat setempat..........cuma yang terlibat tidak lain cuma murid dan guru sahaja itu pun mungkin kerana ianya telah ditetapkan sebagai salah satu program tahunan sekolah..........Wallahu'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)