Sunday, April 12, 2009

Bamboo Lallang Bistro

Sesiapa yang pernah ke Jenjarom atau dari Kelang ke bandar Banting, mungkin tidak terlepas untuk lalu di hadapan restoran yang dipanggil Bamboo Lallang. Tidak keterlaluan jika dikatakan, restoran ini tidak akan terlepas pandang apabila anda melaluinya pada sebelah malam yang terletak di sebelah kiri jalan dari hala Kelang ke Banting. Lebih tepat lagi sekiranya anda melepasi pekan Telok Panglima Garang anda mungkin tidak akan terlepas melintasi bulatan kecil ke Pulau Carey, dari situ kira-kira dalam 2km anda akan berjumpa dengan retoran yang beratapkan lalang dan bertiangkan buluh di sebelah kiri jalan.
Restoran ini dari segi lanskap dan dekorasi terutama jika anda ke sini pada waktu malam (restoran ini pun memang di buka pada sebelah petang hingga ke malam) cukup menarik dengan cahaya lampu yang memberikan suasana yang nyaman dan santai. Dari segi dekor restoran ini bolehlah diberikan "ibu jari" (thumb up) tapi pastikan anda berseluar panjang kalau tidak mahu digigit nyamuk (ubat nyamuk akan dipasang dengan permintaan).
Menu dan hidangan yang ditawarkan bolehlah dikategorikan sebagai "biasa-biasa" sahaja tidak terlalu menonjol atau menarik. Aku telah beberapa kali ke sini pada masa awal ianya dibuka pada awal 2008 dan selepas itu sekali sekala ke sini. Rasa masakan yang berubah-ubah tidak konsisten. Mulanya dulu baguih agak menarik Nasi Goreng Ayam Berempah dihidangkan dengan Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan, lepas itu hidangan ini rasanya lain pulak (mungkin tukang masak lari kot) kemudian hidangan ini hilang dari menu. Saiz porsi (Portion size) hidangan kat sini agak kecil / sedikit. Bagi mereka yang "kuat makan" perlu 'order' dua hidangan. Harga hidangan goreng-goreng adalah sekitar RM4.80 - RM6.00. Sementara itu harga airnya untuk minuman panas seperti teh dan kopi pada sekitar RM1.50 - RM2.00 tetapi perlu diingatkan jika anda memesan minuman Jus harganya lebih kurang RM4.80 segelas (hampir sama dengan harga hidangan).
Dari segi perkhidmatan....................................servis ini merupakan satu masalah yang sama di mana-mana restoran orang melayu. Lembab dan pelahan kecuali jika anda ke sini dengan 'awek' mungkin sevis yang pelahan ini tak menjadi satu kelemahan. Secara keseluruhannya aku bagi kat restoran ini dalam dua tiga suku bintang. Tak boleh nak kasi 3 bintang pasal ada dua kelemahan dari segi menu dan servisnya. Sayang rasanya restoran yang mempunyai lanskap dan dekorasi menarik ini ada kelemahan yang agak ketara. Tauke restoran ini kena banyak fikir.... untuk lebih berjaya dan berdaya saing.

No comments: