Secara rambangnya apabila kita tanya mana-mana pelangganlah tentang perkhidmatan pelanggan di restoran melayu, sudah tentu kita akan dapat jawapan yang sama. Kebanyakan orang akan memberikan komen yang agak negatif mengenai tahap perkhidmatan pelanggan di restoran melayu. Kenapa agaknya ini berlaku? Sedangkan orang melayu dikenali dengan sifat sopan santun, peramah, berbudi bahasa, menghormati tetamu dan berbagai-bagai lagi ciri-ciri ketimuran yang positif. Tetapi mana perginya sifat-sifat ini apabila "seorang melayu" menjalankan perniagaan restoran? Adakah sifat-sifat "baik" ini cuma ada di lingkungan rumah tangga aje ke? Kalau begitu gamaknya, bermakna tidak terkesanlah segala amalan kebaikan yang disulam di rumah tidak dapat ditempiaskan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam alam perniagaan atau pekerjaan. Apa agaknya yang membuatkan segala amalan "baik" tadi tidak dapat diterjemahkan dalam keseluruhan alam kehidupan kita?
Entahlah mungkin kita ini lebih bersifat "memijak semut pun tak mati" .... cuma "baik" bila berada dalam lingkungan rumah tangga aje. Kenapa ye? Sifat "baik" ini tak diterjemahkan dalam alam perniagaan> Sepatutnya ini tidak berlaku sekiranya kita menganggap perniagaan kita ini juga sebahagian daripada kehidupan kita yang perlu kita hormati. Ianya sebahagian dari nyawa, darah dan daging bagi kita. Mungkin jika kita tukar paradigma kita berfikir tentang perniagaan yang kita jalankan ....... mungkin-mungkin juga akan mengubah cara kita mengendalikan perniagaan tersebut.
Dari pengamatan aku sebagai seorang pelanggan yang suka makan di merata tempat, bolehlah aku katakan restoran melayu yang berdaya saing dan dikunjungi ramai pasti mempunyai ciri-ciri "baik" yang aku maksudkan. Kenapa agaknya pengusaha-pengusaha restoran melayu ni tak nak fikir......................
No comments:
Post a Comment