Monday, January 14, 2013

Tukang Masak atau Chef

Bila sesekali mengenangkan mengenai kerjaya yang aku ceburi ni, rasanya telah terlalu banyak perkara yang berlaku sejak 10 tahun kebelakang ini, lebih-lebih lagi dalam masa dua tahun yang lepas. Dewasa ini semacam satu 'kegilaan' ramai benar yang ingin menjadi 'Chef Segera'. Akauntan, peguan, jurutera, arkitek dan ramai lagi yang ingin menjadi 'Chef Segera' ini. Apakah mereka semua telah bosan dengan kerjaya yang mereka ceburi? Entahlah mungkin mereka sendiri yang tahu jawapannya. Ataupun mungkin juga pengaruh media massa terutama sekali TV yang memainkan peranan dengan mempromosi banyak rancangan realiti mengenai chef ini. Tidak cukup dengan rangkaian TV tempatan kita juga dihidangkan dengan pelbagai rancangan masakan antarabangsa. Salah satu program bagi aku yang memberikan impak yang besar akhir-akhir ini adalah rancangan Master Chef. 
Mungkin ramai yang tidak tahu titik bengek dalam dunia sebenar seorang chef. Penat lelah, jerit perih seorang chef hanya kami sahaja yang tahu. Ini dunia 24/7 dan 365 hari setahun. Dulu masa mula-mula menceburi bidang ini akau mengambil sijil Assistant Cook yang ditawarkan oleh ITM (sekarang ini UiTM). Masa itu umur baru hendak menjangkau 18 tahun. Ramai yang agak memandang sinis tentang kerjaya yang aku hendak ceburi ini. Keluarga juga kurang memberikan sokongan. Masyarakat lagilah seolah memandang sepi tentang kerjaya ini. Mungkin waktu itu jika P. Ramlee buat skrip filem....mungkin begini bunyinya. "Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Doktor? Majistrate?...............Tukang Masak!!!!? Pantang keturunan aku berkahwin dengan Tukang Masak. Rasanya ini dapat membayangkan bagaimana sepi pandangan masyarakat tentang kerjaya ini. 
Namun semua itu menjadi kenangan yang menjadikan aku lebih dewasa. Walaupun masa itu inilah kenangan yang pernah aku tempoh, cumanya buat masa ini ianya bisa membuatkan aku tersenyum walaupun pada ketika itu pahit untuk menerima kenyataannya. Syukur Alhamdulillah kepada yang secara langsung dan tidak langsung memainkan peranan bagi mermartabatkan kerjaya ini di mata masyarakat. tetapi aku cuma terkilan apabila cuma dengan pekaian seragam Chef atau melalui program yang singkat sesorang itu terus mengunakan 'title' Chef di depannya. Apa kata korang adakah itu wajar?

2 comments:

Gillette Flores said...

Rasanya tidak wajar.
Tapi kalau sekadar suka2 unuk rancangan TV, rasanya mungkin tidak menjadi big issue.

Cuma jika sekadar masuk ke rancangan itu dan selepas itu dipanggil 'Chef'sebenar mungkin tidak wajar sebenarnya :)

Tukang Masak said...

kadang suara ramai menjadi kata penentu walaulp0un pd hakikatnya tiada kewajaran