Sup Miso bersama Wakame dan
Taufu
(Wakame
to tofu no miso shiru)
Sup
rugi bagi orang Jepun adalah sup miso – sejenis sup yang diperbuat dari pes
kacang soya. Terdapat dua jenis sup dalam masakan Jepun iaitu sup
pekat dan jernih. Sup biasanya dihidangkan panas di dalam mangkok sup yang
tersendiri yang bertutup. Hidangan sup Jepun dikatakan merupakan hidangan lengkap kerana mengandungi protin (miso dari kacang soya merupakan protin kelas kedua), vitamin, mineral dan sebagainya. Rasanya kalau untuk berbuka puasa ni sesuailah sangat makan Miso Sup dengan Nasik........................diet katanya.
Bahan
(untuk 4 hidangan):
20 sm Rumpai
laut wakame (sejenis rumpai laut yang boleh didapati yang menjual barangan Jepun seperti JJ / Aeon - kebiasaannya dalam bentuk kering. Hendaklah direndam dahulu sebelum digunakan)
225 gm Taufu Jepun – putih dan
lembut - pastikan ianya dari hasil soya bukan dari telur - bukan taufu telor - eggs tofu.
850 ml dashi - Air rebusan / kaldu yang diperbuat daripada hasil ikan. Boleh air rebusan ikan bilis. Ambil segengam ikan bilis - sangai atau masukkan dalam ketuhar sehingga sedikit perang. Kemudian rebus bersama 1.5 liter air untuk lbih kurang 45 minit dgn api pelahan. Tos dan buangkan hampas bilis ambil airnya.
100 gm Pes miso – cerah (terdapat 3 jenis miso putih, merah dan hitam)
Cara
penyediaan:
1. Basuh dan bilas wakame dan
rendamkan dalam air suam selama 10 hingga 15 minit. Toskan dan kemudian
dipotong menjadi kepingan lebih kurang 2.5 sm. Taufu dipotong dadu. Susun wakame dan taufu dalam mangkuk sup.
2.
Tuangkan dashi kedalam
periuk dan biarkan mendidih. Di dalam mangkuk yang berbeza bancuh miso bersama dashi hingga larut.
3.
Tuangkan bancuhan miso tadi ke dalam dashi dengan menggunakan penapis.
4. Panaskan sehingga mendidih
dan hidangkan sup di dalam mangkuk sup untuk empat hidangan. Hias dengan
hirisan daun bawang jika ingin.
5. Jika mahu boleh juga hiriskan daun bawang dan dihidang sekali dengan sup.
Miso Sup
No comments:
Post a Comment