Tuesday, December 8, 2015

Masyarakat Orang Asli - satu pandangan..............

Masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia terdiri daripada tiga kelompok besar atau utama terdiri daripada tiga kumpulan kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Masyarakat ini bertaraf bumiputra dan merupakan kelompok minoriti yang masih lagi terpinggir dari kelompok arus perdana walaupun ada banyak usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib. Bilangan populasi masyarakat orang asli ini adalah sekitar 141,230 orang atau cuma 0.5% dari jumlah penduduk Malaysia (JHEOA).


Bekas Batin merenung jauh akan masa depan kaum jahut di Kg Penderas


Masyarakat orang asli yang dikatakan terpinggir ini seringkali menjadi tarikan bagi kajian penyelidikan etnografi dan sosiologi dari sudut budaya, adat resam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Walaubagaimanapun didapati literatur sedia ada tidak banyak menyebut aspek pemakanan orang asli.Sepertimana yang diketahui umum rata-rata masyarakat orang asli ini amat bergantung kepada sumber semulajadi. Namun dengan perkembangan pesat dan modenisasi yang berlaku di Malaysia, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada masyarakat orang asli. Usaha kerajaan dalam memberikan pendidikan dan menyediakan pasarana bagi memastikan masyarakat orang asli tidak lagi hidup berpindah randah dan terpinggir dari arus pembangunan perdana sudah pasti akan memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada masyarakat ini. Pembinaan penempatan baru yang berhampiran dengan kemudahan asas moden sudah tentu juga akan memberikan kesan dan pengaruhnya yang tersendiri. Persoalan yang mengatakan bahawa masyarakat orang asli ini seolah-olah dibayangi di antara dua dunia (dunia moden dan dunia tradisi nenek moyang yang banyak bergantung kepada sumber alam) merupakan sesuatu yang amat menarik untuk diketahui kebenarannya. Tanggapan ini sudah pasti akan menimbulkan berbagai persoalan mengenai bagaimana orang asli mengimbangi dan menjalani kehidupan mereka seharian lebih-lebih lagi apabila berada di tempat yang ‘asing lagi baru’ bagi mereka? Adakah aktiviti harian etnik ini juga akan dipengaruhi oleh kedua-dua ‘dunia’ yang dinyatakan tadi. Bagaimana pula  segi pemakanan sudah pasti akan berlaku perubahan serta pengaruh terhadap etnik ini seperti yang dinyatakan iaitu moden dan tradisi?



Usop lebih selesa tidak berbaju (berlegeng) walaupun apabila masuk ke hutan untuk mencari makanan


Adalah difahamkan bahawa setiap budaya di dalam dunia ini mempunyai sistem makanan dengan coraknya yang tersendiri. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa apabila identiti sesuatu kaum itu merupakan perkara paling pokok atau teras bagi sesuatu kaum, maka makanan akan di’pulihkan’ (revive) (Douglas, 1984). Selain daripada itu setiap sesuatu masyarakat itu mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai amalan dan norma yang bersangkutan dengan makanan. Kajian mengenai pengambilan (consumption) makanan akan memberikan petunjuk dalam asas mengenal pasti perubahan yang berlaku semasa proses akulturasi.(Douglas, 1984; Mennell et all, 1992; Murcott, 1983 dan 1998). Sementara itu pengambilan makanan juga dianggap sebagai suatu ekspressi sipemakan mengenai diri mereka sendiri (Ahmad Jamal, 1998). Maka benarlah penyataan yang berbunyi “anda  adalah apa yang anda makan” – justeru, gaya hidup sesuatu kaum itu dapat difahami dengan menerokai tabiat makanan.

Kayu api merupakan bahan utama bagi sumber untuk memasak.

Di samping itu proses penghijrahan mempunyai kesan dan peranannya yang tersendiri bila dikaitkan dengan makanan. Makanan didapati merupakan salah satu elemen yang terakhir yang akan mengalami perubahan bagi sesuatu kaum itu apabila berlaku penghjrahan (Mennel, et.al, 1992; Murcott, 1983). Selain daripada itu, proses penghijrahan  akan juga mengakibatkan assimilisasi budaya. Maka makanan juga tidak dapat dinafikan akan melalui proses assimilisasi ini. Assimilisasi makanan ini akan semestinya memberikan kesannya yang tersendiri. Pada kebiasaannya dari perspektif assimilisasi ini cuma pendatang sahaja yang perlu ‘memeluk budaya baru’ iaitu budaya ‘tuan rumah’ dengan terpaksa mengadaikan budaya tradisi mereka (Ahmad Jamal, 1996). Justeru itu pendatang terpaksa meninggalkan budaya asal mereka samada rela atau tidak. 

Berbalik kepada masyarakat orang asli yang telah dipindahkan ke kawasan yang baru sudah tentu sekali akan memberikan kesan kepada cara hidup dan pemakanan mereka. Umum tahu masyarakat orang asli ini termasuk dalam kelumpuk pengumpul. Diet atau pemakanan mereka banyak bergantung kepada alam persekitaran. Sudah tentu sekali kawasan persekitaran baru di mana mereka ditempatkan akan memberikan kesan yang langsung kepada diet mereka.




Katok menunjukkan cara memasak ubi kayu menggunakan buluh.

Kita yang dikatakan sebagai masyarakat moden mungkin merasakan bahawa perkara terbaik bagi kumpulan orang asli ini adalah dengan membawa mereka dekat kepada dunia moden. Tetapi persoalannya adakah itu satu langkah yang baik kepada mereka? Adakah dengan cara menempatkan mereka ke kawasan yang lebih dekat dengan kemudahan asas benar benar membantu mereka?. Kemungkinan besar apa yang berlaku adalah kita telah terperangkap dengan tanggapan kita sendiri lantaran itu tidak tanduk kita tanpa kita sedari telah 'mencemari' kemurnian hidup kumpulan ini. Justeru itu kita perlu lihat kembali kebelakang...........berhenti sebentar.........berfikir........dan menganalisa semula apakah langkah yang terbaik bagi golongan ini. Pihak yang berkenaan dan berwajib perlu mempunyai kotak fikir yang berbeza dari sebelum ini terutama telah hampir 60 tahun kita merdeka peratusan kejayaan program yang kita jalankan tidak berada pada tahap yang memuaskan malah mengecewakan. Kenapa ini berlalku kerana kita menggunakan kayu ukur yang sama dengan pencapaian kita sedangkan ukuran pencapaian bagi masyarakat ini adalah berbeza.
Isteri bekas tok batin Nong menggunakan bunga betik sebagai salah satu hidangan.

Mungkin dengan membiarkan mereka dengan dalam dunia kehidupan mereka yang 'selesa' adalah lebih baik untuk mereka dan kita perlu menyokong mereka untuk itu.

Mereka lebih selesa begini.............................mungkin kita merasakan ianya terlalu daif

Tuesday, June 23, 2015

Ramadhan datang lagi.....................

Ramadhan datang lagi.................maka muncullah kembali perniaga-perniaga tahunan pasar ramadhan atau bazar ramadhan. Ada dari mereka kalangan yang memang berniaga sepanjang tahun, ada yang muncul setahun sekali dan ada juga muka-muka baru yang berkecimpung dalam duani perniagaan makanan. Baguslah masing-masing mempunyai semangat keushawanan. Bukankah 9 daripada 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaa.
Tapi apa yang perlu diingatkan kepada mereka yang ghairah berniaga ini janganlah lupa mengenai tanggung jawab untuk menyediakan makanan yang selamat lagi bersih...Halalal Tayyiban....bukan sekadar halal tapi juga baik....selamat sesuai dikonsumsi oleh manusia. Yang harunya ada perniaga yang tidak menitik beratkan tentang kebersihan dan keselamatan makanan. Perlu prihatin dan peka tentang tanggung jawab ini. Jangan sampai ada pembeli yang membeli makanan di pasar ramadhan tetapi tidak boleh dimakan semasa berbuka di sebabkan bari dan seumpama dengannya.
Seorang perniaga yang baik perlulah memastikan keselamatan makanan itu terjamin bukan sahaja semasa menjualnya tetapi hingga sampai waktu makanan itu dinikmati.
Macam-macam ragam aku tengok tentang bagaimana perniaga ini menarik perhatian pembeli....yang paling aku tak boleh belah....ada yang mengenakan jaket chef lengkap dengan scarf dan apronnya...tapi dari segi kepekaan tentang kebersihan dan keselamatan 'hancus'. Sanitasi personalnya langsung keparit.............aduyai janganlah bagi malu dengan kerjaya seorang chef.
Geramlah pulak aku jadinya dah lah sekrang ni siapa sahaja apabila mengenakan jaket chef n pakai topi tinggi terus mengaku chef.........................................entahnya. lu orang pikir lah.