Awal minggu baru aku layan anak-anak untuk makan di luar. Selepas buat pengundian nampaknya McDonald menduduki senarai teratas dalam pilihan untuk makan di luar. Walaupun secara peribadinya aku memanglah tidak berapa suka untuk ke McDonald, satu kerana 'standardization'nya tentang servis tanpa ada sentuhan "kemanusiaan", selain daripada itu, aku pasti makan di McDonald bukanlah mengenyakkan. Lebih-lebih lagi aku tahu motif anak-anak memilih McDonald bukanlah pasal makannya tetapi permainan (toys) yang boleh diperolehi. Ini sudah cukup untuk menjadikan anak aku yang paling kecil teruja memilih McDonald. Biasanya aku sering menggunakan kuasa veto yang aku ada untuk mempengaruhi @ memaksa anak-anak memilih tempat makan lain yang lebih mengenyangkan. tetapi kali ni nampaknya aku beralah mengikut kehendak mereka.
Seperti yang dijangkakan servis yang diberikan agak menjengkelkan sekali. Suara waitress yang sedikit bernada tinggi seolah-olah menjerit apabila bercakap serta intonasi yang bernada seperti robot cukup membuatkan aku bengang. Langsung tiada sentuhan kemanusian (the human touch). Tak kisahlah kalau kita berurusan dengan vending machine....tetapi ini manusia. Entahlah, dahlah generasi sekarang ni agak kaku dalam hal-hal kemanusian ditambah pula dengan keseragaman ala McDonald (McDonaldization) tentu lebih kejang dan keras jadinya. Sebelum meninggalkan kaunter sempat juga aku membuat teguran ........... jangan jadi macam robot, berilah sedikit sentuhan kemanusian dalam layanan anda.
Entahlah tak tau nak dibayang dan difikirkan........................bagaimana agaknya hari-hari yang mendatang.
No comments:
Post a Comment