Aku boleh mengkategorikan diri aku sebagai seorang Chef yang suka "makan" dan agak "adventurous" dalam hal-hal makan (sudah tentulah yang halal). Suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau ada restoran baru dan aku pula berkesempatan, tentu aku akan cuba. Setakat ini belum ada lagilah restoran yang betul-betul melekat kat hati aku baik di persekitaran Shah Alam ataupun tempat tinggal aku di Telok Panglima Garang (TPG). Bagi mereka yang tidak tahu di mana TPG ni, ianya terletak di antara Kelang dan Banting, lebih kurang 17km dari Kelang dan 23km dari Banting, sementara kalau dari Shah Alam lebih kurang dalam 30km.
Banyak restoran yang dah aku pegi di persekitaran berdekatan, tapi susah betul nak dapat restoran yang memenuhi kriteria 3S, yang terdiri dari "Sedap, Selesa dan Servis"
1. Sedap dari segi rasa dan sedap mata memandang.
2. Selesa dari segi suasana dan persekitarannya.
3. Servis yang pantas cekap lagi mesra.
Dari ketiga-tiga kriteria ini sukar untuk sesebuah restoran itu memenuhi ketiga-tiga kriteria itu sekali. Ada yang sedap tapi suasana yang kurang selesa walaupun servisnya "baik". Ada servisnya mesra dan peramah tetapi keselesaan agak kurang ditambah dengan rasa yang biasa-biasa aje. Begitu juga adayang suasana yang menarik berkonsepkan tema-tema tertentu tapi malang tiada rasa dan servis yang kurang memberangsangkan. Kenapa agaknya jadi begitu?
Okaylah di lain waktu akau akan cuba beri rating dari 1 hingga 10 berdasarkan kepada ketiga-tiga kriteria 3S bagi restoran yang aku pergi. Sampai sini dulu
No comments:
Post a Comment