Assalamualaikum, kepada semua yang mungkin mengikuti blog ini, maaf kerana terlalu lama tidak menulis apa-apa di blog ini. Hampir setahun rasanya selepas tulisan yang terakhir pada Mac tahun lepas. Kesuntukan masa bukanlah alasan tetapi ianya bergantung juga dengan faktor-faktor lain seperti dorongan untuk menulis itu sendiri.
Tahun ini sebagai seorang tenaga pengajar saya diamanahkan untuk mengetuai kursus Masakan Asia - Asian Cuisine,oleh itu rasanya adalah sesuai bagi saya untuk berkongsi resepi-resepi terpilih masakan Asia yang halal untuk dinikmati. Masakan-masakan Asia terpilih ini adalah daripada 7 buah negara termasuk Malaysia sendiri, Indonesia, Thailand, Korea, China, Jepun dan India.
Bagi tulisan kali ini saya kepilkan sedikit gambar-gambar masakan
Malaysia yang telah diajar semasa kelas permula kursus ini. Insyaallah
resepinya kan menyusul kemudian.
Sayur Meranti Tumis Kelapa dengan Udang
Sambal Tempoyak Daun Kayu / Tempoyak Kacau
Kari Udang dengan Kacang Kelo
Masak Lemak Kuning Meranti
Pucuk Labu Masak Lemak Putih
Rendang Tok
Ayam Kuzi
Ayam Percik
No comments:
Post a Comment