Sunday, March 27, 2011

Mahalnya..........

"Mak aiiik.........harga ayam mahal nya sampai RM8.20 sekilo, dalam sejarah pakcik sepanjang umur 70 tahun ni, inilah kali pertama beli ayam seekor dengan harga RM23.70." kata seorang pakcik yang agak berumur semasa membeli ayam di pasar malam di Telok Panglima Garang baru ni. Bahang kenaikan harga barang makanan yg melambung tinggi ini dirasai oleh semua golongan. Tetapi yang paling terkesan adalah golongan mereka yang berpendapatan rendah. Bila aku imbas kembali kata-kata pak cik tadi yang mungkin hidup dengan duit pencen, aku seolah dapat bayangkan keperitan menjalankan kehidupan seharian dalam era kenaikan harga barangan makanan yang melampau. Terbayang, masa kecik-kecik dulu, duit 10 sen bagaikan satu rahmat yang besar apabila diberikan untuk belanja sekolah. Masa tu dengan 10 sen boleh beli air minuman dan kuih di kantin sekolah. Sesiapa yang berbelanja 50 sen ke sekolah dah kira golongan berada. Bayangkan sekarang ini kalau belanja 50 sen apa yg boleh didapati. Rasa kos kehidupan melambung lebih daripada 10 kali ganda cuma pendapatan sahaja masih ditakuk lama. Apa nak jadi dengan negara ku tercinta Malaysia...............harap jurang perbezaan antara simiskin dengan sikaya tidak terlalu luas. Kampung orang terbakar nampak asap, hati sendiri terbakar siapa yang tahu....................

No comments: