Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kelapan Ramdhan. Insyaallah sehingga petang ini, maka telah masuk seminggu kami sekeluarga tidak menjenguk Bazar Ramadhan aka Baram (ada yang memberi nama Param tapi rasa macam nama orang lah pulak....sedangkan nama orang ini tak puasa pun. Jadi nama Baram lebih sesuai macam nama tempat kat Sarawak). Tahniah buat anak-anak kerana nampaknya tahun ini satu permulaan yang baik, tidak seorangpun lagi yang berbelanja di Baram.
Kenapa tak pergi Baram? Apa teruk sangat ke Baram tu? Sehingga boikot begitu rupa? mungkin ada yang akan tanya begitu. tetapi aku punya sebab musabab sendiri.
Pertama:
Nak mengajar diri sendiri dan keluarga untuk melawan nafsu makan. Iyalah kalau pergi Baram ini tentu rambang mata. Itu nak, ini nak, itu beli, ini beli tapi bila masa berbuka banyak yang membazirnya. Secara tak langsung hilang sudah 'roh' Ramadhan. Puasa ini bukan mengenai menjamu makan (walaupn salah satu kesoronokan orang berpuasa adalah berbuka) tapi banyak perkara lain yang perlu diingati. Lagipun iman lebih nipis dari kulit bawang macam aku ni nak buat perkara-perkara besar mungkin tak termampu. Jadi kalau sekadar dapat menahan diri dari berlebih-lebih berbelanja dan menjamu selera mata dan perut rasanya memadailah.
Kedua:
Kualiti baik dari segi kebersihan dan rasa menjadi persoalan utama. Ialah biasanya persediaan sesetengah masakan atau juadah yang dijual di Baram dibuat awal. kadang cara pengendalian dan penyimpanan serta penyajian yang tidak sempurna dan teratur akan memberi kesan kepada tahap kebersihan dan keselamatan makanan tersebut. Tapi bukan semualah. Jadi mengelakkan diri aku dan keluarga dari membeli juadah dari Baram satu langkah yang baik. Iyalah dalam bulan puasa ni perut sensitif.....................kalau tersalah makan, atau termakan makanan yang kurang bersih dan selamat alamat esoknya berebut 'toilet' lah. Atau lebih parah lagi kena keracunan makanan ...cirit birit. Naya esok sah dah tak boleh nak puasa..............habis nikmat puasa Ramadhan. Dan sudah tentu nak kena ganti.
Ketiga:
Aku memang tiap kali Ramadhan berazam untuk memasak / menyediakan sendiri hidangan berbuka. Ini kira macam amal dan khidmat aku pada keluarga. Iyalah kita manusia mana sempurnanya. Setahun lama berfungsi sebagai suami dan bapa memang banyak kekurangan. Jadi bila tiba Ramadhan ini aku anggap macam untuk meng'kadha'kan segala khidmat bakti yang kurang dalam bulan-bulan yang lepas untuk keluarga. Selain daripada itu aku bolehlah mempraktikkan ilmu masakan yang aku ada....barulah tak hilang skilnya. Dalam waktu yang sama aku ingin memastikan keluarga mendapat menikmati 'the real food'. Tu yang kadang kadang pening jugak nak merancang menu...........lepas menu Melayu, menu Cina, menu India...Korea, jepun Arab dan berbagai-bagai keluar.
Cukuplah tiga alasan ini menjadi sebab mengapa aku pastikan untuk tidak ke Baram....................
Selamat menjalani ibadah puasa muga diberikan keberkahan oleh Allah SWT.
Nah ambil gambar buat menjamu mata...............................
No comments:
Post a Comment