Agak lama juga tak menulis kat blog ni. Terlalu sibuk engan tugasan dan sebagainya. Atau itu semua alasan yang saja-saja nak beri, mungkin juga malas jawapan yang paling ikhlas.
Sebabkan lama tak tulis macam-macam nak diceritakan. Tapi rasanya yang masih dan paling panas adalah pasal perkhidmatan pelanggan di Jusca Bukit Tinggi Kelang.
Pada 11 hb lepas, entah siapa punya angkara station TNB kat taman kami dicerobohi. Tetapi yang peliknya tiada kesan pecah masuk. Habis dikerjakan copper brass kat dalam switch board tersebut. Ikaut kata jiran yang bekerja sebagai Chargeman, ini kerja orang yang tahu tentang elektrik dan kemungkinan kerja "orang dalam". Disebabkan angkara dia orang ini habis juga terjejas peralatan elektrik kat rumah kita orang. Alang-alang dah nak beli peralatan elektrik, saja-sajalah cari alasan untuk mengantikan peti sejuk sedia ada. Jadi kebiasaan kalau nak beli peralatan beli kat Jusco (sebelum ini semasa berurusan di Jusco Bandar Baru segala jalan lancar). Kali ni dengan Jusco Bukit Tinggi, orang rumah pilih LG pasal dah serink dengan SAMSUNG punya after sales servicenya. Buat pesanan pada 19hb Januari dengan pembayaran penuh dan dijanjikan semingu untuk penghantar. Tunggu seminggu tak sampai, tapi tak juga sesiapa dari JUSCO buat makluman. Kena sendiri ke JUSCO nak tanya apa perkembangannya pada 29hb Januari. Sudah tentulah alasan yang diberikan Chinese New Year. Kalau CNY jadi hal sepatutnya saya sebagai pelanggan dimaklumkan lebih awal sekurang-kurangnya saya dah bersedia atau cari alternatif lain. Lebih meyakitkan hati bila lihat peti sejuk yang dipesan itu sekarang ini ada tawaran 5% potongan. Saya "argue", ini salah JUSCO tak menepati janji untuk hantar dalam masa seminggu, saya perlu dapat pampasan kerana menunggu lama. Lagi pun sekarang ini ada tawaran 5%, saya rasa saya akan berpuashati sekiranya saya dapat tawaran yang sama kerana lama menunggu. "Argue punya argue" akhirnya dapatlah potongan 5%, diberikan dalam bentuk voucher, siapa nak bagi voucher RM240.00 banyak tu. Kemudian dijanji petisejuk akan dihantar pada 30hb Januari. Tunggu lagi....................bila tiba 30hb Januari sampai petang tiada wakil JUSCO yang telefon. Jadi saya telefon semula dan minta untuk cakap dengan Customer Service Manager (CSM) - dimaklumkan beliau mesyuarat, jadi kena tinggal pesan. Telefon lagi pada pukul 1715jam masih tak dapat bercakap dengan CSM. Selepas itu selang lebih kurang 10 minit CSM dari JUSCO telefon saya. DIa sendiri pun tak tau apa cerita....jadi kenalah ceritakan sekali lagi dari A hingga Z. Tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan hati, tiada wakil JUSCO yang memaklumkan kelewatan dan memohon maaf pasal kelewatan, tentang janji seminggu dah jadi hampir 2 minggu. Akhirnya saya memohon untuk membatalkan pesanan dan minta dipulangkan semula secara penuh dan tanpa berlega wang saya. CSM JUSCO meminta saya bersabar dan berjanji untuk membantu secara peribadi apa yang boleh dia buat. Saya nyatakan apa-apa jua tindakan yang diambil mestilah sesuatu yang boleh memuaskan hati saya dan sudah tentu mesti ada satu bentuk ganjaran kepada saya kerana sanggup menunggu dan setia dengan JUSCO. CSM berjanji akan menefon saya kembali pada hari ini juga.
Lebih kurang pukul 2030jam, CSM menelefon saya dan bagi tahu petisejuk cuma dapat dihantar pada ahad ini iaitu 8hb Februari dan sebagai tanda pohon maaf JUSCO menawarkan sebuat Ketuhar Gelombang Mikro yang bernilai RM200 lebih. Rasa terpujuk juga hati ini, saya bersetuju dan berharap benar-benar kali ini petisejuk LG tersebut akan sampai hari Ahad ini. Kalau masih juga tidak sampai, mungkin kita perlu mulakan satu lagi episod.............tawar menawar.
Apa sebanarnya berlaku? Perkhidmatan pelanggan bukan sesuatu yang harus dipandang mudah. Syarikat besar seperti JUSCO sekiranya tidak memberikan perhatian secukupnya kepada perkhidmatan pelanggan akan terjejas juga perniagaannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ini. Sesebuah perniagaan harus faham bahawa mengekalkan pelanggan sedia ada, adalah jauh lebih murah berbanding dengan mencari pelanggan yang baru. Fikirlah................
No comments:
Post a Comment