Showing posts with label tomyam. Show all posts
Showing posts with label tomyam. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Restoran Baru

Kalau sesiapa yang kerap berulang alik jalan Kelang ke Kuala Langat mengarah ke Banting atau lebih tepat lagi Bt 7 Sijangkang Sempadan (sebelum Show Room Toyata) disebelah kanan akan terperasan satu restoran baru "sign board" berwarna kuning "Anjung Santai". Restoran ini dah dibuka hambir lebih kurang dua bulan. Masa baru-baru buka dulu, punyalah ramai manusia yang berkunjung. Aku rasa tabik pada pengusaha tu yang berani buka restoran (asal premis ni untuk buka show room skoda kemudian mercedec - dua-dua tak jadi) kat kawasan ini dalam skala yang dikatakan agar besar di samping beroperasi 24jam. Untuk makluman di lokasi yang sama terdapat sebuat tempat makan yang dikenali dengan "Lady Finger" (dibuka pada sebelah petang hingga malam sahaja), sedikit ke dalam lokasinya. Lokasi Anjung Santai betul-betul dijalan masuk ke Bt 7.
Berani memang berani pengusaha ni, tetapi kadang kala keberanian sahaja tak cukup baik. Minggu kedua restoran ni beroperasi aku dengan beberapa orang jiran sesaja pergi berkunjung bukan apa nak lihat sendiri sambil-sambil nak menjamu selera. Untuk lawatan pertama ni kami tak mahu terlalu "adventuruos", kami pesan 3 apple juice dan 3 roti telor. Phewwww... rasanya lama juga menunggu hampir 20minit (rakaman masa memang dilakukan untuk melihat tahap perkhidmatan) atau lebih tepat 19minit minuman masih tidak sampai. Bila ditanya masih lagi tengah buat. Setelah 2 minit berlalu kami membuat keputusan untuk pergi - tapi sebelum pergi aku dengan hormatnya memaklumkan kepada pelayan terbabit dengan sedikit pesanan " kena jaga pelanggan tau". Dua tiga hari lepas tu, bila aku melepasi kawasan ini pada sebelah malamnya nampak jumlah pelanggan agak berkurang tidak seperti masa awal-awal dibuka.
Sayang betul..., bulan pertama sesebuah rstoran yang baru beroperasi adalah fasa pertama pernilainan pelanggan akan berlaku. "First Impression" amat penting bagi menentukan samada pelanggan akan kembali semula. Keberanian pengusaha restoran ini harus diberikan kredit cuma percaturan, perancangan, pengetahuan dan tahap operasi yang lemah akan mengakibatkan kegagalan sesebuah restoran. Entahlah mungkin pernilaian aku silap tapi korang fikir macamana? Penantian dalam penuh dengan ketidak pastian akan mengakibatkan satu seksa yang tak tertanggung. Perut lapar dan tekak dahaga bila dicampur dengan masa menunggu yang tak pasti merupakan ramuan yang akan mengakibatkan pelanggan tidak mahu datang kembali. Fikirlah sendiri...............

Thursday, June 19, 2008

Tomyamisasi vs "McDonaldization"

Dari Perlis sampailah ke Sabah kita sudah merdeka....... tu lagu patriotik yang selalu berkumandang setiap tiba bulan Ogos. Betul ke kita dah merdeka? Entahlah................
Dalam hal makanan pun kita taklah semerdeka mana masih dijajah dan sedang dijajah. Cuba lihat gerai-gerai makanan yang terdapat serata ceruk pelusuh negara kita, dari kajian rambang, bolehlah kita katakan kebanyakannya adalah gerai-gerai tomyam. Pada waktu yang sama bila risik-risik kebanyakannya juga diusahakan oleh saudara kita sebelah sempedan utara Malaysia. Iyalah, kalau kita tanya "Mari Maner?" Tentu jawapannya "Kota Baru". Betul ke? Rasanya tidak kerana dari segi loghat dan 'slang' berbeza dengan saudara kita di Kelantan. Soal bagaimana dia orang boleh berniaga kat sini dan membanjiri serata genap Malaysia ni, biarlah pihak yang berkenaan menangani atau tolong jawab. Apa yang nak dibangkitkan ialah apa sudah jadi pada 'budaya makanan' kita. Rata-rata kita lebih selesa untuk menjamu selera dengan menu masakan laut ala Siam. Pastinya esok lusa generasi anak-anak kita lebih kenal Ayam Paprik, Nasi Goreng Pattaya, Tomyam Portek, Ikan Kemsum, Tiga Rasa dan sebagainya. Rendang Tok, Asam Rebus, Asam Pedas, Singgang, Lemak Kuning, Gulai Tempoyak dan banyak lagi akan secara pelan-pelan terhakis serta tak dikenali lagi. Inilah yang dinamakan dengan "Tomyamisasi" yang sedikit sebanyak perlu diberikan perhatian.
Dalam waktu yang sama generasi kita juga telah lama terdedah dengan budaya "McDonaldization". McBurger, Filet O Fish, Big Mac menjadi begitu rapat dengan generasi muda. Nasi bukan lagi makanan asasi (walaupun bila beras naik kita semua melaung). Sehari tak makan nasi tak menghairankan. Tapi kalau dalam masa seminggu tak berkunjung ke McDonald seperti ada yang tak kena. Ada antara kita siang harinya lebih selesa makan di McDonald dengan alasan ringkas dan mudah - makan nasi tengahari nanti mengantuk, kerja jadi tak produktif. Malamnya, disebabkan kesibukan kerja dan kesesakan jalanraya akan lambat sampai ke rumah. Jadi memasak bukan lagi jadi agenda, lalu malamnya makan di gerai Tomyam lebih mudah. Nampak gaya Tomyam sama McDonald bergaduh ..................... masakan kita kalau silap haribulan akan terkubur. Entahlah, kita kena FIKIR .................. jangan tak fikir.