Showing posts with label perkhidmatan pelanggan. Show all posts
Showing posts with label perkhidmatan pelanggan. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi......................

Alhamdulillah, ALLAH SWT telah memanjangkan umur kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan dan menjadi tetamunya sekali lagi. Muga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik dalam sepanjang hidup kita. Bila bercerita pasal Ramadhan tentu kita tidak lepas untuk bercerita tentang Bazar Ramadhan yang akan beroperasi di merata tempat. Maka 'terbit'lah berbagai juadah dan hidangan yang mengiurkan dan mempersonakan mata dan nafsu yang memandang.


Melawat ke Bazar Ramadhan semasa bulan puasa ini bagaikan suatu kemestian bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk memasak juadah berbuka. Maka membeli belah untuk berbuka menjadi kemestian dan ada pula yang beranggapan bahawa ianya datang setahun sekali, jadi apa salahnya kita berbelanja. Apapun alasan yang diberikan biarlah ianya bertepatan dengan 'roh' Ramadhan itu sendiri, bersederhana, berhemah agar ibadah Ramadhan kita diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT.

Sudah menjadi kebiasaan kepada aku setiap Ramadhan, aku memastikan agar dapat memasak untuk keluarga. Kalau tidak sepanjang bulan tapi sekurang-kurangnya aku cuba menyediakan juadah berbuka sekerap dan semampu. Kunjungan ke Bazar Ramadhan merupakan pilihan terakhir. Aku sendiri tidak mengalakkan anak-anak untuk berkunjung ke sana. Itu semua mempunyai alasan yang tertentu. Kunjungan ke Bazar Ramadhan bagi aku banyak buruknya dari baik. Melihat juadah yang disediakan boleh meliurkan seseorang tentu itu sendiri tidak elok bagi 'roh' sebenar Ramadhan. Keduanya, dari pengalamanm didapati makanan yang disedia dan dijual di Bazar Ramadhan ini agak diragui dari segi kebersihan dan keselamatannya. Bayangkan mereka yang berniaga ini menyediakan makanan yang untuk dijual seawal pagi dan dihidang atau di tempatkan di tempat jualan seawal tengahari tentu sahaja 'kebersihan dan keselamatannya' dipersoalkan. Kejadian hidangan yang dibeli dari Bazar Ramadhan yang menjadi basi dan tidak dapat dimakan semasa berbuka sering kali kita dengar. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? Pelanggan mempunyai pilihan dan manakala perniaga pula mempunyai tanggungjawab. Menyempurnakan Ramadhan menjadi tanggungjawab kita semua. Ianya bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga, ianya lebih daripada itu. Ramadhan merupakan 'madrasah' yang akan menyekolahkan kita sepanjang sebulan penuh. Ramadhan kali ini mungkin akan jadi lebih baik sekiranya kita mampu berfikir seketika merenung kembali kesempurnaan ibadah kita. Bukan sahaja ibadah-ibadah khusus malah yang bersifat umum atau bukan sahaja yang bersifat fardu a'in tapi merangkumi fardu kifayah.

Di bulan yang mulia ini kita sememangnya disarankan untuk memberi makan sekadar kemampuan kita walaupun sebutir kurma. Bayangkan perkara yang dianggap sesetengah orang itu kecil tetapi di sisi Allah SWT ianya merupakan suatu ibadah. Jadi rasanya tidak keterlaluan jika dapat disarankan kepada setiap individu muslim yang mempunyai peranan masing-masing dalam penyediaan makanan dapat merenung dan berfikir sejenak bagi memperbaiki ibadah kita. Jika memberi makan kepada orang yang berpuasa satu ibadah sudah tentu pekerjaan menyediakan juadah bagi mereka yang berpuasa juga ibadah. Justeru alangkah baiknya jika kita dapat sulamkan pekerjaan kita dan digarapkan dengan ibadah supaya segala perbuatan kita mendapat keberkahan dari Allah. Bagi mereka yang berpuasa dan perlu membeli belah untuk berbuka haruslah mempunyai sifat bersederhana dan berhemah dalam berbelanja dan jangan terikat kepada nafsu. Sementara bagi mereka yang berniaga harus dan semestinya memberikan perhatian yang lebih dari segi kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan bukan sekadar untuk mencari untung semata-mata. Marilah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita di dalam bulan yang mulia ini, agar segala 'latihan' yang kita perolehi sepanjang berada di 'madrasah' Ramadhan ini dapat kita terjemahkan di bulan-bulan yang lain.

"Aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak - semuga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas -dan semuga dipanjangkan umur agar kita dapat bertemu di Ramadhan akan datang."

Wednesday, November 25, 2009

Servis yg baik...................

Hari isnin lepas, malamnya jiran aku mengajak pi menjamu selera kat Tasik Permai, Bukit Unggul. Boleh tahan jugak jauhnya dari tempat tinggal aku ni. Pergi balik dalam lingkungan 80km. Jauh tu, kalu tak berbaloi tentu amat mengecewakan. Semasa dalam perjalanan pergi ke sana sempat juga aku dan isteri buat komen...................kalau rasa tak seperti yang dijangkakan tentu inilah kali pertama dan yang terakhir, bayangkanlah jarak yang jauh tu (pergi lapar balik pun pasti lapar).
Kamai bertolak dalam pukul 6.30ptg dan sampai dalam pukul 7.20mlm, setiba aje ke Restoran Tasik Permai ni, kami disambut dengan deraian hujan yang agak lebat, yang bagusnya kakitangan restoran ni dah bersedia dengan payung. Selepas menunaikan solat Maghrib kita orang dan keluarga mula membuat pesanan. Kami seramai 10orang kesemuanya, kebanyakkan memesan hidangan barat .......chicken chops, fish and chips dan 'Bistik' (ikut ejaan pada menu). Harga amat berpatutan RM13,00 untuk 'Bistik'. Kalau nak di gredkan restoran ini aku bagi 5/5 untuk servis, rasa 3/5, persekitaran 4/5 (toilet kira okay kira bersihlah). Bagi hidangan barat ini kira janganlah anggap macam masakan barat sebenarnya ....lebih tepat masakan barat ala melayulah. Prinsip hidangan dan kombinasi bahan tak payah diambil kira. Tapi secara keseluruhannya boleh bagi 4 bintang.

Friday, July 17, 2009

Aku Budak Jual Kuih

Tak tahulah tiba-tiba aku terkenang masa aku berumur 9tahun masa tu darjah tiga kalau tidak silap tahun 1971, aku bersekolah di Methodist English School, Port Swettehnham nama lama Port Kelang. Balik dari sekolah aku bagitahu kat emak mintak dia buat kuih aku nak jual keliling kampong. Kenapa nak jual? tanya emak pada aku. Aku tak menceritakan perkara yang sebenar cuma bagitahu emak aku nak belajar berniaga sambil boleh tolong keluarga. Sebenarnya yang membuat aku terasa bersemangat nak cari duit ni pasal pagi tu Cikgu kelas tanya tentang yuran persekolahan yang masih lagi belum dibayar. Seingat aku, selang beberapa hari emak pun membuat kuih untuk aku buat jualan. Kuih pertama dan satu-satunya pada hari permulaan aku menjual kuih adalah kuih karipap. Tak pula aku ingat berapa banyak yang emak buat tapi sebakul jugaklah aku mengangkatnya. Buat pertama kalinya aku pun pusing blok perumahan berdekatan di kampung tumpah darah aku, Kampung Raja Uda - KRU. Berjalan pelahan sambil mengharapkan orang kampung memanggil dan membeli kuih. Tidak beberapa minit aku sudah berada di jalan dihadapan rumah. Emak berdiri di tangga sambil bertanya, "Ada orang beli ke?" tanya emak. Aku mengelengkan kepala, lalu emak berkata, "Jangan diam aje, teriaklah sikit, bagi orang tahu kita jual kuih", kata emak lagi. Macamana emak? tanya ku. Jeritlah ..........Kuuuiiiiih Kaaaaariiiiipap, tunjuk emak. DaniItulah pertama kalinya juga aku belajar mengenai pemasaran....................kena jadi macam ayam betina telor sebiji riuh sekampung, bagi tahu semua orang apa yang kita ada kalau hendak lariskan. jualan...............................Pheeeew satu pengalaman yang tidak aku boleh lupakan, aku menjaja kuih ni sehingga waktu aku hampir menduduki peperiksaan LCE - Lower Certificate of Education, tingkatan tiga.....Masih aku ingat lagi.......................

Monday, June 1, 2009

Restoran Baru

Kalau sesiapa yang kerap berulang alik jalan Kelang ke Kuala Langat mengarah ke Banting atau lebih tepat lagi Bt 7 Sijangkang Sempadan (sebelum Show Room Toyata) disebelah kanan akan terperasan satu restoran baru "sign board" berwarna kuning "Anjung Santai". Restoran ini dah dibuka hambir lebih kurang dua bulan. Masa baru-baru buka dulu, punyalah ramai manusia yang berkunjung. Aku rasa tabik pada pengusaha tu yang berani buka restoran (asal premis ni untuk buka show room skoda kemudian mercedec - dua-dua tak jadi) kat kawasan ini dalam skala yang dikatakan agar besar di samping beroperasi 24jam. Untuk makluman di lokasi yang sama terdapat sebuat tempat makan yang dikenali dengan "Lady Finger" (dibuka pada sebelah petang hingga malam sahaja), sedikit ke dalam lokasinya. Lokasi Anjung Santai betul-betul dijalan masuk ke Bt 7.
Berani memang berani pengusaha ni, tetapi kadang kala keberanian sahaja tak cukup baik. Minggu kedua restoran ni beroperasi aku dengan beberapa orang jiran sesaja pergi berkunjung bukan apa nak lihat sendiri sambil-sambil nak menjamu selera. Untuk lawatan pertama ni kami tak mahu terlalu "adventuruos", kami pesan 3 apple juice dan 3 roti telor. Phewwww... rasanya lama juga menunggu hampir 20minit (rakaman masa memang dilakukan untuk melihat tahap perkhidmatan) atau lebih tepat 19minit minuman masih tidak sampai. Bila ditanya masih lagi tengah buat. Setelah 2 minit berlalu kami membuat keputusan untuk pergi - tapi sebelum pergi aku dengan hormatnya memaklumkan kepada pelayan terbabit dengan sedikit pesanan " kena jaga pelanggan tau". Dua tiga hari lepas tu, bila aku melepasi kawasan ini pada sebelah malamnya nampak jumlah pelanggan agak berkurang tidak seperti masa awal-awal dibuka.
Sayang betul..., bulan pertama sesebuah rstoran yang baru beroperasi adalah fasa pertama pernilainan pelanggan akan berlaku. "First Impression" amat penting bagi menentukan samada pelanggan akan kembali semula. Keberanian pengusaha restoran ini harus diberikan kredit cuma percaturan, perancangan, pengetahuan dan tahap operasi yang lemah akan mengakibatkan kegagalan sesebuah restoran. Entahlah mungkin pernilaian aku silap tapi korang fikir macamana? Penantian dalam penuh dengan ketidak pastian akan mengakibatkan satu seksa yang tak tertanggung. Perut lapar dan tekak dahaga bila dicampur dengan masa menunggu yang tak pasti merupakan ramuan yang akan mengakibatkan pelanggan tidak mahu datang kembali. Fikirlah sendiri...............

Tuesday, June 17, 2008

Apa yang anda dilihat tak semesti apa yang anda dapat

Hari ini ada urusan di Putrajaya. Ada temu janji dengan pengarah dan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kena buat 'presentation' cadangan kerja perundingan dan khidmat nasihat untuk IKBN. IKBN Pertak minta untuk buat kerja konsultansi, 'develop' dapur latihan mengikut spesifikasi persijilan MLVK peringkat 1, 2 dan 3. Tn Hj Rahmat, bos Regatcorp ada sama. Mujur dia ada kelapangan sedikit, pasal aku tak berapa mahir dengan jalan-jalan kat Putrajaya ni. Temujanji kami dengan KBS pukul 10 pagi, pukul 9.20 pagi kami dah pun sampai kat KBS. Kami pun cari kafeteria untuk sarapan pagi sambil boleh juga bincang sikit 'strategi' untuk 'presentation' sebentar nanti.
Gambar yang kat atas tu merupakan sebuah daripada 'outlet' yang terdapat kat kafeteria yang kami sarapan. Tn Hj Rahamt makan nasi kerabu aku pulak makan Laksam, kira-kira menu masakan pagi orang Kelantan. Boleh tahanlah rasanya cuma bab ' presentation' ada kelemahan sikit. Ada ke Laksam yang dihidangkan dalam mangkok punyalah besar tapi isinya 'ciput' aje, tentulah tak nampak menarik. Dia orang ni nak kena hantar pergi kursus "food presentation and food stryling ni". Sebenarnya bukan nak cerita pasal masakan dan cara ianya dihidang tetapi cuba lihat gambar kat atas tu. Betul-betul 'misleading' gambarnya. Gambarnya punya lah menyelerakan dan menarik, semuanya mengambarkan hidangan masakan barat tapi yang sebenarnya yang ditawarkan adalah masakan Kelantan. Kenapa, gambar masakan tempatan tak menarik ke? Ataupun semasa ianya dirancang menu barat diutamakan sedangkan pada hakikatnya orang kita hendakkan masakan tempatan? Apa dia orang tak tahu ke? Menu merupakan satu kontrak ..... sepatutnya apa yang ditunjuk dan gambarkan adalah apa yang ditawarkan dan apa yang ditawarkan adalah sepatutnya apa yang akan kita dapat. Itu satu bab satu lagi bab berkenaan dengan nilai astetik. Sekali lihat tempat makan ni dari segi rekabentuk dan susunatur serta hiasan dalamannya cukup menarik tapi sedih cara makanan yang dihidangkan agak hambar sama 'standard'nya dengan gerai-gerai biasa yang kita boleh jumpa di tepi-tepi jalan........ sedihlah betul. Apa dia orang tak boleh fikir ke?
Balik dari Putrajaya dapat panggilan dari Johnny, dia bagitahu Khairuddin dari JB ada di Kelang ajak lunch sama kat Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang. Dia orang ni kawan sekolah rendah dan menengah dulu, sekarang ni usahawan berjaya. Zawiah pun 'join' sekali, dia ni sepupu sekali kawan sekolah rendah sekali. Kebetulan Khairuddin turun Kelang dia ajaklah lunch sama. Sampai Jusco, Khairuddin dah tunggu kat Japanese Restaurant 'Sakae'. Lepas makan, aku balik ke ofis dan dalam kereta aku buat penilaian tentang dua tempat makan yang aku pergi hari ni. Di Putrajaya makan sedap tapi ada masalah daripada persembahan. Restoran Jepun ni pulak rupa cantik, fasiliti menarik tapi rasanya hambar. Entahlah, rasanya tak ada rasa macam masakan Jepun sebenar, yang ini aku pasti pasal aku pernah dilatih di Jepun selama setahun. Jadi kalau bab makanan Jepun aku memang tahu. Makanan Jepun kat restoran ni kalau dari segi gred aku bagi 5 daripada 10. Aku rasa Sushi King punya makanan Jepun lebih baik....... Sushi King aku boleh bagi 7 daripada 10 bandingkan dengan 'Sakae'. Nanti bila buku "Pengenalan Kepada Masakan Jepun" yang aku tulis dan sekarang ni dalam proses 'proof reading' siap untuk diterbitkan, rasanya aku nak suruh Chef kat restoran tu beli buat rujukan. Bila di baca bolehlah dia fikir-fikirkan................................

Monday, June 16, 2008

Kelong Ma Mod Lukut, Negeri Sembilan

Lama tak memancing, set memancing aku dah naik bersawang. Sejak berkecimpung dalam sukan golf dan berbasikal dan ditambah pulak dengan mengendalikan kelas masakan kat rumah, masa untuk memancing agak terbatas. Aku ni, ada banyak hobi tapi aku tak buat satu benda tu berterusan ........ mungkin untuk mengelakkan jemu, agaknya. Memancing, golf, berbasikal (mountain biking), bertukang, melukis atau yang akhir sekali mengeram adalah antara aktiviti yang selih berganti dalam aktiviti kehidupan aku.


Sabtu baru ni, kawan sekolah menengah aku si Johnny telefon ajak pegi Kelong Ma Mod. Dah berapa kali dia ajak pegi Johorlah, Mersing, Perhentian semuanya aku beri alasan tak ada masa. Tapi kali ni rasa macam ada satu tarikan pulak, aku cakap kat Johnny untuk 'confirm'kemudian. Telefon 'wife' aku 'to check' samada ada apa-apa hujung minggu ni? Dia kata tak ada, aku bagitahu Johnny ajak pegi mancing kat Lukut sehari semalam, tidor kat Kelong hari Sabtu - dia kat pun nampak macam bagi "green light" aje. Aku pun apalagi, telefon Johnny untuk 'confirm'kan, aku dengan sorang jiran aku akan turut serta.


Sepanjang minggu sebelum pegi Lukut, aku agak sibuk dengan bengkel, hari Sabtu pagibaru bekesempatan untuk menyiapkan peralatan yang dah bersawang. Pukul 2.15 ptg lepas solat zohor dan makan tengahari aku bertolak dengan Mi (jiran aku lah), naik Savvy kelabu aku (minyak dah mahal bawak kereta kecil jimat sikit). Johnny dan Wan Labu @ Cargo tunggu kami kat depan simpang masuk Kampung Kebun Baru, Batu 10. Kamibertolak melalui jalan Jenjarom terus ke jalan KLIA ke Lukut, sampai dekat Bkit Pelandok dua lagi kereta menunggu kami. Dia orang ni merupakan pelanggan perniagaan Johnny. Tak sabar rasanya nak sampai Lukut ...... rasa-rasa macam nak menarik ikan besar kot .... Jenahak, Siakap, Kerapu ke tak kiralah asal dapat spesis yang baik-baik bersisik.


Pukul 4 bot bertolak ke Kelong Ma Mod, rupanya kelong ni dekat aje - dalam 20 minit perjalanan dengan bot. Aku ni tak pernah samapai ke sini, memancing kat kelong pun tak pernah. Dalam kepala dok terbayang macamana rupa kelong ni, kemudahan ... bilik air, tempat tidor, memasak dan sebagainya. Ikut kata Johnny semua okay .. boleh masak dan sebagainya. Ombak agar sedikit besar semasa bot bertolak ke kelong. Dari jauh aku dapat lihat berbalam-balam kelong yang kami tujui, cuaca masa itu agak kelam (redup) sedikit. Sampai aje kat kelong - aku tengok sekeliling ...... sedih jugak, setahu aku Kelong Ma Mod ni agak popular dan terkenal dengan kaki pancing. Macam-macam cerita menarik yang aku dengar, lagipun tak silap aku kelong ni merupakan kelong yang terawal yang terkenal di kalangan kaki pancing. Cerita tentang kelong ni dah biasa masuk surat kabar, dan majalah seperti Pancing, Sirip dan Ngail. Sedih sungguh nampak kedaifan kelong ini yang tidak terbela dan terjaga. Memanglah setengah orang kata janganlah harapkan perkhidmatan lima bintang kat atas kelong ni. Tapi tengok-tengok lah sikit keadaan kelong kat sini. Tolonglah bersihkan sikit mana-mana patut, bilik tidur tu patut dikemaskan, dapur perlu bersih dan tandas pun mestilah sempurna. Kemudahan surau dan tempatberwuduk perlu diberikan perhatian (tak disediakan pun). Tulah nak sarankan sikit pada pengusaha kelong ni ...... jangan asik dok pungut duit aje. Kalau nak memastikan keujudan kelong ni terus relevan pada masa akan datang, buatlah penyelenggaraan berjadual. Itulah orang kita ni bab buat kelong boleh, berniaga bolehlah jugak tetapi nak menyelenggarakannya payah sangat. kenalah berpandangan jauh, bukan kita nak berniaga masa ni aje ...... kalau boleh berterusan dan jadi lebih baik lagi.


Hasil pancingan semasa kat kelong ni taklah sesuatu yang boleh dihebohkan bagi seorang kaki pancing, mungkin rezeki tak ada kot. Bagi aku kalau tak dapat ikan besar atau banyak, tokeh kelong tak salah...... itu rezeki namanya. Tapi tokeh patut dipersalahkan apabila kemudahan yang disediakan .... hancus. Semasa kat atas kelong ni sempat aku berkenalan dengan seorang Uncle berbangsa Cina. Fasih bahasa Melayunya dan dia kerap jugak datang ke sini, tak banyak pilihan katanya. Agaknya dalam kata lain kalau ada pilihan yang baik dari segi kemudahan dia tak datang ke Kelong Ma Mod ni. Dia juga bercerita tentang kumjungannya ke Rompin, ke Kelong Aceh, bagus katanya sambil mengangkat ibu jari, kemudahan baik macam kat resort atau hotel (sudah tentulah bukan dimiliki oleh orang kita). Banyak kali dia dah ke sana dan setiap kali dia tidak jemu dan senantiasa merasakan sebagai satu pengalaman baru. Dalam hati aku bertanya, orang kita tak boleh ke buat macam tu ke?

Seperkara lagi agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan yang berkenaan patut turun padang, bantu dan pantau mana-mana patut. Pada pemerhatian aku, ciri-ciri keselamatan amat daif sekali kat kelong ni. Kemudahan asas kebersihan (sanitation and hygiene) langsung tak diberikan perhatian. Keselamatan dari segi kebakaran langsung tak ada. Bayangkan sekiranya berlakulah kebakaran kat atas kelong ni...... alamat, "NAUZUBILLAH". Janganlah esok bila dah berlaku kejadian yang tak diingini Jabatan atau agensi berkaitan baru nak melatah. Rakan-rakan kat Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Jabatan Kesihatan, Syahbandar, Pelancongan dan mana-mana agensi yang berkenaan patut ada sikit sikap "ambil tahu".


Apa pun sifir bagi kaki pancing mudah aje, kemudahan teruk + ikan tak ada = tak datang lagi. Kemudahan baik + ikan tak ada (tak ada rezeki) = ada peluang untuk datang lagi, kemudahan baik + ikan pun baik punya (rezeki murah) = gerenti (INSYAALLAH) datang lagi. Entahlah sedih juga dengan orang kita ni, orang berniaga kita pun nak jugak tapi tak ikut betul-betul. Kalau nak berniaga ....... buatlah betul-betul dan fikirlah betul-betul.

Everly Resort Melaka

Selama 5 hari 4 malam. duduk kat hotel ni, menghadiri bengkel penilai AKNC, UiTM yang dijalankan oleh InQA. Bagus juga sesekali keluar berbengkel ni, dapat juga jumpa rakan-rakan baru dan lama yang berada di UiTM ni. Rupanya ramai yang aku tak kenal sepanjang tempoh 16 tahun berkhidmat kat UiTM ni. Yang aku nak cerita ni bukan pasal teman baru yang aku jumpa kat bengkel ni, tapi nak cerita pasal Hotel yang kami tinggal.
Kalau dari jalan besar memang bangunan hotel ni tersergam gagah dengan pintu gerbang macam Kota A Famosa. Tetapi banyak yang perlu diperhatikan oleh pengurusan lebih-lebih lagi dari segi penyelenggaraan. Sepanjang tempoh aku kat sini, satu perkara yang boleh sangat dipuji adalah tentang keramahan-tamahan kakitangan hotel ini. Ke mana sahaja kita pergi tentu disapa dan ditegur dengan penuh kesopanan. Mungkin agaknya, aku berada di bumi Hang Tuah yang orangnya ramah tamah belaka. Tetapi dalam keramahan kakitangan hotel ni ada dua perkara yang mencuit aku. Satu tentang menu yang dihidangkan sepanjang tempoh berbengkel dan yang kedua tentang kemudahan (fasiliti) gimnasiumnya.

"Makanan yang menarik bermula dengana mata - Mata merupakan deria yang pertama digunakan bagi menikmati". Hidangan disediakan oleh Maria dan Ustaz Sazali dan Foto daripada Nor Akhmar, siri Bengkel Food Styling, FPHP, UiTM, June 2008

1. Menu, tutup mata aku boleh hafal jenis hidangannya. Satu jenis lauk ikan, daging, ayam, kupang, sotong dan sayur. Okaylah jugak kalau dipelbagaikan cara masakannya. Aiiik takkan kat Melaka ni dah kurang jenis lauk pauknya. Ikan kari atau "sweet n sour", rendang daging, ayam goreng, kupang masak kicap atau dengan oyster sos bercili dan sayur lemak atau sayur campur. Bayangkanlah sepanjang 5 hari 4 malam menu untuk 'buffet'nya berkisar dengan hidangan yang disebut tadi. Itu tak ambil kira menu sarapan pagi. Bertapa bosan menu yang ditawarkan. Mungkin Chefnya dah ketandusan idea atau perancangan menu yang lemah atau tak merancang langsung. Bagi aku kalau diberikan pilihan tentu aku pegi makan kat lain tempat atau pesan saja menu 'a la carte'. Rata-rata peserta bengkel memberikan komen yang sama. Tentulah aku menjadi tumpuan sebab latar belakang aku sebagai seorang Chef. Malu ada, kesihan pun ada bila diajukan pertanyaan, "Kenapa kualiti makanan kat hotel ni teruk, apa komen you?", seorang peserta bengkel wanita bertanya sebaik sahaja kami duduk untuk makan pada hari kedua. "Chef hotel ni tak pi sekolah kot?", kata ku dalam nada seloroh, walaupun tersentuh juga hati aku. Aku rasa untuk menjadi seorang Chef yang baik, kena bekerja dengan hati. Masakan dan hidangan yang dihasilkan merupakan satu kerja seni yang boleh dihayati oleh tetamu. Kepuasan tetamu mengecap keenakan hidangan merupakan puncak kepuasan bagi seorang Chef. Chef tak patut kerja semata-mata sebagai tanggung jawab sahaja. Patut lebih pada tu...... Chef yang baik kena pakai akal dan berfikir .................... fikirlah.




2. Gimnasium - kemudahan atau fasiliti yang disediakan rasanya memadai, okaylah, tetapi cuma kurangnya tak ada jurulatih (instructor) yang disediakan, tetapi itu tak lah teruk sangat. Sepanjang berada di sini 5 hari 4 malam adalah 3 kali aku menggunakan fasilitinya. Maklumlah sekarang ni aku masuk dalam golongan manusia yang berdarah manis, kenalah lakukan senaman sikit. Walaupun melakukannya sekali sekala sekurang-kurangnya taklah rasa bersalah kepada diri sendiri. Okay yang nak diceritakan pasal pengguna fasiliti kat sini. Rupa=rupa selain tetamu, kakitangan hotel juga diberikan kemudahan untuk menggunakan fasiliti yang sama dengan tetamu. Bagus jugak, masa aku kerja kat hotel dulu ...... Hilton KL mahupun di Hotel Perdana Kota Bahru, jangan haraplah nak dapat guna fasiliti sedemikian. Heran jugak aku kat hotel ni, boleh ucap tahniah kepada pengurusannya. Tetapi sayangnya, aku nak komen semasa menggunakan fasiliti kat sini kami tetamu hotel terpaksalah pulak merebut dengan kakitangan hotel. Aku rasa yang ni tak patut berlaku, pihak pengurusan hotel harus memikirkan satu cara yang sesuai supaya tetamu tidak dipinggirkan. Bayangkan apabila kakitangan yang menggunakan fasiliti gimnasium ini datang dalam kumpulan sementara tetamu secara perseorangan, tentu akan berlaku ketidak senangan di pihak tetamu, lebih-lebih lagi suasana akan menjadi sedikit bising (ialah kakitangan itu saling kenal mengenali antara satu sama lain - jadi kadang kala borak dan bualnya akan menjela dan kuat ...... maklumlah orang Melaka be). Langkah pihak hotel ini membenarkan fasilitinya digunakan oleh kakitangan amat digalakkan dan dipuji cuma pengurusan harus memikirkan cara agar ianya tak menganggu tetamu mereka ........ entahlah dia oranglah patut fikir ini semua....

Sunday, June 15, 2008

Memartabatkan Pelanggan

Pelanggan merupakan nyawa bagi sesuatu perniagaan. Menghargai pelanggan bermakna kita menyayangi perniagaan yang kita ceburi. Tiada maknanya sesuatu perniagaan apabila tiada pelanggan. Ini merupakan hakikat tapi sayang ramai di kalangan orang kita yang menceburi bidang perniagaan agak kekurangan dari segi menghayati peri-pentingnya perkhidmatan pelanggan. Bukan di bidang perniagaan sahaja yang mengalami ketandusan penghayatan dalam memartabatkan pelanggan tetapi termasuk dalam sektor dan bidang yang lain. Pejabat kerajaan, kaunter perkhidmatan, restoran dan banyak lagi. Di bawah ini akan diceritakan pengalaman peribadi yang dialami mengenai perkhidmatan pelanggan, tidak hanya yang berkaitan perkhidmatan makanan malahan yang bersangkutan dengan “perkhidmatan” itu sendiri.

Cerita 1 – Pejabat Pembayaran Majlis Perbendaharaan.
Awal pagi lagi aku dah menyiapkan diri dan bergegas bertolak ke pejabat majlis perbendaharaan. Ini semua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas mahupun mengelakkan daripada menunggu lama di tempat pembayaran itu nanti. Nampaknya aku orang yang pertama sampai. Purrrrh, bagus jugak nanti dapat selesaikan urusan dengan cepat. Jam masih menunjukkan pukul 7.40 pagi, pintu masuk ke tempat pembayaran dah pun dibuka dan aku merupakan orang yang pertama beratur untuk mendapatkan nombor giliran. Memang jadi sikap aku kalau nak berurusan dengan mana-mana pejabat kerajaan terutamanya, suka pergi awal pagi. Sebaik kaunter dibuka aku mendapat nombor giliran 0001 untuk kaunter pembayaran yang dibuka satu kaunter sahaja. Seorang wanita melayu bertudung kelihatan duduk disebalik kaunter tersebut, kelihatan beliau agak sibuk mengadap skrin komputer dan menaip-naip. Mungkin tengah sibuk melakukan persiapan kaunter. Masa berlalu hampir lima minit, pelanggan sudah mula ramai menunggu tetapi masih lagi nombor giliran tidak dipanggil. Aku dah mula resah, pelahan aku berjalan ke kaunter dan bertanya “Cik bila kaunter akan dibuka?” kata ku. “Sekejap lagi”, ringkas aje jawab wanita tersebut tanpa memandang pun pada ku. Masa terus berlalu, dah nak hampir sepuluh minit dan pelanggan pun dah ramai menunggu dan kelihatan agak resah. Aku pun resah jugak, tahu ajelah orang kalau menunggu ni sekejap pun akan rasa lama, lebih-lebih lagi jika terpaksa menunggu tanpa sebab. Aku ke kaunter sekali lagi dan bertanya “Cik bila nak panggil nombor ni?” tanya ku. “Saya tengah sibuk ni tak nampak ke? Banyak bil dalaman yang perlu diselesaikan” sergah wanita terbabit. Piiiinnnng, berdesing telinga aku dan menyirap darah kesegenap anggota badan mendengar jawapan yang agak kasar tu. Sabar bisik hati aku. “Cik biasanya perkhidmatan kaunter akan mendahulukan pelanggan yang menunggu dan bil dalaman boleh dibuat apabila keadaan dah reda”, kata ku. “Kalau tak sabar dan nak komplen pergi tingkap dua jumpa pegawai saya”, kata wanita itu. Aiiik, ke situ pulak, ni macam mencabar aje. “Saya cuma nak tanya, bila nak panggil bukan nak komplen, tapi kalau nak suruh saya mengadu, boleh jugak”, jawab ku. Lalu berlalu dan terus ke tingkat dua untuk berjumpa pegawai yang disebut tadi. Berjumpa aje pegawai berkenaan, aku pun menerangkan tujuan dan mengadu tentang perkhidmatan kaunter pembayaran. Beliau kemudiannya bersama aku turun ke tempat pembayaran dan terus masuk ke dalam kaunter tersebut untuk bertanya kakitangannya. Aku terus ke depan kaunter, dengarlah juga apa yang dinyatakan oleh pegawai terbabit kakitangannya. Masa ini lah aku mengambil kesempatan untuk menasihat (sambil lepas geram lah jugak), “Cik, saya ni pun pegawai kerajaan jugak. Sikap cik yang macam nilah yang menyebabkan orang memandang serong pada kakitangan kerajaan. Dahlah cik tak pakai tanda nama, dan yang sedihnya pakai tudung yang menonjolkan ciri orang islam tapi ‘maaf-maaf cakaplah’ tidak langsung melambangkan keislamannya. Cik kena tahu, tak ada orang dalam dunia ni yang suka menunggu......lebih-lebih menunggu untuk bayar bil. Kena faham, ada orang yang terpaksa ambil cuti untuk datang bayar bil. Bukan cik seorang aje yang ada masalah peribadi, orang lain pun ada jugak. Paling penting kalau cik rasa cik bukan orang yang sesuai untuk tugas ni minta pada pegawai cik ni tukarkan ke bahagian lain, cari fail ke?, bersih tandas ke? Atau siram pokok bunga ke? Kata ku sambil memandang kepada pegawai wanita berkenaan. Sementara itu wanita tadi menundukkan mukanya sambil menyempurnakan bil yang aku serahkan. Rasa puas bila dapat cakap macam tu. Macam tazkirah pendek pulak. Sebelum meninggalkan kaunter aku mengucapkan terimakasih dan salam, sambil tersenyum.
Rasanya, ramai yang mengalami peristiwa sebagaimana yang aku alami. Ramai jugalah yang hanya berdiam diri, malas untuk membuat apa-apa tindakan. Tak kuasa atau malas atau dah naik muak dengan perkhidmatan pelanggan di jabatan kerajaan ni. Entah lah................ sendiri mahu ingat.

Cerita 2 – Makan kat Kenny Roger
Hari itu aku telefon isteri aku yang kebetulan bercuti yang tengah doh heboh shopping untuk beli barangan untuk kelas masakan yang akan diadakan hari ahad nanti. “Assalamualaikum, Za, kita lunch sama?”, kata ku sebaik aje isteriku menjawab panggilan. “Nak makan kat mana?”, tanya isteri ku. Kita makan kat Jusco Bukit Tinggi, Kelang lah, baru buka tu boleh jugak tengok-tengok”, jawab ku. “Okaylah, kita jumpa dalam pukul satu tengahari nanti”, kata isteri ku. “Right, roger and out”, kata ku sambil meletakkan telefon.
Tepat pukul satu aku dah sampai awal dan menunggu isteri ku. Beliau masih belum sapai lagi. Lambat pulak, perut ni dah bekeroncong. Aku ni satu tebiat kalau lapar tak boleh tahan-tahan, mengigil sampai boleh lembik lutut. Entahlah dia orang kata “hypo’ tak ada gula dalam badan. “Assalamualaikum, kat mana sekarang?’ tanya aku sebaik isteriku mengangkat telefon. “Jap, lagi dah kat tempat parking”, jawabnya.
“Kita nak makan kat mana ni?”, tanya isteri ku, sebaik sampai. “Kita round dulu tengok mana yang best”, jawab ku. Kami kemudiannya bersetuju untuk makan kat Kenny Roger, lama jugak tak makan kat kenny Roger ni. Setelah mengambil tempat duduk datanglah seorang pelayan perempuan. Budak baru kot tengah tunggu result SPM kot, kata ku dalam hati. “Pakcik nak order apa?, tanya beliau. Aku buat-buat terkejut “Pakcik? Aaaiiik kalau panggil pakcik nampak macam tua sangatlah saya ni”, “Abang nak makan apa?” sambung budak perempuan tu. “Kalau panggil abang mungkin isteri saya cemburu, sebenarnya kedua-dua panggilan tu tak sesuai. Untuk lebih professional panggil pelanggan anda Encik atau Puan, itu lebih baik, lebih professional”, kata ku. “Boleh saya ambil order Encik?” tukar beliau. Aku dan isteri cuma tersenyum. Seketika, datang seorang lelaki menyapa aku, “Encik Ali, kenal saya tak?” tanya beliau. Nama mungkin tak ingat ni, tapi kalau wajah tu pernah lihat, ni mesti bekas pelajar aku kat UiTM ni. “Maaflah nama mungkin tak kenal tapi rupa tu cam lah jugak, you pelajar Bachelor Foodservice kan?” tanya ku. “Ya, encik, dah order ke? Tanya beliau. Setelah berbual seketika, aku pun mengambil kesempatan untuk memberikan teguran kepada beliau, memandangkan beliau seorang pengurus di restoran tersebut. Aku tegaskan agar beliau latih kakitangannya untuk membahasakan ganti nama Encik atau Puan kerana itu lebih baik daripada Pakcik atau Abang, Makcik atau Kakak kerana sesetengah orang agak terasa. "Encik 'sound' lebih professional', kata ku. Dia ucapkan terima kasih atas teguran itu .................... entahlah samada dia ada buat teguran kepada kakitangannya atau tidak aku tak tahu. Tapi kunjungan aku kali kedua dengan isteri ke restoran yang sama untuk makan bersama sempena ulang tahun perkahwinan (budget lari la tu) yang ke dua puluh tempoh hari, pelayan yang mengambil pesanan tak pulak memanggil aku Pakcik. Jangan salah sangka aku bukan takut tua untuk dipanggil dengan ganti nama Pakcik. Tapi rasanya panggilan itu tidak tepat dalam suasana yang professional. Lainlah kalau kita dah kenal antara satu sama lain dalam keadaan kemesraan dan kekeluargaan itu berbeza sama sekali.
Aku perhatikan ianya berlaku bukan hanya kat Kenny Roger sahaja, banyak lagi restoran yang aku kunjungi...... kadang kat Sushi King pun sama juga (ni salah satu restoran kegemaran aku sebulan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali mesti pergi), TESCO, Giant, Econsave kadang peristiwa yang sama juga berlaku. Entahlah .............. pegawai atau mereka yang bertanggung jawab dalam latihan tak peka atau kakitangannya yang kurang peka........ fikirlah sendiri.
Cerita 3 - Beli Peti Sejuk Samsung.
Tahun lepas peti sejuk aku yang lama meragam, buat hal la tu, nak kena keluar duit untuk beli yang baru. Isteri aku entah apa sebab suka sangat dengan jenama Samsung, so kita orang mulalah membuat "window shopping". Akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli petisejuk Samsung di JUSCO, Bukit Baru, Kelang (BBK). Modelnya dua pintu dan mempunyai bahagian sejuk beku yang luas. Sesuailah dengan kami yang mempunyai enam orang anak. Boleh simpan bahan makanan banyak sikit, maklumlah pergi pasar seminggu atau dua minggu sekali. Selepas membuat pembayaran (bayaran penuh), kami dijanjikan dua hari bekerja untuk penghantaran. Selepas dua hari lori JUSCO muncul di depan rumah. Pemandu lori memberitahu petisejuk tu cuma boleh di 'switch on' kan selepas dua jam (mengikut prosidur standard). Sebaik selepas dua jam, aku pun menekan suis untuk menghidupkan petisejuk tersebut. Berkobar-kobar rasanya, maklumlah dapat barang baru, anak-anak dan isteripun nampaknya bersemangat macam aku jugak. Lagipun dah habis RM4,500.00, tentulah teruja.
Aaaaaik berbunyi macam bersiul pulak petisejuk ni, kata aku dalam hati apabila petisejuk tersebut mengeluarkan bunyi yang pelik. Perkara itu berlaku sepanjang malam. Menganggu jugak tidur kami sekeluarga. Esok seawal pukul 10.00 pagi aku membuat panggilan ke JUSCO, BBK. Pegawai perkhidmatan pelanggan menyambut panggilan aku dengan mesra dan sopan. Beliau memberitahu aku perlu menghubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Samsung (BPPS), beliau memberikan nombor telefon untuk aku hubungi, di samping itu berjanji akan juga menghubungi bahagian tersebut. Aku terus menghubungi BPPS dan membuat aduan. BPPS berjanji akan menghantar juruteknik dalam tempoh dua hari lagi. Selang dua hari seorang juruteknik datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan. Habis dibukanya panel dan komponen petisejuk tersebut. Bila melihat petisejuk yang telah terbarai tu, terasa macam terkilan pulak, macamana barang baru boleh jadi macam ni ... apa Samsung punya QC tak bagus ke? aku bertanya dalam kepala. Juruteknik memberitahu yang berbunyi tu adalah penggera (alarm). So dia dah 'by-pass' penggera tersebut dan tak berbunyi lagi. Beliau berjanji akan datang semula dalam esok untuk memasang alat ganti yang baru. Esok beliau muncul dan terus memasangkan alat ganti terbabit, malangnya perkara yang sama berlaku dan juga menyebabkan petisejuk tu tak boleh nyah beku (defrosting), ini menyebabkan kipas tidak berfungsi. Beliau mengandaikan terdapat masalah teknikal yang membabitkan ciri-ciri elektronik yang tak boleh dibetulkan dan menyarankan aku membuat aduan ke BPPS sekali lagi. Keesokan harinya aku menelefon BPPS dan membuat aduan. Aku mengharapkan tindakan segera, tetapi dimaklumkan kena tunggu dalam jangka masa yang tidak pasti kerana perlu bantuan teknikal dari Korea. Puuuurgh.... kes berat ni. Jadi, aku sarankan kalau payah sangat ganti sahaja dengan unit yang baru. "Mengikut prosidur ianya perlu mengambil masa sebulan untuk digantikan dengan yang baru, memandangkan model yang encik beli ini yang terbaru, kami tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengantikan unit encik" kata suara dalam telefon tersebut. "Cik, saya membuat keputusan untuk membeli petisejuk yang baru kerana saya mempunyai masalah dengan petisejuk saya yang lama yang juga berjenama Samsung. Saya bukan beli petisejuk untuk menambahkan masalah, saya harap Cik faham. Kalau Cik tak boleh bantu saya tolong rujukan saya kepada pegawai yang mungkin boleh membantu saya - Pengurus ke, Pengarah ke?", kataku dengan panjang lebar. "Cik kena faham saya dah keluarkan RM4,500.00 untuk selesai masalah saya bukan untuk tambah masalah', kataku sinis. "Sebentar Encik saya rujuk dulu", jawab suara tersebut."Encik, Pegawai dan Pengurus ada mesyuarat, tak dapat nak bercakap sekarang ni", kata suara tersebut selang beberapa ketika. "Baiklah, saya tinggalkan nombor telefon saya, harap beliau dapat hubungi saya, dengan segera", kataku.
Selang beberapa hari kemudian apabila tiada satu wakil dari Samsung pun yang telefon...... aku dah geram masa tu. Aku telefon semula ke BPPS kali ni dengan nada dan perasaan yang agak geram dan marah, aku menyatakan perasaan terkilan dengan perkhidmatan yang aku terima dan meminta tindakan segera dibuat. Terasa jugak kesal kalau beli secara ansuran dah tentu aku batalkan aje perjanjian. BPPS berjanji untuk menghantar juruteknik semula ke rumah aku untuk membuat sekali lagi penilaian. Juruteknik yang sama datang dan memberitahu tiada apa yang boleh dilakukan dan menyarankan aku membuat aduan sekali lagi untuk mendapatkan unit baru sebagai ganti. Belaiu berjanji untuk membuat lapuran yang menyatakan unit tidak dapat dibaiki perlu digantikan dengan yang baru, di samping dan waktu yang sama terus mencabut sistem penggera untuk mengelakkan unit tersebut mengeluarkan bunyi bising. Beliau juga memberitahu sebarang tindakan untuk menganti mengambil masa 30 hari, puuh lama tu. Keesokan harinya aku membuat panggilan ke BPPS untuk membuat aduan sekali lagi, untuk makluman sepanjang peristiwa ini berlaku tiada seorang wakil dari Samsung pun yang mennyatakan kesal dan memohon maaf atas kejadian ini, baik secara 'verbal' mahupun bertulis. Pegawai atau pengurus dari BPPS tidak juga membuat panggilan kepada aku. Untuk 'merasmikan' aduan aku ini aku menulis surat yang agak panjang lebar menyatakan kekesalan aku terhadap perkhidmatan Samsung dan dalam surat itu juga aku menyatakan akan menggunakan segala kemampuan aku untuk bertindak mengikut undang undang dan juga sedikit pengaruh yang aku ada, sekiranya tiada surat dan tindakan dari pihak Samsung. Surat itu aku s.k. kepada pejabat urusan Samsung dan juga ke JUSCO BBK
Selang beberapa hari kemudiannya, surat dari Samsung tiba. Aku rasa orang yang kat Samsung ni tak faham bahasa kot (surat tu aku tulis dalam bahasa Inggeris). Lain yang aku adukan lain yang dijawab atau lebih tepat tak menjawab soalan langsung. Surat dari Samsung menyatakan terima kasih kerana memberi sokongan kepada Samsung dengan membeli jenama mereka, bersama dengan surat itu disertakan sehelai kemeja-T Samsung bewarna merah. Disebabkan tidak berpuashati terhadap jawapan dari Samsung, aku menulis sepucuk surat lagi menyatakan terkilan terhadap tindakan yang telah diambil dan memberikan kata dua sekiranya dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini diterima tiada tindakan dari Samsung untuk mengantikan petisejuk aku dengan unit yang baru, aku tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan, seperti melapurkan kepada agensi yang berkaitan, FOMCA, CAP, atau menyiarkan atau mengepos aduan aku di dalam 'mailing list group' atau mengusahakan satu laman web (webgroup) untuk memberitahu supaya tidak menyokong produk berjenama Samsung. Kepada JUSCO BBK aku menulis satu surat rasmi, agar mereka tidak menawarkan jenama Samsung dalam rangkaian mereka kerana ini akan memberikan kesan kepada perkhidmatan mereka lebih-lebih lagi tawaran "extended warranty" mereka (JUSCO menawar pakej "extended warranty" kepada dua tahun untuk barangan elektrik yang mereka jual). Sekali lagi, Samsung mengutuskan surat kepada aku dengan menggunakan 'standard letter' dan sudah tentu ianya surat yang sama dengan yang pertama dengan sehelai lagi kemeja-T bewarna merah. Dia orang ingat kemeja-T tu dapat meredakan kemarahan aku ke. Malang sungguh aku terpaksa berhadapan dengan orang yang tak tahu bahasa di Samsung ni. Tindakan seterusnya aku memasukkan cerita pasal Samsung dalam 'mailing list group' UiTM, sebagai tanda protes dan menyarankan agar warga UiTM untuk tidak membeli jenama Samsung kerana perkhidmatan pelanggannya yang tidak professional dan tidak boleh diharapkan.
Walaupun dalam masa 7 hari dari surat aku yang kedua Samsung telah mengantikan petisejuk aku dengan yang baru, tapi luka tetap luka. Ialah tempoh dari mula aku beli hingga saat Samsung mengantikan dengan unit yang baru satu bulan seminggu. Aku percaya kita ni sebagai pengguna kalau kita mainkan peranan kita dengan sedikit lebih tentu golongan-golongan perniaga yang berfahaman kapitalis ni sedikit sebanyak akan sedar. Dalam keadaan minyak dah naik dan mahal, kita, patut menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengguna dengan melakukan tindakan yang paling rasional dan berkesan, iaitu mempraktiskan hak-hak kita sebagai pengguna, apa kata, betul tak? Fikir-fikirkan lah.

Friday, June 13, 2008

Perkhidmatan Pelanggan - Permulaan ...... Budaya dan Pelancongan

"Encik, saya orang nak jumpa sekejap dengan encik boleh tak? Aku menoleh dan melihat sesusuk tubuh yang kurus langsing dengan rambut bersisir kemas dan kemeja yang tidak dimasukkan ke dalam seluar. "Assalamualaikum" kata aku dan disambut dengan "waalaikumsalam encik" oleh pelajar yang bernama Daud. "Okay you keluar kejap dan masukkan baju ke dalam seluar, ketuk pintu dan beri salam dahulu, kemudian baru boleh jumpa saya" kata aku dengan sedikit nada yang keras. Memang jadi sikap aku akan menyuruh pelajar yang tidak berpakaian kemas membetulkan pakaian mereka atau yang tak reti-reti ketuk pintu atau bagi salam untuk keluar dulu dan betulkan keadaan sebelum berjumpa dengan aku. Niat aku bukan apa nak membentuk bebudak ni, dalam bidang hospitaliti ini penting - "people judge us from how we look". Si Daud ni patutnya tahu sebab dia ni "Class Rep", lupa lah tu kot. Selepas dia mengetuk pintu bilik dan memberi salam aku pun menyuruhnya duduk. Kemudian beliau memberitahu tentang tujuan dia berjumpa aku. Dia orang ni satu kelas akan membuat lawatan sambil belajar ke Langkawi dan memerlukan pensyarah pengiring seorang lelaki dan seorang perempuan. Pensyarah perempuan dah dapat, tinggal pensyarah lelakilah pula. Aku berfikir seketika, bagus jugak tak pernah pergi Langkawi bawa keluarga sekali lagi bagus. Aku tak fikir lama terus menyatakan persetujuan untuk mengiringi mereka ke Langkawi.
Sebenarnya bukan cerita Daud yang hendak aku sampaikan atau cerita tentang Langkawi. Daud sekarang ni dah pun berjaya dah jadi "Junior Sous Chef" kat hotel bertaraf lima bintang. Langkawi juga menarik masih lagi menjadi tumpuan pelancong. tetapi yang ingin aku ceritakan adalah peristiwa semasa pulang dari Langkawi dan perkaitannya dengan perkhidmatan pelanggan terutama sekali apabila melibatkan orang kita. Mungkin peristiwa ini dah lama berlaku, tidak silap aku tahun 1995, tetapi kesan daripada peristiwa itu menyebabkan aku memilih Langkawi sebagai destinasi terakhir dalam perancangan percutian keluarga.........
Peristiwa berlaku semasa pulang dari Langkawi dengan feri Kuala Perlis. Tahu ajelah bila pulang dari Langkawi masing-masing tentu sekali membawa lebih dari satu beg. Melangkah masuk aje ke dalam feri masing-masing berebut-rebut untuk mencari tempat untuk meletakkan beg. Disebabkan tiada seorangpun kakitangan feri yang memberi pandu arah atau menjaga, penumpang meletakkan beg / barangan mereka di tempat yang difikirkan “sesuai”. Sebaik feri nak berlepas, tiba-tiba terdengar suara pengumuman dari pembesar suara. “Tuan-tuan dan puan-puan yang meletakkan barang dan beg mereka di hadapan kaunter kantin harap dapat mengalihkannya dengan segera, suara seorang perempuan jelas kedengaran. Rasanya dapat didengar oleh semua penumpang, memandangkan suasana pada waktu itu agak senyap, mungkin masing-masing berdebar menanti feri untuk berlepas. “Sekiranya tuan-puan tidak mengalihkannya, kami akan campak ke laut”, terdengar sambungan dari pengumuman tersebut. Seluruh penumpang feri ketika itu seakan terkejut dan tersentak. Terdengar komen dari penumpang di hadapan kerusi aku, pasangan haji dan hajah (agaknya lah) mengomel “kurang ajaq sungguh”. Aku waktu itu pun tergamam, macamana boleh ada pengumuman semacam ini. Pada masa yang sama aku terpanggil untuk memberikan teguran kepada sipemunya suara, lalu berjalan ke arah kaunter kantin tersebut. “Boleh saya tahu siapa yang buat pengumuman itu tadi”, kataku. “Bukan....bukan saya encik”, kata seorang remaja lelaki yang berada di sebalik kaunter. Memanglah bukan engkau, tadi tu suara perempuan, kata aku dalam hati. Tetapi yang jelas, budak lelaki tersebut pun berasa kurang senang dengan pengumuman itu tadi. Pada waktu yang sama dari belakang kaunter muncul seorang perempuan. “Ha wat, nak komplen ka?, Saya...sayalah Che Putih Che Ad, pi la komplen kat kapten”, katanya dengan nada yang sombong dan bongkak. Ikutkan hati nak aje aku cakap, kurang ajar engkau ni. Tapi bila fikir balik, kalau aku buat lawan bercakap dengan Minah Langkawi Terakhir (MLT) ni, tentu martabat aku pun jatuh serendah dia. “Dak eh, baguih pengumuman itu tadi, nanti esok lusa buat lagi no”, kata aku dengan loghat utara yang tak berapa nak jadi, lalu terus berlalu meninggalkan perempuan MLT yang agak tercengang.
Bayangkan kalau anda mengalami peristiwa macam ni apa agaknya respon anda. Mana silap agaknya, sikap sopan santun orang timur, lebih-lebih lagi orang kita ni yang beragama islam. Tapi yang pastinya agama tak salah. Anda semua mungkin mempunyai pengalaman yang tidak menyenangkan tentang perkhidmatan pelanggan, baik semasa berususan dengan kaunter kerajaan (tentulah yang jaga kaunter tu orang kita), restoran milik orang kita atau apa-apa urusan yang berhadapan dengan orang kita dalam soal perkhidmatan pelanggan tentu pernah mengalami peristiwa sebegini. Kalau tak pernah ucapan tahniah diucapkan kepada anda.
Entahlah........ tapi yang pastinya sejak peristiwa berhadapan dengan MLT tu, hati aku tawar untuk bercuti ke Langkawi. Langkawi tak silap................ silapnya...............?