Dalam hal makanan pun kita taklah semerdeka mana masih dijajah dan sedang dijajah. Cuba lihat gerai-gerai makanan yang terdapat serata ceruk pelusuh negara kita, dari kajian rambang, bolehlah kita katakan kebanyakannya adalah gerai-gerai tomyam. Pada waktu yang sama bila risik-risik kebanyakannya juga diusahakan oleh saudara kita sebelah sempedan utara Malaysia. Iyalah, kalau kita tanya "Mari Maner?" Tentu jawapannya "Kota Baru". Betul ke? Rasanya tidak kerana dari segi loghat dan 'slang' berbeza dengan saudara kita di Kelantan. Soal bagaimana dia orang boleh berniaga kat sini dan membanjiri serata genap Malaysia ni, biarlah pihak yang berkenaan menangani atau tolong jawab. Apa yang nak dibangkitkan ialah apa sudah jadi pada 'budaya makanan' kita. Rata-rata kita lebih selesa untuk menjamu selera dengan menu masakan laut ala Siam. Pastinya esok lusa generasi anak-anak kita lebih kenal Ayam Paprik, Nasi Goreng Pattaya, Tomyam Portek, Ikan Kemsum, Tiga Rasa dan sebagainya. Rendang Tok, Asam Rebus, Asam Pedas, Singgang, Lemak Kuning, Gulai Tempoyak dan banyak lagi akan secara pelan-pelan terhakis serta tak dikenali lagi. Inilah yang dinamakan dengan "Tomyamisasi" yang sedikit sebanyak perlu diberikan perhatian.
Dalam waktu yang sama generasi kita juga telah lama terdedah dengan budaya "McDonaldization". McBurger, Filet O Fish, Big Mac menjadi begitu rapat dengan generasi muda. Nasi bukan lagi makanan asasi (walaupun bila beras naik kita semua melaung). Sehari tak makan nasi tak menghairankan. Tapi kalau dalam masa seminggu tak berkunjung ke McDonald seperti ada yang tak kena. Ada antara kita siang harinya lebih selesa makan di McDonald dengan alasan ringkas dan mudah - makan nasi tengahari nanti mengantuk, kerja jadi tak produktif. Malamnya, disebabkan kesibukan kerja dan kesesakan jalanraya akan lambat sampai ke rumah. Jadi memasak bukan lagi jadi agenda, lalu malamnya makan di gerai Tomyam lebih mudah. Nampak gaya Tomyam sama McDonald bergaduh ..................... masakan kita kalau silap haribulan akan terkubur. Entahlah, kita kena FIKIR .................. jangan tak fikir.
No comments:
Post a Comment