Tuesday, June 17, 2008

Apa yang anda dilihat tak semesti apa yang anda dapat

Hari ini ada urusan di Putrajaya. Ada temu janji dengan pengarah dan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kena buat 'presentation' cadangan kerja perundingan dan khidmat nasihat untuk IKBN. IKBN Pertak minta untuk buat kerja konsultansi, 'develop' dapur latihan mengikut spesifikasi persijilan MLVK peringkat 1, 2 dan 3. Tn Hj Rahmat, bos Regatcorp ada sama. Mujur dia ada kelapangan sedikit, pasal aku tak berapa mahir dengan jalan-jalan kat Putrajaya ni. Temujanji kami dengan KBS pukul 10 pagi, pukul 9.20 pagi kami dah pun sampai kat KBS. Kami pun cari kafeteria untuk sarapan pagi sambil boleh juga bincang sikit 'strategi' untuk 'presentation' sebentar nanti.
Gambar yang kat atas tu merupakan sebuah daripada 'outlet' yang terdapat kat kafeteria yang kami sarapan. Tn Hj Rahamt makan nasi kerabu aku pulak makan Laksam, kira-kira menu masakan pagi orang Kelantan. Boleh tahanlah rasanya cuma bab ' presentation' ada kelemahan sikit. Ada ke Laksam yang dihidangkan dalam mangkok punyalah besar tapi isinya 'ciput' aje, tentulah tak nampak menarik. Dia orang ni nak kena hantar pergi kursus "food presentation and food stryling ni". Sebenarnya bukan nak cerita pasal masakan dan cara ianya dihidang tetapi cuba lihat gambar kat atas tu. Betul-betul 'misleading' gambarnya. Gambarnya punya lah menyelerakan dan menarik, semuanya mengambarkan hidangan masakan barat tapi yang sebenarnya yang ditawarkan adalah masakan Kelantan. Kenapa, gambar masakan tempatan tak menarik ke? Ataupun semasa ianya dirancang menu barat diutamakan sedangkan pada hakikatnya orang kita hendakkan masakan tempatan? Apa dia orang tak tahu ke? Menu merupakan satu kontrak ..... sepatutnya apa yang ditunjuk dan gambarkan adalah apa yang ditawarkan dan apa yang ditawarkan adalah sepatutnya apa yang akan kita dapat. Itu satu bab satu lagi bab berkenaan dengan nilai astetik. Sekali lihat tempat makan ni dari segi rekabentuk dan susunatur serta hiasan dalamannya cukup menarik tapi sedih cara makanan yang dihidangkan agak hambar sama 'standard'nya dengan gerai-gerai biasa yang kita boleh jumpa di tepi-tepi jalan........ sedihlah betul. Apa dia orang tak boleh fikir ke?
Balik dari Putrajaya dapat panggilan dari Johnny, dia bagitahu Khairuddin dari JB ada di Kelang ajak lunch sama kat Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang. Dia orang ni kawan sekolah rendah dan menengah dulu, sekarang ni usahawan berjaya. Zawiah pun 'join' sekali, dia ni sepupu sekali kawan sekolah rendah sekali. Kebetulan Khairuddin turun Kelang dia ajaklah lunch sama. Sampai Jusco, Khairuddin dah tunggu kat Japanese Restaurant 'Sakae'. Lepas makan, aku balik ke ofis dan dalam kereta aku buat penilaian tentang dua tempat makan yang aku pergi hari ni. Di Putrajaya makan sedap tapi ada masalah daripada persembahan. Restoran Jepun ni pulak rupa cantik, fasiliti menarik tapi rasanya hambar. Entahlah, rasanya tak ada rasa macam masakan Jepun sebenar, yang ini aku pasti pasal aku pernah dilatih di Jepun selama setahun. Jadi kalau bab makanan Jepun aku memang tahu. Makanan Jepun kat restoran ni kalau dari segi gred aku bagi 5 daripada 10. Aku rasa Sushi King punya makanan Jepun lebih baik....... Sushi King aku boleh bagi 7 daripada 10 bandingkan dengan 'Sakae'. Nanti bila buku "Pengenalan Kepada Masakan Jepun" yang aku tulis dan sekarang ni dalam proses 'proof reading' siap untuk diterbitkan, rasanya aku nak suruh Chef kat restoran tu beli buat rujukan. Bila di baca bolehlah dia fikir-fikirkan................................

No comments: