There was an error in this gadget

Monday, June 16, 2008

Everly Resort Melaka

Selama 5 hari 4 malam. duduk kat hotel ni, menghadiri bengkel penilai AKNC, UiTM yang dijalankan oleh InQA. Bagus juga sesekali keluar berbengkel ni, dapat juga jumpa rakan-rakan baru dan lama yang berada di UiTM ni. Rupanya ramai yang aku tak kenal sepanjang tempoh 16 tahun berkhidmat kat UiTM ni. Yang aku nak cerita ni bukan pasal teman baru yang aku jumpa kat bengkel ni, tapi nak cerita pasal Hotel yang kami tinggal.
Kalau dari jalan besar memang bangunan hotel ni tersergam gagah dengan pintu gerbang macam Kota A Famosa. Tetapi banyak yang perlu diperhatikan oleh pengurusan lebih-lebih lagi dari segi penyelenggaraan. Sepanjang tempoh aku kat sini, satu perkara yang boleh sangat dipuji adalah tentang keramahan-tamahan kakitangan hotel ini. Ke mana sahaja kita pergi tentu disapa dan ditegur dengan penuh kesopanan. Mungkin agaknya, aku berada di bumi Hang Tuah yang orangnya ramah tamah belaka. Tetapi dalam keramahan kakitangan hotel ni ada dua perkara yang mencuit aku. Satu tentang menu yang dihidangkan sepanjang tempoh berbengkel dan yang kedua tentang kemudahan (fasiliti) gimnasiumnya.

"Makanan yang menarik bermula dengana mata - Mata merupakan deria yang pertama digunakan bagi menikmati". Hidangan disediakan oleh Maria dan Ustaz Sazali dan Foto daripada Nor Akhmar, siri Bengkel Food Styling, FPHP, UiTM, June 2008

1. Menu, tutup mata aku boleh hafal jenis hidangannya. Satu jenis lauk ikan, daging, ayam, kupang, sotong dan sayur. Okaylah jugak kalau dipelbagaikan cara masakannya. Aiiik takkan kat Melaka ni dah kurang jenis lauk pauknya. Ikan kari atau "sweet n sour", rendang daging, ayam goreng, kupang masak kicap atau dengan oyster sos bercili dan sayur lemak atau sayur campur. Bayangkanlah sepanjang 5 hari 4 malam menu untuk 'buffet'nya berkisar dengan hidangan yang disebut tadi. Itu tak ambil kira menu sarapan pagi. Bertapa bosan menu yang ditawarkan. Mungkin Chefnya dah ketandusan idea atau perancangan menu yang lemah atau tak merancang langsung. Bagi aku kalau diberikan pilihan tentu aku pegi makan kat lain tempat atau pesan saja menu 'a la carte'. Rata-rata peserta bengkel memberikan komen yang sama. Tentulah aku menjadi tumpuan sebab latar belakang aku sebagai seorang Chef. Malu ada, kesihan pun ada bila diajukan pertanyaan, "Kenapa kualiti makanan kat hotel ni teruk, apa komen you?", seorang peserta bengkel wanita bertanya sebaik sahaja kami duduk untuk makan pada hari kedua. "Chef hotel ni tak pi sekolah kot?", kata ku dalam nada seloroh, walaupun tersentuh juga hati aku. Aku rasa untuk menjadi seorang Chef yang baik, kena bekerja dengan hati. Masakan dan hidangan yang dihasilkan merupakan satu kerja seni yang boleh dihayati oleh tetamu. Kepuasan tetamu mengecap keenakan hidangan merupakan puncak kepuasan bagi seorang Chef. Chef tak patut kerja semata-mata sebagai tanggung jawab sahaja. Patut lebih pada tu...... Chef yang baik kena pakai akal dan berfikir .................... fikirlah.




2. Gimnasium - kemudahan atau fasiliti yang disediakan rasanya memadai, okaylah, tetapi cuma kurangnya tak ada jurulatih (instructor) yang disediakan, tetapi itu tak lah teruk sangat. Sepanjang berada di sini 5 hari 4 malam adalah 3 kali aku menggunakan fasilitinya. Maklumlah sekarang ni aku masuk dalam golongan manusia yang berdarah manis, kenalah lakukan senaman sikit. Walaupun melakukannya sekali sekala sekurang-kurangnya taklah rasa bersalah kepada diri sendiri. Okay yang nak diceritakan pasal pengguna fasiliti kat sini. Rupa=rupa selain tetamu, kakitangan hotel juga diberikan kemudahan untuk menggunakan fasiliti yang sama dengan tetamu. Bagus jugak, masa aku kerja kat hotel dulu ...... Hilton KL mahupun di Hotel Perdana Kota Bahru, jangan haraplah nak dapat guna fasiliti sedemikian. Heran jugak aku kat hotel ni, boleh ucap tahniah kepada pengurusannya. Tetapi sayangnya, aku nak komen semasa menggunakan fasiliti kat sini kami tetamu hotel terpaksalah pulak merebut dengan kakitangan hotel. Aku rasa yang ni tak patut berlaku, pihak pengurusan hotel harus memikirkan satu cara yang sesuai supaya tetamu tidak dipinggirkan. Bayangkan apabila kakitangan yang menggunakan fasiliti gimnasium ini datang dalam kumpulan sementara tetamu secara perseorangan, tentu akan berlaku ketidak senangan di pihak tetamu, lebih-lebih lagi suasana akan menjadi sedikit bising (ialah kakitangan itu saling kenal mengenali antara satu sama lain - jadi kadang kala borak dan bualnya akan menjela dan kuat ...... maklumlah orang Melaka be). Langkah pihak hotel ini membenarkan fasilitinya digunakan oleh kakitangan amat digalakkan dan dipuji cuma pengurusan harus memikirkan cara agar ianya tak menganggu tetamu mereka ........ entahlah dia oranglah patut fikir ini semua....

2 comments:

farhana said...

macam pernah jek ada pengalaman yang sama...

Chef Ali said...

tu lah, agaknya kebanyakan hotel sama kot tahap perkhidmatannya - Stereotype.