Wednesday, December 2, 2009

Masakan Orang Asli.............

Pada 8 - 12hb November yang lepas aku dan rakan penyelidek Dr Salim menjalankan kajian mengenai makanan dan masakan orang asli. Kami mengikuti Ekspedisi Gunung Benom, Pahang yang dianjurkan oleh Akademik Sains Malaysia. Para peserta terdiri dari berbagai agensi dan institusi yang mengikuti program ini dengan tujuan dan matlamat masing-masing. Bagi kami, kami ingin melihat, menyelidek, dan mendokumentasikan makanan dan masakan orang asli. Untuk kali ini bersesuaian dengan tempat ekspedisi maka kaum orang asli Jah Hut, Cek Wong dan Temuan menjadi pilihan. Jah Hut dan Cek Wong ini dari kelompok kaum Senoi manakala Temuan pula dari kelompok kaum Melayu Asli - Proto Malay.


Maklumlah ini merupakan kali pertama kami membuat kajian secara langsung mengenai orang asli maka sudah tentu berbagai persoalan timbul. Lebih-lebih lagi dari kabar yang selalu didengar terdapat pelbagai pantang larang yang perlu dihormati apabila berhubungan dengan orang asli. Berbagai cerita yang didengar. Di samping itu kami juga mencari sumber rujukan di kalangan rakan penyelidek yang pernah berurusan dengan masyarakat orang asli. Kesimpulannya terdapat dua pandangan yang agak berbeza mengenai orang asli. Baiklah, bukan mengenai tingkah laku, kelakuan atau tebiat orang asli yang hendak diceritakan di sini tetapi mengenai makanan dan masakan mereka.


Sudah tentu sekali orang asli ini menganuti pelbagai agama, ada yang beragama nenek moyang, Islam dan sebagainya. Bagi masyarakat orang asli dari suku kaum Jah Hut yang mendiami Kg Penderas berdekatan dengan Pekan Kuala Krau (antara Temerloh dan Jerantut) ini kebanyakan mereka masih lagi menganuti agama nenek moyang. Jadi kami perlulah mengambil langkah supaya apabila melakukan penyelidekan masakan ini memastikan bahan yang dimasak adalah suci lagi halal supaya kami dapat benar-benar menilai rasa dan keistemewa masakan orang asli ini. Memang telah ada kajian yang menyatakan bahawa makanan orang asli adalah kurang berkhasiat. Ianya memang benar tetapi apa yang ingin dinyatakan di sini bahawa cara masakan mereka adalah sihat. Dari segi bahan yang digunakan agak kurang dari kandungan khasiatnya. Tetapi cara masakan yang diamalkan adalah sihat. Rata-rata cara masakan adalah secara merebus dan membakar - tiada atau terlalu kurang penggunaan minyak atau masakan dengan cara mengoreng. Begitu juga tiada penggunaan santan dalam masakan tradisi mereka. Penggunaan ubi, keledek, keladi dan labu amat ketara dalam masakan mereka. Bahan-bahan ini bagaikan 'agen pemekat' masakan mereka selain dari rasa. Penggunaan minyak dan santan kalau ada pun ianya telah dipengaruhi oleh unsur luar terutama sekali cara memasak orang Melayu. Satu yang agak menyentuh perasaan aku adalah sikap orang asli yang ringkas dan 'seadanya'. Apabila persoalan apa yang dimasak untuk makanan, jawapannya begitu mudah "tengoklah apa yang dapat, kami tak kira asalkan boleh jadi makanan." Ini betul-betul yang dikatakan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang." Kita ini yang kadang kalanya terlalu memilih.


Apa yang paling diingati dalam ekspedisi kali ini adalah makan ubi kayu yang dimasak dalam buluh secara membakar. Hidangan ini disediakan oleh Saudara Edi Ahmad seorang bekas tentera dari unit Senoi Praak, orang asli Jah Hut. Sedapnya tidak terkira walaupun cuma ubi kayu - aroma dan kemanisan hidangan tidak dapat dilupakan. Nantilah senang-senang esok aku nak cuba buat kat rumah - demonstrasikan pada anak-anak. Selain itu aroma yang tidak boleh dilupakan ialah bau Daun Semomok, macam bau pijat. Ianya digunakan sebagai penyedap dalam masakan orang asli.............




Edi Ahmad sedang mendemonstrasikan cara memasak ubi kayu dalam buluh, memang sedap.




Entut, Pak saudara batin Non di Kampung Penderas, isteri dia sedang mendemonstrasikan cara membuat kerabu bunga betik menggunakan buah perah.


Ustaz Yusof dari suku kaum Jah Hut



Abu mendemonstrasikan cara memperasakan ayam sebelum dipanggang menggunakan buluh. Ringkas dan mudah tapi lazat. Abu dari suku kaum Jah Hut berkahwin dengan isteri yang keempat dari kaum Cek Wong. Orang asli tidak boleh berkahwin lebih pada satu atau menyimpan lebih dari satu isteri dalam satu-satu masa. Kawin cerai di kalangan orang asli agak biasa. Abu mempunyai 11 orang anak termasuk anak tiri.

Wednesday, November 25, 2009

Servis yg baik...................

Hari isnin lepas, malamnya jiran aku mengajak pi menjamu selera kat Tasik Permai, Bukit Unggul. Boleh tahan jugak jauhnya dari tempat tinggal aku ni. Pergi balik dalam lingkungan 80km. Jauh tu, kalu tak berbaloi tentu amat mengecewakan. Semasa dalam perjalanan pergi ke sana sempat juga aku dan isteri buat komen...................kalau rasa tak seperti yang dijangkakan tentu inilah kali pertama dan yang terakhir, bayangkanlah jarak yang jauh tu (pergi lapar balik pun pasti lapar).
Kamai bertolak dalam pukul 6.30ptg dan sampai dalam pukul 7.20mlm, setiba aje ke Restoran Tasik Permai ni, kami disambut dengan deraian hujan yang agak lebat, yang bagusnya kakitangan restoran ni dah bersedia dengan payung. Selepas menunaikan solat Maghrib kita orang dan keluarga mula membuat pesanan. Kami seramai 10orang kesemuanya, kebanyakkan memesan hidangan barat .......chicken chops, fish and chips dan 'Bistik' (ikut ejaan pada menu). Harga amat berpatutan RM13,00 untuk 'Bistik'. Kalau nak di gredkan restoran ini aku bagi 5/5 untuk servis, rasa 3/5, persekitaran 4/5 (toilet kira okay kira bersihlah). Bagi hidangan barat ini kira janganlah anggap macam masakan barat sebenarnya ....lebih tepat masakan barat ala melayulah. Prinsip hidangan dan kombinasi bahan tak payah diambil kira. Tapi secara keseluruhannya boleh bagi 4 bintang.

Sunday, August 23, 2009

Tadi makan apa?

Pernah tak anda diajukan soalan di atas? Apabila anda selesai menjamu selera di restoran atau digerai kemudian anda ingin membayar bil dan anda diajukan soalan "Tadi makan apa? Phew, kenapalah dia orang ini tidak mahu fikir tentang operasi-operasi mudah sebegini? Bukankah lebih senang jika ada bil pendua yang merekodkan segala apa pesanan pelanggan. Tidak pernah ke pergi makan kat mana-mana restoran yang bersistematik dan lihat bagaimana cara mereka beroperasi? Tinjau-tinjau, lihat-lihat ambillah mana-mana sistem yang boleh menyenangkan operasi restoran atau gerai kita. Itu pun tak boleh nak fikir.....................macamana nak ke depan. Entahlah sampai bila.............

Friday, July 31, 2009

Fotografi................

Semenjak mengajar matapelajaran Seni Hias Makanan - Food Styling, aku mula berjinak-jinak dengan kamera. Rupanya bukan senang untuk memahirkan diri dengan kamera ini. Seseorang itu perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi bagi merakam gambar yang menarik. Memandangkan matapelajaran Seni Hias Makanan ini berkait rapat dengan fotografi, jadi rasanya tidaklah menjadi sesuatu yang merugikan untuk melabur bagi mendapatkan kamera DSLR yang agak baik dari segi ciri dan hasilnya. Setelah membuat beberapa perbandingan disertai dengan kemampuan kewangan, aku pun membeli sebuah kamera DSLR, jenama Canon model 40D. Selain daripada merakamkan gambar-gambar makanan dan hidangan bagi matapelajaran Seni Hias Makanan, aku cuba-cuba jugalah merakamkan gambar-gambar lanskap sebagai satu latihan dan koleksi. Nak pergi kelas belajar asas fotografi masa agak terbatas dan tak berkesempatan, jadi baca-baca buku forografi yang patut-patut bagi mendapatkan sedikit ilmu dalam bidang fotografi. Di bawah ini disertakan gambar yang aku rakamkan semasa ke Pantai Kelanang.

Jeti Nelayan Pantai Kelanang


Sebuah Restoran China di Pantai Jugra

Deretan bot nelayan kecil di pantai jugra





Wednesday, July 29, 2009

Tiba, tiba teringat pula.............

Bila bercerita tentang perkhidmatan pelanggan ini ianya merangkumi semua sektor baik kerajaan mahupun swasta. Ini kerana yang terlibat dalam hal ini berhubung dengan manusia. Semua orang mahukan yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan diri kita sendiri. Ini mengenai salah satu peristiwa yang aku alami tentang urusan dengan pejabat kerajaan. Untuk lebih jelas tentang Jabatan Polis. Peristiwa ini berlaku agak lama dulu, kalau tidak silap pada tahun 1994, masa tu aku memiliki sebuah kereta Ford Laser S, nombor pendaftaran BCS1081. Tidak semena-mena aku terima surat saman ekor. Terkejut juga bila terima surat berdaftar dari Jabatan Polis, bila buka surat itu tengok saman ke atas kenderaan bernombor pendaftaran sama dengan kereta aku. Kesalahan yang dilakukan di hadapan pasar Semenyih. Termenung sekejap aku, seingat-ingat tidak pula aku pernah ke sana dalam tempoh tersebut. Bila aku baca terus, jenis kesalahan yang dilakukan tidak memakai topi keledar dan jenis kenderaan adalah motosikalbernombor pendaftaran yang sama. Apa yang peliknya macamana pulak boleh sama dengan nombor pendaftaran kereta aku. Apapun aku rasa aku kena buat sesuatu sebab surat itu di alamatkan ke alamat aku. Jadi kenalah usaha sikit, tulis surat lengkap dengan bukti salinan surat pendaftaran kereta kepada Jabatan Polis yang mengeluarkan saman tersebut dan di "s.s."kan ke Pejabat JPJ Petaling Jaya.

Kemudian daripada itu aku terima surat jawapan dari pihak polis. Apa yang memeranjatkan atau terkedunya aku adalah surat tersebut merupakan surat "standard" yang mempunyai ruang untuk di tandakan ( / ) - 'check', iaitu bagi kesalahan yang pertama adalah dimaafkan. Aiiik bila masa aku buat kesalahan. Bayangkan jika anda dapat jawapan sebegitu sedangkan anda tidak membuat sebarang kesalahan. Memanglah surat 'standard' tu dah sedia ada tapi sekurang-kurangnya ambillah sedikit inisiatif untuk 'personalize'kan surat tersebut. Hal-hal sebeginilah yang memberikan persepsi yang negatif kepada perkhidmatan pelanggan. Kadang-kadang kita kena letakkan hati kita pada tugas yang kita jalankan. Memanglah ada 'SOP' tertentu dalam menjalankan tugas tapi apa salahnya kalau kita memberikan lebih pada yang sepatutnya. Yang ini kita tak boleh bagi orang lain fikir, ini kita kena fikir sendiri.

Tuesday, July 28, 2009

Mee Udang oh Mee Udang

Balik dari memancing di kolam pancing Jugra, yang sebenarnya terletak kat Kg Bandar, ianya berdekatan dengan Istana Bandar - Istana Sultan Abdul Samad dan Masjid Sultan Alaeddin, kita orang berempat singgah makan mee udang. Dah terlanjur cerita pasal pancing ni elok juga aku cerita sikit pasal kolam pancing ni. Kolam pancing ni kira okaylah boleh bagi "thumb up" sebab dari segi perkhidmatan pelanggannya boleh puji. Bukanlah nak kata kemudahan yang ada bertaraf lima bintang tetapi layanan kakitangannya yang mesra dan berbudi bahasa. Tetapi yang hendak diceritakan bukan pasal kolam pancing ni tapi tentang tempat makan Mee Udang yang terletak di pekan Telok Panglima Garang, tempat makan yang kira baru jugalah adalah dalam tempoh lima bulan kot. Lihat pada papan iklannya, mee udanglah yang menjadi taruhan pengusah tempat makan ini. Jadi kta orang berempat pun apalagi pesan mee udanglah lagipun perut dah berkeroncong. Tempat makan ini taklah menawarkan menu yang bermacam - Laksa, Mee Kari, Cucur Udang, Lempeng dan termasuklah mee udang. Pada jangkaan kami tentulah perkhidmatannya cepat tetapi malang sungguh agak lambat. Makanan tiba setelah menunggu hampir 30minit dan air pula tiba lagi lewat daripada itu. Sayang sungguh tahap perkhidmatan yang agak lembab, sedang pelanggan yang tiba pada waktu itu agak ramai juga. Tentu juga ramai yang merungut dan mungkin ramai juga terpaksa membatalkan niat untuk berkunjung semula ke tempat ini.................entahlah kan rugi jadinya. Aku sempat memberikan komen pada tuanpunya tempat makan ini "kena jaga pelanggan kalau tidak pelanggan tak datang lagi, tengok-tengok sikit servis tu. Harap-harap dia terimalah dengan hati yang terbuka.

Friday, July 17, 2009

Aku Budak Jual Kuih

Tak tahulah tiba-tiba aku terkenang masa aku berumur 9tahun masa tu darjah tiga kalau tidak silap tahun 1971, aku bersekolah di Methodist English School, Port Swettehnham nama lama Port Kelang. Balik dari sekolah aku bagitahu kat emak mintak dia buat kuih aku nak jual keliling kampong. Kenapa nak jual? tanya emak pada aku. Aku tak menceritakan perkara yang sebenar cuma bagitahu emak aku nak belajar berniaga sambil boleh tolong keluarga. Sebenarnya yang membuat aku terasa bersemangat nak cari duit ni pasal pagi tu Cikgu kelas tanya tentang yuran persekolahan yang masih lagi belum dibayar. Seingat aku, selang beberapa hari emak pun membuat kuih untuk aku buat jualan. Kuih pertama dan satu-satunya pada hari permulaan aku menjual kuih adalah kuih karipap. Tak pula aku ingat berapa banyak yang emak buat tapi sebakul jugaklah aku mengangkatnya. Buat pertama kalinya aku pun pusing blok perumahan berdekatan di kampung tumpah darah aku, Kampung Raja Uda - KRU. Berjalan pelahan sambil mengharapkan orang kampung memanggil dan membeli kuih. Tidak beberapa minit aku sudah berada di jalan dihadapan rumah. Emak berdiri di tangga sambil bertanya, "Ada orang beli ke?" tanya emak. Aku mengelengkan kepala, lalu emak berkata, "Jangan diam aje, teriaklah sikit, bagi orang tahu kita jual kuih", kata emak lagi. Macamana emak? tanya ku. Jeritlah ..........Kuuuiiiiih Kaaaaariiiiipap, tunjuk emak. DaniItulah pertama kalinya juga aku belajar mengenai pemasaran....................kena jadi macam ayam betina telor sebiji riuh sekampung, bagi tahu semua orang apa yang kita ada kalau hendak lariskan. jualan...............................Pheeeew satu pengalaman yang tidak aku boleh lupakan, aku menjaja kuih ni sehingga waktu aku hampir menduduki peperiksaan LCE - Lower Certificate of Education, tingkatan tiga.....Masih aku ingat lagi.......................

Monday, June 1, 2009

Restoran Baru

Kalau sesiapa yang kerap berulang alik jalan Kelang ke Kuala Langat mengarah ke Banting atau lebih tepat lagi Bt 7 Sijangkang Sempadan (sebelum Show Room Toyata) disebelah kanan akan terperasan satu restoran baru "sign board" berwarna kuning "Anjung Santai". Restoran ini dah dibuka hambir lebih kurang dua bulan. Masa baru-baru buka dulu, punyalah ramai manusia yang berkunjung. Aku rasa tabik pada pengusaha tu yang berani buka restoran (asal premis ni untuk buka show room skoda kemudian mercedec - dua-dua tak jadi) kat kawasan ini dalam skala yang dikatakan agar besar di samping beroperasi 24jam. Untuk makluman di lokasi yang sama terdapat sebuat tempat makan yang dikenali dengan "Lady Finger" (dibuka pada sebelah petang hingga malam sahaja), sedikit ke dalam lokasinya. Lokasi Anjung Santai betul-betul dijalan masuk ke Bt 7.
Berani memang berani pengusaha ni, tetapi kadang kala keberanian sahaja tak cukup baik. Minggu kedua restoran ni beroperasi aku dengan beberapa orang jiran sesaja pergi berkunjung bukan apa nak lihat sendiri sambil-sambil nak menjamu selera. Untuk lawatan pertama ni kami tak mahu terlalu "adventuruos", kami pesan 3 apple juice dan 3 roti telor. Phewwww... rasanya lama juga menunggu hampir 20minit (rakaman masa memang dilakukan untuk melihat tahap perkhidmatan) atau lebih tepat 19minit minuman masih tidak sampai. Bila ditanya masih lagi tengah buat. Setelah 2 minit berlalu kami membuat keputusan untuk pergi - tapi sebelum pergi aku dengan hormatnya memaklumkan kepada pelayan terbabit dengan sedikit pesanan " kena jaga pelanggan tau". Dua tiga hari lepas tu, bila aku melepasi kawasan ini pada sebelah malamnya nampak jumlah pelanggan agak berkurang tidak seperti masa awal-awal dibuka.
Sayang betul..., bulan pertama sesebuah rstoran yang baru beroperasi adalah fasa pertama pernilainan pelanggan akan berlaku. "First Impression" amat penting bagi menentukan samada pelanggan akan kembali semula. Keberanian pengusaha restoran ini harus diberikan kredit cuma percaturan, perancangan, pengetahuan dan tahap operasi yang lemah akan mengakibatkan kegagalan sesebuah restoran. Entahlah mungkin pernilaian aku silap tapi korang fikir macamana? Penantian dalam penuh dengan ketidak pastian akan mengakibatkan satu seksa yang tak tertanggung. Perut lapar dan tekak dahaga bila dicampur dengan masa menunggu yang tak pasti merupakan ramuan yang akan mengakibatkan pelanggan tidak mahu datang kembali. Fikirlah sendiri...............

Monday, May 4, 2009

Restoran Melayu

Secara rambangnya apabila kita tanya mana-mana pelangganlah tentang perkhidmatan pelanggan di restoran melayu, sudah tentu kita akan dapat jawapan yang sama. Kebanyakan orang akan memberikan komen yang agak negatif mengenai tahap perkhidmatan pelanggan di restoran melayu. Kenapa agaknya ini berlaku? Sedangkan orang melayu dikenali dengan sifat sopan santun, peramah, berbudi bahasa, menghormati tetamu dan berbagai-bagai lagi ciri-ciri ketimuran yang positif. Tetapi mana perginya sifat-sifat ini apabila "seorang melayu" menjalankan perniagaan restoran? Adakah sifat-sifat "baik" ini cuma ada di lingkungan rumah tangga aje ke? Kalau begitu gamaknya, bermakna tidak terkesanlah segala amalan kebaikan yang disulam di rumah tidak dapat ditempiaskan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam alam perniagaan atau pekerjaan. Apa agaknya yang membuatkan segala amalan "baik" tadi tidak dapat diterjemahkan dalam keseluruhan alam kehidupan kita?
Entahlah mungkin kita ini lebih bersifat "memijak semut pun tak mati" .... cuma "baik" bila berada dalam lingkungan rumah tangga aje. Kenapa ye? Sifat "baik" ini tak diterjemahkan dalam alam perniagaan> Sepatutnya ini tidak berlaku sekiranya kita menganggap perniagaan kita ini juga sebahagian daripada kehidupan kita yang perlu kita hormati. Ianya sebahagian dari nyawa, darah dan daging bagi kita. Mungkin jika kita tukar paradigma kita berfikir tentang perniagaan yang kita jalankan ....... mungkin-mungkin juga akan mengubah cara kita mengendalikan perniagaan tersebut.
Dari pengamatan aku sebagai seorang pelanggan yang suka makan di merata tempat, bolehlah aku katakan restoran melayu yang berdaya saing dan dikunjungi ramai pasti mempunyai ciri-ciri "baik" yang aku maksudkan. Kenapa agaknya pengusaha-pengusaha restoran melayu ni tak nak fikir......................

Sunday, April 12, 2009

Bamboo Lallang Bistro

Sesiapa yang pernah ke Jenjarom atau dari Kelang ke bandar Banting, mungkin tidak terlepas untuk lalu di hadapan restoran yang dipanggil Bamboo Lallang. Tidak keterlaluan jika dikatakan, restoran ini tidak akan terlepas pandang apabila anda melaluinya pada sebelah malam yang terletak di sebelah kiri jalan dari hala Kelang ke Banting. Lebih tepat lagi sekiranya anda melepasi pekan Telok Panglima Garang anda mungkin tidak akan terlepas melintasi bulatan kecil ke Pulau Carey, dari situ kira-kira dalam 2km anda akan berjumpa dengan retoran yang beratapkan lalang dan bertiangkan buluh di sebelah kiri jalan.
Restoran ini dari segi lanskap dan dekorasi terutama jika anda ke sini pada waktu malam (restoran ini pun memang di buka pada sebelah petang hingga ke malam) cukup menarik dengan cahaya lampu yang memberikan suasana yang nyaman dan santai. Dari segi dekor restoran ini bolehlah diberikan "ibu jari" (thumb up) tapi pastikan anda berseluar panjang kalau tidak mahu digigit nyamuk (ubat nyamuk akan dipasang dengan permintaan).
Menu dan hidangan yang ditawarkan bolehlah dikategorikan sebagai "biasa-biasa" sahaja tidak terlalu menonjol atau menarik. Aku telah beberapa kali ke sini pada masa awal ianya dibuka pada awal 2008 dan selepas itu sekali sekala ke sini. Rasa masakan yang berubah-ubah tidak konsisten. Mulanya dulu baguih agak menarik Nasi Goreng Ayam Berempah dihidangkan dengan Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan, lepas itu hidangan ini rasanya lain pulak (mungkin tukang masak lari kot) kemudian hidangan ini hilang dari menu. Saiz porsi (Portion size) hidangan kat sini agak kecil / sedikit. Bagi mereka yang "kuat makan" perlu 'order' dua hidangan. Harga hidangan goreng-goreng adalah sekitar RM4.80 - RM6.00. Sementara itu harga airnya untuk minuman panas seperti teh dan kopi pada sekitar RM1.50 - RM2.00 tetapi perlu diingatkan jika anda memesan minuman Jus harganya lebih kurang RM4.80 segelas (hampir sama dengan harga hidangan).
Dari segi perkhidmatan....................................servis ini merupakan satu masalah yang sama di mana-mana restoran orang melayu. Lembab dan pelahan kecuali jika anda ke sini dengan 'awek' mungkin sevis yang pelahan ini tak menjadi satu kelemahan. Secara keseluruhannya aku bagi kat restoran ini dalam dua tiga suku bintang. Tak boleh nak kasi 3 bintang pasal ada dua kelemahan dari segi menu dan servisnya. Sayang rasanya restoran yang mempunyai lanskap dan dekorasi menarik ini ada kelemahan yang agak ketara. Tauke restoran ini kena banyak fikir.... untuk lebih berjaya dan berdaya saing.

Monday, April 6, 2009

Boleh tahan

Salah satu daripada kandungan silibus bagi matapelajaran yang aku ajar adalah "dining out" - ini bagi matapelajaran Asian Cuisine. Bagi tujuan itu pelajar diwajibkan untuk cari restoran yang berasakan masakan Asia, kemudian menulis laporan tentang restoran berkenaan dari segi beberapa aspek. Ianya merangkumi menu, decor, susunatur, servis, sasaran pasaran, misi, visi dan sebagainya yang dirasakan perlu untuk dikongsi. Sekumpulan pelajar telah merancang untuk makan (dining out) kesebuah restoran yang menawarkan hidangan India (hidangan India utara dan selatan), Restoran Passage thru India yang terletak di Jalan Tun Abd Razak bersebelahan dengan Kedutaan Indonesia. Aku mengambil kesempatan untuk membawa bersama isteri dan dua orang anak, di samping itu aku juga memperlawa jiran aku untuk ikut sama. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM40.oo seorang, kira tidak terlalu mahal dikirakan.
Sebelum sampai ke sana bermacam-macam tanggapan dan persepsi yang bermain dikepala, tentang menu, servis dan decor sememangnya dah lama berlegar kat kepala. Secara keseluruhannya tempat ini agak menarik dengan decornya yang tersendiri membawa konsep seolah-olah anda menjelajah ke Indian, bersesuaian dengan nama restoran tersebut. Menu yang ditawarkan bolehlah diketegorikan sebagai menarik. Cuma bagi aku rasanya tidaklah terlalu "asli" sebagaimana hidangan / masakan India (utara dan selatan) sepatutnya. Chefnya telah membuat perubahan dari segi rasa, sedikit "mild" atau kalau sesuai aku gunakan perkataan "agak ringan dari segi rasanya berbanding yang asli". Ini mungkin kerana chef restoran ini telah mengambilkira jenis pelanggan yang berkunjung ke restorannya.
Selain daripada itu tetamu juga dihiburkan dengan alunan musik hindustan yang dimainkan secara "live" secara klasik. Boleh tahan juga persembahan mereka - menghiburkan lebih-lebih lagi bila dibertahu bahawa semua pemusik dan penyanyinya adalah orang tempatan. Okaylah secara keseluruhannya bolehlah diberikan 4 bintang restoran ini, 1 bintang lagi kena simpan untuk perkhidmatan pelanggannya. Kalau anda ke restoran ini untuk makan dan tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama mungkin di sini agak kurang sesuai. Kecuali jika anda ke restoran ini dengan santai dan punya banyak masa untuk dihabiskan rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan restoran ini paling sesuai.

Sunday, March 15, 2009

Payahnya nak makan.....................

Aku boleh mengkategorikan diri aku sebagai seorang Chef yang suka "makan" dan agak "adventurous" dalam hal-hal makan (sudah tentulah yang halal). Suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau ada restoran baru dan aku pula berkesempatan, tentu aku akan cuba. Setakat ini belum ada lagilah restoran yang betul-betul melekat kat hati aku baik di persekitaran Shah Alam ataupun tempat tinggal aku di Telok Panglima Garang (TPG). Bagi mereka yang tidak tahu di mana TPG ni, ianya terletak di antara Kelang dan Banting, lebih kurang 17km dari Kelang dan 23km dari Banting, sementara kalau dari Shah Alam lebih kurang dalam 30km.
Banyak restoran yang dah aku pegi di persekitaran berdekatan, tapi susah betul nak dapat restoran yang memenuhi kriteria 3S, yang terdiri dari "Sedap, Selesa dan Servis"
1. Sedap dari segi rasa dan sedap mata memandang.
2. Selesa dari segi suasana dan persekitarannya.
3. Servis yang pantas cekap lagi mesra.
Dari ketiga-tiga kriteria ini sukar untuk sesebuah restoran itu memenuhi ketiga-tiga kriteria itu sekali. Ada yang sedap tapi suasana yang kurang selesa walaupun servisnya "baik". Ada servisnya mesra dan peramah tetapi keselesaan agak kurang ditambah dengan rasa yang biasa-biasa aje. Begitu juga adayang suasana yang menarik berkonsepkan tema-tema tertentu tapi malang tiada rasa dan servis yang kurang memberangsangkan. Kenapa agaknya jadi begitu?
Okaylah di lain waktu akau akan cuba beri rating dari 1 hingga 10 berdasarkan kepada ketiga-tiga kriteria 3S bagi restoran yang aku pergi. Sampai sini dulu

Wednesday, February 18, 2009

Maaf bang lambat sikit...........................

Ini bukan kes lambat sikit tapi lambat banyak..........................
Ahad lepas 15hb Feb. aku sekeluarga pegi jenguk anak aku yang sulong di kampur UiTM di Puncak Perdana. Apalagi nak huluq apa yang patut ler. Lepas tu ajak makan di gerai dekat engan Kampus...........ikut kata anak aku tempat makan ni student panggil "Kandang". Iyalah agaknya tu pasal macam bentuk kawah terkurung. Dalam banyak-banyak gerai aku pilih yang ada Ayam tergantung.................tentu cepat pasal ayamnya dah masak. Tapi lain jadinya..................
Tunggu lebih dari setengah jam masih tak dapat pesanan. Aku bila makan digerai selalunya suka mengadap ke dalam kedai supaya nampak apa yang berlaku di bahagian dalam. Patutlah lambat...... yang buat air ni betul-betul ikut SOP (standard operating procedure) - standardised recipe. Pesanan 2 air tembikai dan dua air carrot susu, dibuatnya satu-satu, agaknya bos tak bagi tahu macamana nak buat sekali dua. Sudahlah tu yang paling menjengkelkan apabila tukang masaknya .....masak punya lah bising tung tang, tung tang tapi pesanan tak keluar-keluar jugak. Bila aku perhatikan, patutlah lambat dia buat kerja cara susun bahan masakannya berkecamuk. Garam kat lain kicap kat lain....rasa-rasanya nak masak satu hidangan habis kena tawaf satu dapur. Adoiiii...rasa hendak aje aku cakap...........
Cuma yang menyejukkan hati apabila tokeh hidang sendiri pesanan dan mohon maaf pasal lambat sikit. Aku cakap kat tokeh ....ni bukan kes lambat sikit tapi lambat banyak.........Entahlah

Sampai juga akhirnya .............tapi

Sampai juga akhirnya petisejuk yang dinantikan dari JUSCO. Tapi malangnya cuma "free gift", microwave oven saja yang sampai. "Multi cooker" tidak pula dihantar. Sudah............. satu masalah pulak................telefon ke JUSCO, minta penjelasan. Kemudian dimaklumkan akan hantar lusa. Lusa, 11hb Feb. penghantaran dibuat.....tapi bukan Multi cooker yang sampai. Periuk keluli (stainless steel pot) yang tiba..............bengang juga lain yang dijanji lain pulak yang datang. Tapi kira okay ajelah malas nak bising-bising lagipun multi cooker dah ada.
Hari sabtu (14hb Feb), Microwave Oven nak diberikan kepada Kak Long (with some token........) tup..tup... turn tablenya tak berpusing. Peeeeh apa dah jadi dengan JUSCO ni, macam-macam hal, takkan barang yang dihantar ke pelanggan tak diperiksa dulu, apa nama perkhidmatan pelanggan ni. Telefon semula ke JUSCO buat aduan dan mintak ditukar yang baru.....Dimaklumkan tak boleh nak tukar pasal FOC (Free Gift) kena repair (oooh mentang-mentag FOC boleh bagi barang buruklah, bagus punya customer service).............esok hari Ahad bawak M/O ke JUSCO minta ditukarkan dengan yang baru.............akhirnya dapat juga.
Phew.................memang menjengkelkan berurusan dengan orang yang tak faham erti sebenar Perkhidmatan Pelanggan. Entahlah rasa-rasa macam dah penat dengan JUSCO ni..............

Friday, February 6, 2009

Lama tak menulis......... "Kalau tak minta tak dapat......."

Agak lama juga tak menulis kat blog ni. Terlalu sibuk engan tugasan dan sebagainya. Atau itu semua alasan yang saja-saja nak beri, mungkin juga malas jawapan yang paling ikhlas.
Sebabkan lama tak tulis macam-macam nak diceritakan. Tapi rasanya yang masih dan paling panas adalah pasal perkhidmatan pelanggan di Jusca Bukit Tinggi Kelang.
Pada 11 hb lepas, entah siapa punya angkara station TNB kat taman kami dicerobohi. Tetapi yang peliknya tiada kesan pecah masuk. Habis dikerjakan copper brass kat dalam switch board tersebut. Ikaut kata jiran yang bekerja sebagai Chargeman, ini kerja orang yang tahu tentang elektrik dan kemungkinan kerja "orang dalam". Disebabkan angkara dia orang ini habis juga terjejas peralatan elektrik kat rumah kita orang. Alang-alang dah nak beli peralatan elektrik, saja-sajalah cari alasan untuk mengantikan peti sejuk sedia ada. Jadi kebiasaan kalau nak beli peralatan beli kat Jusco (sebelum ini semasa berurusan di Jusco Bandar Baru segala jalan lancar). Kali ni dengan Jusco Bukit Tinggi, orang rumah pilih LG pasal dah serink dengan SAMSUNG punya after sales servicenya. Buat pesanan pada 19hb Januari dengan pembayaran penuh dan dijanjikan semingu untuk penghantar. Tunggu seminggu tak sampai, tapi tak juga sesiapa dari JUSCO buat makluman. Kena sendiri ke JUSCO nak tanya apa perkembangannya pada 29hb Januari. Sudah tentulah alasan yang diberikan Chinese New Year. Kalau CNY jadi hal sepatutnya saya sebagai pelanggan dimaklumkan lebih awal sekurang-kurangnya saya dah bersedia atau cari alternatif lain. Lebih meyakitkan hati bila lihat peti sejuk yang dipesan itu sekarang ini ada tawaran 5% potongan. Saya "argue", ini salah JUSCO tak menepati janji untuk hantar dalam masa seminggu, saya perlu dapat pampasan kerana menunggu lama. Lagi pun sekarang ini ada tawaran 5%, saya rasa saya akan berpuashati sekiranya saya dapat tawaran yang sama kerana lama menunggu. "Argue punya argue" akhirnya dapatlah potongan 5%, diberikan dalam bentuk voucher, siapa nak bagi voucher RM240.00 banyak tu. Kemudian dijanji petisejuk akan dihantar pada 30hb Januari. Tunggu lagi....................bila tiba 30hb Januari sampai petang tiada wakil JUSCO yang telefon. Jadi saya telefon semula dan minta untuk cakap dengan Customer Service Manager (CSM) - dimaklumkan beliau mesyuarat, jadi kena tinggal pesan. Telefon lagi pada pukul 1715jam masih tak dapat bercakap dengan CSM. Selepas itu selang lebih kurang 10 minit CSM dari JUSCO telefon saya. DIa sendiri pun tak tau apa cerita....jadi kenalah ceritakan sekali lagi dari A hingga Z. Tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan hati, tiada wakil JUSCO yang memaklumkan kelewatan dan memohon maaf pasal kelewatan, tentang janji seminggu dah jadi hampir 2 minggu. Akhirnya saya memohon untuk membatalkan pesanan dan minta dipulangkan semula secara penuh dan tanpa berlega wang saya. CSM JUSCO meminta saya bersabar dan berjanji untuk membantu secara peribadi apa yang boleh dia buat. Saya nyatakan apa-apa jua tindakan yang diambil mestilah sesuatu yang boleh memuaskan hati saya dan sudah tentu mesti ada satu bentuk ganjaran kepada saya kerana sanggup menunggu dan setia dengan JUSCO. CSM berjanji akan menefon saya kembali pada hari ini juga.
Lebih kurang pukul 2030jam, CSM menelefon saya dan bagi tahu petisejuk cuma dapat dihantar pada ahad ini iaitu 8hb Februari dan sebagai tanda pohon maaf JUSCO menawarkan sebuat Ketuhar Gelombang Mikro yang bernilai RM200 lebih. Rasa terpujuk juga hati ini, saya bersetuju dan berharap benar-benar kali ini petisejuk LG tersebut akan sampai hari Ahad ini. Kalau masih juga tidak sampai, mungkin kita perlu mulakan satu lagi episod.............tawar menawar.
Apa sebanarnya berlaku? Perkhidmatan pelanggan bukan sesuatu yang harus dipandang mudah. Syarikat besar seperti JUSCO sekiranya tidak memberikan perhatian secukupnya kepada perkhidmatan pelanggan akan terjejas juga perniagaannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ini. Sesebuah perniagaan harus faham bahawa mengekalkan pelanggan sedia ada, adalah jauh lebih murah berbanding dengan mencari pelanggan yang baru. Fikirlah................