Sunday, August 23, 2009
Tadi makan apa?
Friday, July 31, 2009
Fotografi................
Jeti Nelayan Pantai Kelanang
Sebuah Restoran China di Pantai Jugra
Wednesday, July 29, 2009
Tiba, tiba teringat pula.............
Kemudian daripada itu aku terima surat jawapan dari pihak polis. Apa yang memeranjatkan atau terkedunya aku adalah surat tersebut merupakan surat "standard" yang mempunyai ruang untuk di tandakan ( / ) - 'check', iaitu bagi kesalahan yang pertama adalah dimaafkan. Aiiik bila masa aku buat kesalahan. Bayangkan jika anda dapat jawapan sebegitu sedangkan anda tidak membuat sebarang kesalahan. Memanglah surat 'standard' tu dah sedia ada tapi sekurang-kurangnya ambillah sedikit inisiatif untuk 'personalize'kan surat tersebut. Hal-hal sebeginilah yang memberikan persepsi yang negatif kepada perkhidmatan pelanggan. Kadang-kadang kita kena letakkan hati kita pada tugas yang kita jalankan. Memanglah ada 'SOP' tertentu dalam menjalankan tugas tapi apa salahnya kalau kita memberikan lebih pada yang sepatutnya. Yang ini kita tak boleh bagi orang lain fikir, ini kita kena fikir sendiri.
Tuesday, July 28, 2009
Mee Udang oh Mee Udang
Friday, July 17, 2009
Aku Budak Jual Kuih
Monday, June 1, 2009
Restoran Baru
Berani memang berani pengusaha ni, tetapi kadang kala keberanian sahaja tak cukup baik. Minggu kedua restoran ni beroperasi aku dengan beberapa orang jiran sesaja pergi berkunjung bukan apa nak lihat sendiri sambil-sambil nak menjamu selera. Untuk lawatan pertama ni kami tak mahu terlalu "adventuruos", kami pesan 3 apple juice dan 3 roti telor. Phewwww... rasanya lama juga menunggu hampir 20minit (rakaman masa memang dilakukan untuk melihat tahap perkhidmatan) atau lebih tepat 19minit minuman masih tidak sampai. Bila ditanya masih lagi tengah buat. Setelah 2 minit berlalu kami membuat keputusan untuk pergi - tapi sebelum pergi aku dengan hormatnya memaklumkan kepada pelayan terbabit dengan sedikit pesanan " kena jaga pelanggan tau". Dua tiga hari lepas tu, bila aku melepasi kawasan ini pada sebelah malamnya nampak jumlah pelanggan agak berkurang tidak seperti masa awal-awal dibuka.
Sayang betul..., bulan pertama sesebuah rstoran yang baru beroperasi adalah fasa pertama pernilainan pelanggan akan berlaku. "First Impression" amat penting bagi menentukan samada pelanggan akan kembali semula. Keberanian pengusaha restoran ini harus diberikan kredit cuma percaturan, perancangan, pengetahuan dan tahap operasi yang lemah akan mengakibatkan kegagalan sesebuah restoran. Entahlah mungkin pernilaian aku silap tapi korang fikir macamana? Penantian dalam penuh dengan ketidak pastian akan mengakibatkan satu seksa yang tak tertanggung. Perut lapar dan tekak dahaga bila dicampur dengan masa menunggu yang tak pasti merupakan ramuan yang akan mengakibatkan pelanggan tidak mahu datang kembali. Fikirlah sendiri...............
Monday, May 4, 2009
Restoran Melayu
Monday, April 13, 2009
Sunday, April 12, 2009
Bamboo Lallang Bistro
Restoran ini dari segi lanskap dan dekorasi terutama jika anda ke sini pada waktu malam (restoran ini pun memang di buka pada sebelah petang hingga ke malam) cukup menarik dengan cahaya lampu yang memberikan suasana yang nyaman dan santai. Dari segi dekor restoran ini bolehlah diberikan "ibu jari" (thumb up) tapi pastikan anda berseluar panjang kalau tidak mahu digigit nyamuk (ubat nyamuk akan dipasang dengan permintaan).
Menu dan hidangan yang ditawarkan bolehlah dikategorikan sebagai "biasa-biasa" sahaja tidak terlalu menonjol atau menarik. Aku telah beberapa kali ke sini pada masa awal ianya dibuka pada awal 2008 dan selepas itu sekali sekala ke sini. Rasa masakan yang berubah-ubah tidak konsisten. Mulanya dulu baguih agak menarik Nasi Goreng Ayam Berempah dihidangkan dengan Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan, lepas itu hidangan ini rasanya lain pulak (mungkin tukang masak lari kot) kemudian hidangan ini hilang dari menu. Saiz porsi (Portion size) hidangan kat sini agak kecil / sedikit. Bagi mereka yang "kuat makan" perlu 'order' dua hidangan. Harga hidangan goreng-goreng adalah sekitar RM4.80 - RM6.00. Sementara itu harga airnya untuk minuman panas seperti teh dan kopi pada sekitar RM1.50 - RM2.00 tetapi perlu diingatkan jika anda memesan minuman Jus harganya lebih kurang RM4.80 segelas (hampir sama dengan harga hidangan).
Dari segi perkhidmatan....................................servis ini merupakan satu masalah yang sama di mana-mana restoran orang melayu. Lembab dan pelahan kecuali jika anda ke sini dengan 'awek' mungkin sevis yang pelahan ini tak menjadi satu kelemahan. Secara keseluruhannya aku bagi kat restoran ini dalam dua tiga suku bintang. Tak boleh nak kasi 3 bintang pasal ada dua kelemahan dari segi menu dan servisnya. Sayang rasanya restoran yang mempunyai lanskap dan dekorasi menarik ini ada kelemahan yang agak ketara. Tauke restoran ini kena banyak fikir.... untuk lebih berjaya dan berdaya saing.
Monday, April 6, 2009
Boleh tahan
Sebelum sampai ke sana bermacam-macam tanggapan dan persepsi yang bermain dikepala, tentang menu, servis dan decor sememangnya dah lama berlegar kat kepala. Secara keseluruhannya tempat ini agak menarik dengan decornya yang tersendiri membawa konsep seolah-olah anda menjelajah ke Indian, bersesuaian dengan nama restoran tersebut. Menu yang ditawarkan bolehlah diketegorikan sebagai menarik. Cuma bagi aku rasanya tidaklah terlalu "asli" sebagaimana hidangan / masakan India (utara dan selatan) sepatutnya. Chefnya telah membuat perubahan dari segi rasa, sedikit "mild" atau kalau sesuai aku gunakan perkataan "agak ringan dari segi rasanya berbanding yang asli". Ini mungkin kerana chef restoran ini telah mengambilkira jenis pelanggan yang berkunjung ke restorannya.
Selain daripada itu tetamu juga dihiburkan dengan alunan musik hindustan yang dimainkan secara "live" secara klasik. Boleh tahan juga persembahan mereka - menghiburkan lebih-lebih lagi bila dibertahu bahawa semua pemusik dan penyanyinya adalah orang tempatan. Okaylah secara keseluruhannya bolehlah diberikan 4 bintang restoran ini, 1 bintang lagi kena simpan untuk perkhidmatan pelanggannya. Kalau anda ke restoran ini untuk makan dan tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama mungkin di sini agak kurang sesuai. Kecuali jika anda ke restoran ini dengan santai dan punya banyak masa untuk dihabiskan rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan restoran ini paling sesuai.
Sunday, March 15, 2009
Payahnya nak makan.....................
Banyak restoran yang dah aku pegi di persekitaran berdekatan, tapi susah betul nak dapat restoran yang memenuhi kriteria 3S, yang terdiri dari "Sedap, Selesa dan Servis"
1. Sedap dari segi rasa dan sedap mata memandang.
2. Selesa dari segi suasana dan persekitarannya.
3. Servis yang pantas cekap lagi mesra.
Dari ketiga-tiga kriteria ini sukar untuk sesebuah restoran itu memenuhi ketiga-tiga kriteria itu sekali. Ada yang sedap tapi suasana yang kurang selesa walaupun servisnya "baik". Ada servisnya mesra dan peramah tetapi keselesaan agak kurang ditambah dengan rasa yang biasa-biasa aje. Begitu juga adayang suasana yang menarik berkonsepkan tema-tema tertentu tapi malang tiada rasa dan servis yang kurang memberangsangkan. Kenapa agaknya jadi begitu?
Okaylah di lain waktu akau akan cuba beri rating dari 1 hingga 10 berdasarkan kepada ketiga-tiga kriteria 3S bagi restoran yang aku pergi. Sampai sini dulu
Wednesday, February 18, 2009
Maaf bang lambat sikit...........................
Ahad lepas 15hb Feb. aku sekeluarga pegi jenguk anak aku yang sulong di kampur UiTM di Puncak Perdana. Apalagi nak huluq apa yang patut ler. Lepas tu ajak makan di gerai dekat engan Kampus...........ikut kata anak aku tempat makan ni student panggil "Kandang". Iyalah agaknya tu pasal macam bentuk kawah terkurung. Dalam banyak-banyak gerai aku pilih yang ada Ayam tergantung.................tentu cepat pasal ayamnya dah masak. Tapi lain jadinya..................
Tunggu lebih dari setengah jam masih tak dapat pesanan. Aku bila makan digerai selalunya suka mengadap ke dalam kedai supaya nampak apa yang berlaku di bahagian dalam. Patutlah lambat...... yang buat air ni betul-betul ikut SOP (standard operating procedure) - standardised recipe. Pesanan 2 air tembikai dan dua air carrot susu, dibuatnya satu-satu, agaknya bos tak bagi tahu macamana nak buat sekali dua. Sudahlah tu yang paling menjengkelkan apabila tukang masaknya .....masak punya lah bising tung tang, tung tang tapi pesanan tak keluar-keluar jugak. Bila aku perhatikan, patutlah lambat dia buat kerja cara susun bahan masakannya berkecamuk. Garam kat lain kicap kat lain....rasa-rasanya nak masak satu hidangan habis kena tawaf satu dapur. Adoiiii...rasa hendak aje aku cakap...........
Cuma yang menyejukkan hati apabila tokeh hidang sendiri pesanan dan mohon maaf pasal lambat sikit. Aku cakap kat tokeh ....ni bukan kes lambat sikit tapi lambat banyak.........Entahlah
Sampai juga akhirnya .............tapi
Hari sabtu (14hb Feb), Microwave Oven nak diberikan kepada Kak Long (with some token........) tup..tup... turn tablenya tak berpusing. Peeeeh apa dah jadi dengan JUSCO ni, macam-macam hal, takkan barang yang dihantar ke pelanggan tak diperiksa dulu, apa nama perkhidmatan pelanggan ni. Telefon semula ke JUSCO buat aduan dan mintak ditukar yang baru.....Dimaklumkan tak boleh nak tukar pasal FOC (Free Gift) kena repair (oooh mentang-mentag FOC boleh bagi barang buruklah, bagus punya customer service).............esok hari Ahad bawak M/O ke JUSCO minta ditukarkan dengan yang baru.............akhirnya dapat juga.
Phew.................memang menjengkelkan berurusan dengan orang yang tak faham erti sebenar Perkhidmatan Pelanggan. Entahlah rasa-rasa macam dah penat dengan JUSCO ni..............
Friday, February 6, 2009
Lama tak menulis......... "Kalau tak minta tak dapat......."
Sebabkan lama tak tulis macam-macam nak diceritakan. Tapi rasanya yang masih dan paling panas adalah pasal perkhidmatan pelanggan di Jusca Bukit Tinggi Kelang.
Pada 11 hb lepas, entah siapa punya angkara station TNB kat taman kami dicerobohi. Tetapi yang peliknya tiada kesan pecah masuk. Habis dikerjakan copper brass kat dalam switch board tersebut. Ikaut kata jiran yang bekerja sebagai Chargeman, ini kerja orang yang tahu tentang elektrik dan kemungkinan kerja "orang dalam". Disebabkan angkara dia orang ini habis juga terjejas peralatan elektrik kat rumah kita orang. Alang-alang dah nak beli peralatan elektrik, saja-sajalah cari alasan untuk mengantikan peti sejuk sedia ada. Jadi kebiasaan kalau nak beli peralatan beli kat Jusco (sebelum ini semasa berurusan di Jusco Bandar Baru segala jalan lancar). Kali ni dengan Jusco Bukit Tinggi, orang rumah pilih LG pasal dah serink dengan SAMSUNG punya after sales servicenya. Buat pesanan pada 19hb Januari dengan pembayaran penuh dan dijanjikan semingu untuk penghantar. Tunggu seminggu tak sampai, tapi tak juga sesiapa dari JUSCO buat makluman. Kena sendiri ke JUSCO nak tanya apa perkembangannya pada 29hb Januari. Sudah tentulah alasan yang diberikan Chinese New Year. Kalau CNY jadi hal sepatutnya saya sebagai pelanggan dimaklumkan lebih awal sekurang-kurangnya saya dah bersedia atau cari alternatif lain. Lebih meyakitkan hati bila lihat peti sejuk yang dipesan itu sekarang ini ada tawaran 5% potongan. Saya "argue", ini salah JUSCO tak menepati janji untuk hantar dalam masa seminggu, saya perlu dapat pampasan kerana menunggu lama. Lagi pun sekarang ini ada tawaran 5%, saya rasa saya akan berpuashati sekiranya saya dapat tawaran yang sama kerana lama menunggu. "Argue punya argue" akhirnya dapatlah potongan 5%, diberikan dalam bentuk voucher, siapa nak bagi voucher RM240.00 banyak tu. Kemudian dijanji petisejuk akan dihantar pada 30hb Januari. Tunggu lagi....................bila tiba 30hb Januari sampai petang tiada wakil JUSCO yang telefon. Jadi saya telefon semula dan minta untuk cakap dengan Customer Service Manager (CSM) - dimaklumkan beliau mesyuarat, jadi kena tinggal pesan. Telefon lagi pada pukul 1715jam masih tak dapat bercakap dengan CSM. Selepas itu selang lebih kurang 10 minit CSM dari JUSCO telefon saya. DIa sendiri pun tak tau apa cerita....jadi kenalah ceritakan sekali lagi dari A hingga Z. Tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan hati, tiada wakil JUSCO yang memaklumkan kelewatan dan memohon maaf pasal kelewatan, tentang janji seminggu dah jadi hampir 2 minggu. Akhirnya saya memohon untuk membatalkan pesanan dan minta dipulangkan semula secara penuh dan tanpa berlega wang saya. CSM JUSCO meminta saya bersabar dan berjanji untuk membantu secara peribadi apa yang boleh dia buat. Saya nyatakan apa-apa jua tindakan yang diambil mestilah sesuatu yang boleh memuaskan hati saya dan sudah tentu mesti ada satu bentuk ganjaran kepada saya kerana sanggup menunggu dan setia dengan JUSCO. CSM berjanji akan menefon saya kembali pada hari ini juga.
Lebih kurang pukul 2030jam, CSM menelefon saya dan bagi tahu petisejuk cuma dapat dihantar pada ahad ini iaitu 8hb Februari dan sebagai tanda pohon maaf JUSCO menawarkan sebuat Ketuhar Gelombang Mikro yang bernilai RM200 lebih. Rasa terpujuk juga hati ini, saya bersetuju dan berharap benar-benar kali ini petisejuk LG tersebut akan sampai hari Ahad ini. Kalau masih juga tidak sampai, mungkin kita perlu mulakan satu lagi episod.............tawar menawar.
Apa sebanarnya berlaku? Perkhidmatan pelanggan bukan sesuatu yang harus dipandang mudah. Syarikat besar seperti JUSCO sekiranya tidak memberikan perhatian secukupnya kepada perkhidmatan pelanggan akan terjejas juga perniagaannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ini. Sesebuah perniagaan harus faham bahawa mengekalkan pelanggan sedia ada, adalah jauh lebih murah berbanding dengan mencari pelanggan yang baru. Fikirlah................
Wednesday, September 10, 2008
Makan jangan sebarang makan......
Thursday, August 21, 2008
Robot tanpa jiwa
Friday, August 8, 2008
Kawan kepada Kawan
Hari ni aku nak ambil kesempatan untuk bercerita tentang kawan kepada kawan aku. Dia ni asal keturunannya campuran Greek, beragama Islam dari sebelah ibu dia, dibesarkan di New Zealand, berkahwin dengan orang NZ berbangsa Mouri dan bermastautin di Sydney Australia, menghabiskan banyak masanya mengembara dengan kapal layarnya mengelilingi dunia. Merata tempat dah dia pergi. Aku kenal Mat Sallleh ni melalui jiran aku, sepanjang aku tinggal kat Telok Panglima Garang ni dah 3 kali Mat Salleh ni datang. Mula dulu dia datang seorang diri, masa tu taklah rapat sangat dengan dia ni, adalah borak sikit-sikit. Kali kedua dia datang dengan isteri dia dan kali yang ketiga ni dia datang seorang diri (sambil jalan dia nak buat gigi palsu kat Malaysia - mengikut katanya kos untuk buat gigi palsu di Australia terlalu mahal, Malaysia jauh lebih murah).
Masa kali kedua dia datang dengan isteri dulu adalah jugak aku berkesempatan untuk bawa dia orang jalan-jalan untuk memperkenalkan Malaysia kat dia orang. Aku bawa mereka ke Kampung Endah di Morib yang memenangi berbagai hadiah - kampung tercantik peringkat negeri dan kebangsaan - punyalah bangga bila dia orang puji bertapa cantik dan indahnya Malaysia. Tetapi dalam pada seronok tu ada juga peristiwa yang tak berapa menarikny. Mat Salleh ni teringin nak tengok penempatan suku kaum orang asli "Mah Meri" yang tingggal kat Pulau Carey - akupun bawalah dia orang jalan-jalan, lepas tu pergilah ke tepi pantai Pulau Carey. Ini yang tak sedapnya..................sampai aje ke pantai, alamak punyalah kotor. Ya ALLAH Ya RABBI, bukan sekadar botol dan plastik, terdapat jugak lampin pakai buang yang dibuang merata-rata, ini yang rasa tebal muka. Mat Salleh ni toleh kat aku dan cakap : "Probably it takes another generation to appreciate the beauty of your country...." Terkedu jugak aku, habis tu nak cakap apa deh memang kotor, kalau orang sekarang kata "kotor tahap gaban". Mereka yang berwajib perlulah tengok-tengokan Pulau Catey ni.......
Itu cerita yang lepas, baru-baru ni aku buat tempahan untuk makan malam kat Kelas Praktikal pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM. Tempat aku bekerjalah. Saja nak tunjuk kat Mat Saleh ni, apa yang kita ada untuk ditunjukkan. Bangga betul aku, dia punya puji melambung tentang fasiliti dan program yang kita tawarkan. Sudah tentu sekali layanan mesra pelajar dengan hidangan yang menyelerakan membantu memberikan impak yang positif pada Mat Salleh sorang ni. Aku juga nak mengambil kesempatan nak mengucapkan terima kasih dan syabas pada pelajar-pelajar serta pensyarah terlibat yang memberikan layanan yang istimewa dan hidangan yang lazat untuk kami malam tu (06/08/08).
Satu perkara tentang Mat Salleh ni dia suka tentang budaya dan sepanjang perkenalan aku dengan dia ni, dia suka bertanya tentang soalan-soalan berkaitan dengan budaya. ALHAMDULILLAH pengetahuan sedikit sebanyak sejarah dibantu dengan pembacaan dapatlah juga aku menjawabnya. Ada satu soalan dia tentang makanan.... "kenapa orang Melayu apabila masak sesuatu makanan tu terutama sekali ikan sampai betul-betul masak hingga hilang rasa keaslian makanan tersebut"
Puiih jenuh jugak nak menjawab dan merasionalkan tabiat orang Melayu tentang masakan ni. Ada betul jugaknya, ikan terutama yang banyak tulang tu kita kebiasaannya akan masak sehingga garing dan bila dimakan boleh kunyah tulang tu sekali. Fikir-fikir punya fikir aku pun jawab. Itu semua telah menjadi budaya sesuatu masyarakat. Dalam budaya atau tabiat masakan orang Melayu, kita akan memastikan bau atau rasa keaslian bahan mentah yang kita masak tu hilang (terutama hanyir ikan). Sebab itulah dalam masakan Melayu, rempah ratus dan herba banyak digunakan untuk menghilangkan rasa atau bau mentah. Contohnya lihat pada masakan seperti daging rendang, rasa daging dan baunya tiada yang lebih dominan tentang rasa dan bau adalah campuran bahan rempah ratus dan herba. Masakan Melayu berbeza dari segi budayanya dengan bangsa lain di dunia. Masakan Melayu berbeza dengan masakan Jepun, mereka suka memakan makanan dalam rasanya yang asli, itu pasal dia orang makan ikan mentah - sashimi. Manakala orang Barat pula dari segi merasakan makanan / masakannya adalah lebih lembut (mild). Aku lihat kepala Mat Salleh tu terhanguk-hangguk, rasanya setujulah dengan rasional yang aku berikan. Entahlah, betullah jugak agaknya rasional aku tu. Korang FIKIR macamnana?
Monday, June 23, 2008
Mana Mau Pergi?
Pada masa yang sama dalam tahun 1980 tu, aku ingat pensyarah yang mengajar kami memberi tugasan untuk mencuba resipi-resipi sate. Kemudiannya setiap resipi dinilai dan resipi yang terbaik dipilih. Mungkin masa itu kami semua ni masih kelabu tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, rupa-rupanya resipi yang dipilih itu adalah untuk dijadikan resipi piawai (standardized recipe) untuk restoran yang bakal diusahakan iaitu "Sate Ria" (SR). Ini merupakan satu usaha MARA untuk mengenengahkan makanan Malaysia berkonsepkan Restoran Makanan Segera. Boleh dikatakan masa itu, usaha ini merupakan satu usaha yang baik dan patut disokong. Tetapi di mana silapnya, SR kemudiannya sudah tidak kedengaran lagi masa ini. Ada yang mengatakan kegagalan SR disebabkan pengurusan yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas, lantas ianya terrus terkubur, walaupun SR mempunyai potensi untuk berkembang di arena antarabangsa. Secara peribadi aku melihat kegagalan SR disebabkan beberapa perkara.
1. Pada ketika SR dilancarkan di Malaysia, rata orang Malaysia ketika itu mempunyai pilihan yang agar luas dalam menikmati sate. Terdapat pelbagai pilihan untuk menjamu sate, antaranya Aneka Sate, Majid Sate dan Sate Kajang. Persaingan juga berlaku dari penjual sate kecil-kecilan. Lantas SR terpaksa berdepan dengan persaingan dari berbagai bentuk perniagaan sate.
2. Pelanggan pada masa itu tidak dapat menerima atau masih janggal untuk menerima sate dalam bentuk perniagaan Restoran Makanan Segera. Pelanggan masih mahu melihat api, asap dan menghidu bau sate dibakar. SR tidak dapat menawarkan apa yang diingini oleh pelanggan kerana konsep perniagaannya yang berbeza dari bentuk perniagaan sate tradisional.
3. Hala tuju yang tidak jelas pengurusan menyebabkan SR tidak dapat berkembang. Walaupun pada masa yang sama dikatakan diperingkat antarabangsa, sambutan kepada SR mengalakkan. Lapuran media menyebut setiap kali pameran pelancongan diadakan di luar negara Gerai SR mendapat sambutan dari kalangan pengunjung. Tetapi benar tidaknya tidak dapat disahkan.


